CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Wednesday, March 9, 2011

:: SOTONG KEMBANG MASAK KICAP & SAMBAL GORENG TEMPE ::






Salam petang rabu semua...
N3 hari ni,saya masukkan 2 menu untuk makan tengahari kita orang.................................................................saya takde idea ni,boring nye!!Eeemm......................tiba2,kosong takde idea nak tulis apa,tulis..tulis...takpe lah kita teruskan ke 2 resepi untuk saat ini,detik ini...jom tengok,jom lihat,jom nangga...hehehe.. =)


Sotong kembang masak
kicap
Bahan2:
1 ekor sotong kembang(dihiris ikut saiz yang anda suka)
1 biji kentang(potong 6)
4 biji cili kering
4 ulas bwg putih(diketuk dan cincang halus)
1 biji bawang besar(dihiris halus)
1 sudu besar tepung jagung(dibancuh dgn air)
3 sudu besar kicap pekat manis
3 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
sedikit lada hitam


Goreng cili kering dlm minyak sampai garing sedikit(cili kering biar sebiji2 jgn dipotong),kemudian masukkan bwg putih dan bawang besar hingga naik bau.Selepas itu masukkan sotong dan kentang,gaul sebentar.masukkan sos tiram,kicap,lada hitam dan biar mendidih.last sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan sedikit garam.
Bahan sambal goreng tempe:
1 pkt tempe(dipotong ikut suka)
1 biji bwg besar(dihiris halus)
1 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos cili life
1 mangkuk ikan bilis
garam/ajinomoto secukup rasa anda

Goreng tempe yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam,angkat dan toskan.selepas itu tumiskan ikan bilis dan bwg besar hinggan naik bau,masukkan cili boh gaul lagi sebentar,masukkan sos cili,gaul lagi.last sekali masukkan tempe dan sedikit garam. >.<