CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

Tuesday, January 10, 2012

:: CHICKEN HONEY OREGANO ROASTED ::


Salam semua....
Lama dah tak berblog ni,senyap je kan??Ni pun atas permintaan adik2 kita yang nak resepi,especially Nida,hehehe...ni update blog khas utk dia coz dah menangis2 nak resepi,hehehe...sorry Nida,gurau je!!Malas nk pjg cerita,saya terus ke bahan2 untuk resepi ni ok...

Bahan2nya:
1/2 ekor ayam(bersihkan/kalau nak guna 1 ekor aym pun boleh)
1 biji bawang besar saiz besar
2 biji kentang bersihkan dan potong

Bahan marinated:
8 sudu besar BBQ sauce oriental(brand first choice/gaint)
2 sudu besar black pepper kasar
8 sudu besar madu
maggi secukup rasa(secukup rasa anda)
2-3 sudu besar oregano
4 sudu besar minyak masak

Bakar ayam dan bahan2 lain hingga masak dalam oven selama 1 jam setengah.selamat mencuba... =)

Thursday, December 1, 2011

:: RENDANG AYAM 888 ::


Nak tahu kenapa saya letak rendang ayam 888??Nak tahu ke tak nak ni??Pas ni saya beritahu k,tapi sebelum tu saya nak bagi salam dulu,tiba2 je beri soalan,salam lupa pulak...hehehe..Assalammualaikum....mcm mana hari ni,sihat ke?Hope,semua nya dalam keadaan sihat,eemmm...macam tulis surat lah pulak.Zaman dulu2 kan,guna surat kalau nak lepaskan rindu dkt buah hati yang jauh dimata tapi dekat dihati,tapi sekarang guna sms,mms,internet,fb,twitter,ym dan sebagainya.Tak perlu nak susah2 kan nak pergi pejabat pos tu.Haaa...aku dh keluar tajuk lah pulak,nanti apa pulak org kata,dia ni kalau bercerita memang selalu menyimpang ke tempat lain,hehehe...tapi kat sini je aku menyimpang,kalau hakikat hidup sebenar,aku lebih suka duduk dkt dlm rumah,kalau kuar pun dgn hubby dan anak2.Paling2 aku pergi rumah parents dan family selalu dtg bertandang ke rumah aku.Time mcm tu je lah,sempat bersembang dan cecerita,kalau tak aku tak tahu cecerita dkt sekeliling.Bukan tak nak bergaul mesra dgn org sekeliling,cuma lebih suka duduk rmh dr kuar melepak,pas tu tak pasal2 dgr org mengumpat kan??tak baik,betul tak??Kan dah cakap,makin jauh pulak jln cerita nye kan...hhmmm..ok lah,rendang ayam tu aku bagi nama rendang ayam 888 sebab aku guna serbuk kari cap 888,selalu nya guna serbuk kari faiza tapi oleh kerana hari tu singgah ke gaint tujuan nak beli serbuk kari coz stock kat rm dh habis,cari punya cari takde lah pulak brand faiza,so try lah brand 888 ni,sebab ada yg cakap ni jenama kari lama2 punya brand,sedap.So try lah,and hasil nya not bad,memang sedap pun,tak caye?try lah sendiri k... =)

BAHAN2 NYA:
1/2 ekor ayam(dipotong & dibersihkan)
3 biji kentang(kupas kulitnya,bersih,potong)
4 sudu besar serbuk kari 888(dicampur dgn air)
4 sudu besar kerisik
6 keping daun kunyit(dihiris halus2)
rempah tumis(bunga cengkih/bunga lawang/kayu manis/ketumbar)
1 kotak santan pekat
minyak utk menumis
1 cawan air
garam/gula secukup rasa anda

BAHAN TUMBUK:
4 biji bwg merah
4 ulas bwg putih
2 inci halia
1 batang serai
1 inci lengkuas
5 keping cili kering(dibuang biji)

Tumis bahan tumbuk bersama rempah tumis hinggan naik bau dan kekuningan.Masukkan pula,serbuk kari yang dh dibancuh dgn air tadi,gaul rata2,dan masukkan kerisik.Biar sampai pecah minyak barulah di masukkan ayam dan kentang.Selepas itu masukkan air biar mendidih sebentar,barulah dimasukkan pula santan pekat tadi.Bila dah benar2 mendidih,kuah nampak dh cukup pekat,bolehlah dimasukkan daun kunyit dan garam/gula ikut cukup rasa masing2.

P/S: kalau nak rendang nya lebih kering biar lama sedikit mendidih,bila nampak agak2 nak kering,tutupkan api.Saya buat berkuah tapi kuah yg pekat coz anak2 dan hubby suka rendang yg ada berkuah.

Saturday, November 12, 2011

:: CHICKEN WITH OYSTER SAUCE & BUNCIS TUMIS BLACK FUNGUS ::



Selamat malam semua...
N3 malam ni nak kongsi 2 jenis lauk yang ibuanda dan adik saya cik mirae masak.Sebab apa,kenapa saya tak masak malam ni,why2??Sebabnya......malam ni kita org dinner dkt rumah parents,so saya bantu sikit2,yg lebih nya ibuanda dan adik yg masak...hehehe,rehat gue malam ni..huhuhu...sebelum masukkan n3 ni tadi,saya dah mintak kebenaran pada empunya resepi.Saya kata,saya nak masukkan dalam blog SDP,org tak lokek pun,boleh2..simple je resepi nye,boleh buat pejam mata,betul ke?Eeemm..tak caya try lah sendiri k...hehehe.. =)

Chicken with oyster sauce

Bahan2nya:
1 dada ayam dipotong
1 labu bawang besar dipotong nipis2
1 inci halia dihiris halus
2 biji cili merah potong memanjang
1 pokok daun kucai
3 sudu besar oyster sauce
minyak utk menumis
garam secukup rasa
sedikit gula
sedikit air

Tumiskan bwg besar,halia hingga naik bau dlm minyak yg panas.kemudian masukkan ayam yg dah dipotong tadi,gaul2 kan.masukkan sos tiram dan cili merah,gaul lagi.selepas itu masukkan sedikit air,biar mendidih sebentar.lepas itu masukkan garam dan gula.Akhir sekali masukkan daun kucai,gaul sebentar sahaja,tutup api dan hidangkan.

Buncis tumis black fungus

Bahan2nya:
Rm 3.00 kacang buncis dbersih dan dipotong
2 biji bwg merah dihiris
2 ulas bwg puti dihiris
1 biji cili merah dihiris
1 mangkuk kecil black fungus(direndam dgn air terlebih dahulu smpy kembang)
1 biji telur
sedikit minyak utk menumis
garam/ajinomoto secukup rasa

Tumis bwg merah,bwg putih,cili merah hingga kekuninggan,kemudian pecahkan telur,dan hancur2kan telur tadi.masukkan buncis dan black fungus,gaul,akhir sekali masukkan garam dan perasa.Selamat Mencuba... =)

Friday, March 18, 2011

:: SAYAP AYAM GORENG REMPAH BARIANI ::



Salam petang jumaat...
Untuk menu tengahari ni saya masak ayam goreng rempah bariani.Bahan untuk resepi ni tak banyak dan tak memeningkan kepala.Tak percaya ke??betul ni??tak caya takpe...tengok sendiri,jom layan!! =)

Bahan2nya:
9 sayap ayam
garam
1 pkt kecil serbuk rempah bariani(faiza)

Gaul kesemua bahan dan biar selama 1jam.Selepas itu bolehlah digoreng hingga garing,makan bersama nasi putih atau nasi bariani ataupun nasi yang sewaktu dgn nya.Sekarang dah percaya kan??....... ( > .<)

Wednesday, March 16, 2011

:: AYAM MASAK SEMO.....RESEPI ULANG TAYANG ::


Salam petang rabu.....
Time macam ni,cuaca redup je,kalau duduk dekat luar rumah,tengok kanak2 bermain kejar2 riuh betul suasana.Eeemmm...sebenarnya bukan nak cerita pasal tu,ayat yang diatas tu cuma untuk pembukaan kata,saya ni dah hilang idea....hehehehe...,pagi tadi kan,saya ada masukkan n3 tentang nasi lemak untuk kita org breakfast,nak dijadikan cerita,oleh kerana dah kenyang so saya masak 1 menu je utk lunch hari ni,itupun saya dah pernah masukkan resepi ni dulu.Apa-apa pun saya akan masukkan sekali lagi bahan2nya dibawah..... (* .*)
Bahan2:
10 sayap ayam(dipotong 2)digaul dgn kunyit dan garam,goreng hinggan garing,toskan..
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap pekat manis
sedikit air/garam
2 sudu besar serbuk kunyit
Bahan hiris:
2 biji cili merah
2 ulas bwg putih
1 inci halia
1 labu bwg besar(potong 4)
1 biji cili merah hiris memanjang buang bijinya
Tumis semua bahan hiris dalam minyak lepas manggoreng ayam tadi,biar sampai kekuningan sedikit dan anik baunya.Selepas itu masukkan sos tiram,kicap pekat manis,gaul sebati dan masukkan ayam yang dah digoreng tadi.Kemudian masukkan sedikit air dan biar mendidih,last sekali masukkan sedikit garam.Siap untuk dihidangkan... =)

Thursday, March 10, 2011

:: CHICKEN BUTTER SOY SAUCE & LABU TUMIS BELACAN BERSAMA KCG PANJANG ::


Salam Thursday Afternoon...
Eeemmm....tengah buat apa tu??Saya tengah ada masa terluang ni,sebab tu nak masukkan n3 ni cepat2 sebelum si kecil Aisya terjaga dari tidur.Untuk lunch hari ni,saya sediakan 2 menu sederhana,kalau saya kata simple,nanti kau org kata2 hari2 SDP ni masak simple,walaupun hakikat nya sederhana dan simple tu sama ertinya,iaitu,yakni sama maksudnya....hehehehe....gila2 tak ayat aku,hahaha..ketawa lah,cpt2..hahahaha...ehem2..apa pulak kau org kata mereng ke aku hari ni,hehehe..takde lah,saja nak ceriakan suasana.Ok lah,nak tahu bahan2 utk resepi diatas,sila rujuk dekat bawah...hope sudi2 lah mencuba dan kalau view tu,mintak2 komen lah sikit ye..terima kasih,sila datang lagi... =)



Bahan chicken butter soy sauce:
8 sayap ayam(dipotong 4 atau 2)
3 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar lada hitam kasar
5 sudu besar butter
garam/air


Bahan tumbuk:
4 biji bwg merah
3 ulas bwg putih
1 inci halia
1 batang serai(dititik)


Panaskan butter dlm periuk sampai cair,kemudian masukkan serai dan bahan tumbuk,tumis hingga kekuningan.selepas itu masukkan lada hitam kasar,gaul sebentar.masukkan pula ayam tadi dan gaul sebati,biar seketika dan masukkan sos tiram,kicap,kacau rata2.masukkan air dan biar mendidih,dah nampak kuah agak2 pekat sedikit barulah dimasukkan garam.



Bahan utk labu tumis belacan bersama kcg pjg:
300gm labu kuning(kupas kulit,potong dan bersihkan)
5 batang kcg panjang(hiris memanjang atau ikut suka)
sedikit belacan dihancurkan
2 biji bwg merah(dihiris halus)
2 ulas bwg putih(dihiris halus)
1 biji cili merah(dihiris)
sedikit ikan bilis
garam secukup rasa/sedikit air


Tumis bahan hiris,ikan bilis dan belacan sampai naik bau.masukkan kacang panjang dan labu,gaul.selepas itu masukkan air,biar sampai labu masak,last sekali masukkan garam secukup rasa anda.. >.<




Tuesday, March 8, 2011

:: AYAM MASAK CILI BERCARROT & UDANG GORENG BARIANI ::


Ayam cili ber-carrot ni,pedas..i likessss!!!


Udang 6 ekor yang tinggal...goreng je!


Salam petang selasa...
Pagi2 lagi saya dah keluar sebab ada urusan nak dibuat,tapi tak lama sekejap je.Pastu sampai rumah,saya mulakan aktiviti memasak.Mula dengan mencari lauk apa yang ada dlm peti sejuk.Haaa....dapat 1 dada ayam.dan ada tinggal 6 ekor udang.Heemmm...saya pun mula berfikir??(macam karangan budak
sekolah rendah lah..hehehe),lidah ni rasa nak makan pedas2 lah,kalau masak pedas2 pun hubby dan kakak ok je,dia org berdua boleh masuk pedas2 ni.So,no hal lah,jadi saya mulakan operasi memasak ayam cili ber-carrot(nama yg saya ubah sendiri),dan udang goreng bariani..nyum2!Sedap..dah makan tadi,puji sendiri ni,takpe lah sekali sekala kan,apa lah salah(utk menaikkan semangat),jom layan bahan2 nya,rujuk dkt bwh ye.... =)



Bahan utk ayam cili ber-carrot:
1 dada ayam(potong 8,gaul dgn tepung jagung+garam+serbuk kunyit dan goreng sampai masak,toskan)
1 biji carrot besar(parutkan)
2 biji cili merah(belah 2)
1 biji bawang besar(potong 4)
rempah tumis(bunga cengkih/bunga lawang/kayu manis/buah pelaga)


1 mangkuk air
garam/perasa/gula

Bahan blend:
3 biji cili merah
5 biji cili padi
8 biji cili kering
sedikit halia
4 biji cili merah
4 ulas bwg putih


Tumis bahan blend dan rempah tumis hinggan naik bau.selepas itu masukkan carrot,cili,bwg besar yang dh dihiris tadi,gaul.kemudian masukkan ayam yang dah siap digoreng tadi,gaul sebati.masukkan pula air,biar mendidih,last sekali masukkan sedikit gula,garam,dan perasa(ajinomoto).



Bahan udang goreng bariani:
6 ekor udang(dibersihkan)
sedikit garam/perasa
1 sudu besar serbuk rempah bariani(faiza)
1 sudu tepung jagung
2 sudu besar telur yang telah dipukul


Gaulkan kesemua bahan hingga sebati,biar dlm 10 minit,kemudian bolehlah digoreng hingga garing..selamat mencuba,nyum2! >.<




Monday, March 7, 2011

:: SUP AYAM 7 REMPAH.....LAMA BETUL TAK MAKAN ULAM2 ::



Salam petang yang mendung2 gitu.....
Kalau aku cakap aku malas hari ni,kau orang percaya tak?Haaa...jawab2??Lah..tak tahu ke?takpe lah,nanti aku jawab sendiri ye.Hari ini aku tak malas,rajin sangat2,sebab apa?sebab hari ini hari rajin aku..hehehe.Mesti ada yang cakap,ada aku kesah,kau rajin ke tak?Kesah tak kesah,aku pun tak kesah..huhuhuhu....,hari ni kan,aku masak menu simple,simple lagi??yelah..memang favourite aku yang simple2 ni,senang nak masak dan tak perlu ambik masa lama2 kan?Antara menu untuk lunch hari ni,sup ayam 7 rempah,ulam pucuk...pucuk..pucuk??pucuk apa ye,aku lupa lah,aayoyoo!!mcm mana boleh lupa?hehehe..kau orang tengok lah gambar dkt atas tu,mana tau,ada yang tau pucuk daun apa kah itu?aku lupa ke..aku tak tahu nama daun pucuk yang aku ulam tu?sebenarnya aku tak tahu nama daun pucuk apa yang aku ulam...hahahaha...gila2.Malam tadi adalah tanya dkt ibuanda,tapi tak fokus pulak,haaii..dah tanya tapi tak fokus(nang gasak!!).Takpe lah kita sambung lagi,aku ulam dgn sambal belacan,eemmm..nyum2!lama betul tak makan ulam2 ni,memang berselera hubby dan anak2 tadi,sampai tambah nasi 2-3 pinggan,hehehe...lebih2 lagi ada telur masin rebus,apalagi berselera benar2 lah makan.Panjang pulak aku celoteh hari ni,happy kot...heheheh..jom layan!
=)

Bahan sup ayam 7 rempah:
6 pcs sayap ayam(potong 4 or 2 )
2 biji kentang (kupas kulit dan potong 4)
garam/perasa
1 sudu besar lada hitam kasar
1 mangkuk air
rempah tumis(kayu manis/bunga lawang/buah pelaga/bunga cengkih)


Bahan tumbuk:
4 biji bawang merah
4 ulas bwg putih
sebesar ibu jari halia
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar
Bahan hiasan:
daun sup/daun bwg hiris halus
bwg goreng


Tumis bahan tumbuk dan rempah tumis sampai kekuningan sedikit dan naik bau.Kemudian masukkan kentang dan ayam yang dah dibersihkan.Gaulkan sebati,selepas itu masukkan air.Biar seketika,sampai mendidih.Bila dah mendidih masukkan garam/perasa dan lada hitam.Biar sampai ayam dan kentang cukup masak.Barulah dihidangkan dan tabur dgn daun sup,daun bawang dan bwg goreng.


Sambal belacan:
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
2-3 biji cili padi
2 genggam ikan bilis
2 kiub belacan(dibakar terlebih dahulu)
sedikit sahaja gula


Tumbuk semua bahan sampai lumat.Untuk telur masin,semua orang dapat buat,rebus je...nyum2!Selamat Mencuba... >.<


Sunday, March 6, 2011

:: AYAM LULUN ::

Salam night sekali lagi..
Nak kongsi satu resepi ayam yang sangat mudah untuk disediakan iaitu ayam lulun,ayam lulun adalah resepi asal dari masyarakat iban di sarawak.Ayam tua yang dimasak didalam buluh antara masakan yang sangat digemari oleh semua masyarakat di sarawak,tak kira tua atau muda.Resepi yang sangat simple.Tapi kali ini saya tak masak dalam buluh,saya guna periuk je,maaf lah ye,kerana aku telah menderhakakan resepi asal nya.,sorry!Tetap sedap,tapi tak sesedap kalau di masak dalam buluh..jom layan! =)


Bahan tumbuk:
Halia
serai

Bahan lain:
1/2 ekor ayam(dipotong)
garam
ajinomoto
sedikit air


Rebus ayam dgn semua bahan dalam 1 jam didalam periuk,kalau lebihkan lagi jam nya,lebih lembut lah ayam itu.Sentiasa tambahkan air nya,kalau nampak macam kurang sedikit.selamat mencuba..nyum2! >.<



Wednesday, March 2, 2011

:: KARI DAL ::



Salam semua & selamat menjamu selera...
Pejam celik,pejam celik...dah masuk bulan march 2011,sekejap je masa berlalu kan?Semakin hari semakin bertambah lah umur kita ye,semakin dewasa,semakin matang untuk menjalani kehidupan di bumi Allah ini.Malam tadi kan,saya dah terfikir nak masak kari dal,lama betul dah tak makan kari dal,selalu pun buat kari ayam je,so hari ini nak tukar selera kit.Nak tahu tak?sebenarnya kari dal ni lebih kepada sayur sayuran,sesuai kalau nak makan dengan nasi,roti canai,paratta dan chapati.Kari dal ni kira 3 in 1 lah,sebab kalau nak makan sayur,ada sayur dlm nya,kalau nak ayam atau daging pun ada didlm nya,nak kacang??ada..ada...hehehe,kacang dal.Haa...3 in 1 kan?Ok lah,jom kita layan bahan2 nya.... =)
Bahan-bahan:
1/2 dada ayam dipotong dadu
4 btg kcg panjang dipotong 1 inci
2 biji tomato potong 4-6
3 biji terung dipotong ikut suka
2 biji cili merah potong2 buang biji nya
1 biji bwg besar potong 4
2 biji kentang potong dadu
segenggam daun kari
1 mangkuk kacang dal(direndam,rebus dan toskan)
4 sudu besar serbuk kari + 1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar kerisik
1 pkt santan serbuk + air + 2 senduk susu cair
garam/ajinomoto secukup rasa
rempah tumis
Bahan tumbuk:
4 biji bwg merah
3 ulas bwg putih
halia
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar ketumbar
Tumis bahan tumbuk,rempah tumis dan daun kari hinggan kekuningan sedikit dan naik bau.masukkan serbuk kari dan serbuk kunyit yg telah digaul dgn sedikit air tadi dan kerisik,biar sampai pecah minyak.selepas itu masukkan ayam,gaul rata2 dan masukkan santan dan susu cair tadi.biar sampai mendidih,barulah dimasukkan kacang dal,terung,kacang panjang,bwg besar,kentang biar lagi sampai mendidih.kemudian masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa anda,adan akhir sekali masukkan tomato,gaul sekejap dan tutup api. >.<

Saturday, February 26, 2011

:: ROTI JALA ( KUIH JALA ) & KARI AYAM ::


Salam Malam ...
Jangan hairan dan jangan rasa pelik pulak,ni lah versi roti jala SDP.Malam ni saya buat roti jala ni untuk makan malam ni bagi menggantikan nasi.Selalu nya roti jala ni warna kuning tapi saya tukarkan ke warna hijau,guna paste pandan.Waktu masakkan roti jala ni,bau harum semerbak,bukannya memuji diri sendiri tapi memang betul bau nya harum.Anak saya yang sulung,makan sampai 10 keping,haaa...jgn terkejut,sebenarnya saya buat kecik2 je,sebab tu lah agaknya bedal sampai 10keping...hehehe...Hubby pun piji sedap sangat2,alhamdulilah...lain kali nak buat lagi. =)
Bahan2 utk roti jala:
2 mangkuk tepung gandum
1 mangkuk santan cair
1/2 mangkuk susu cair
1 sudu teh garam
1 sudu besar paste pandan
1 biji telur
1 sudu besar minyak jagung
Blendkan semua bahan hingga sebati,panaskan non stick pan,sapu sedikit minyak dan tuangkan adunan roti ikut corak yang anda suka.kemudian lipat kan roti jala dah masak tadi atau gulungkan,ikutlah bentuk yang anda suka.
Bahan utk kari ayam:
1/2 ekor ayam(dipotong dan dibersih )
3 biji kentang dipotong 4 setiap sebiji
segenggam daun kari
rempah tumis
6 sudu besar serbuk kari daging( faiza )
2 sudu besar kerisik
1 mangkuk air
garam/gula
Bahan tumbuk:
4 biji bwg merah
4 ulas bwg putih
halia/lengkus/serai
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar cili kering blend
Tumis bahan tumbuk,daun kari dan rempah tumis hinggan naik bau dan sedikit kuning.kemudian masukkan serbuk kari yang dah dibancyh dgn air,kerisik.biar sampai pecah minyak,selepas itu masukkan ayam dan kentang,gaul sebati.kemudian masukkan air,biar mendidih dan sampai ayam dan kentang masak.last sekali masukkan garam dan gula,selamt mencuba...
>.<

Thursday, February 10, 2011

:: SUP AYAM CENDAWAN....PENAT NYE!! ::

PENAT NYE!!...KEMAS BILIK ANAK2,KEMAS DAPUR,NAK BAGI NAMPAK ELOK.BUKAN NYA SEBELUM NI TAK KEMAS,TAPI NAK KEMAS2 KAN LAGI.DARI PAGI SAMPAI LAH NAK MASUK MAKAN TENGAHARI,AKHIRNYA SIAP JUGAK.NASIB BAIK ADA ANAK SAYA YANG SULUNG TU TOLONG,KALAU TAK LAMBAT LAH NAK HABIS,TU PUN ESOK NAK KEMAS STOR.KEMARIN DAN HARI INI SEKOLAH ANAK SAYA CUTI SEBAB ADA HARI SUKAN,ESOK PULAK CUTI PERISTIWA,SABTU AHAD MACAM BIASA LAH SEMUA SEKOLAH CUTI,SEBAB TU LAH SAYA ADA PEMBANTU HARI NI.EEMMM.....JOM CITA PASAL MENU SAYA TENGAHARI NI,HARI NI SAYA MASAK 1 MENU JE,SUP AYAM CENDAWAN.SELAMAT MENCUBA =)
BAHAN2NYA:
1 PAHA AYAM POTONG 6
1 BIJI KENTANG POTONG 6
REMPAH TUMIS
SEDIKIT LADA HITAM
GARAM/PERASA
AIR
4 BIJI CHINESE MUSHROOM(POTONG NIPIS2)
BAHAN TUMBUK:
HALIA
2 BIJI BWG MERAH
2 ULAS BWG PUTIH
1 SUDU KECIL KETUMBAR
1 SUDU KECIL JINTAN MANIS
1 SUDU KECIL JINTAN PUTIH
CARA2NYA:
TUMIS REMPAH TUIMIS(KAYU MANIS,BUNGA LAWANG,CENGKIH)DAN BAHAN TUMBUK TADI HINGGA KEKUNINGAN DAN NAIK BAU.SELEPAS ITU MASUKKAN AYAN,KENTANG DAN MUSHROOM TADI.GAUL SEBATI,DAN MASUKKAN AIR.BIAR SAMPAI MENDIDIH,BARULAH MASUKKAN GARAM/PERASA/LADA HITAM. >.<

Tuesday, February 8, 2011

:: AYAM GORENG SAMBAL UDANG ::


Salam semua & selamat petang...
Macam mana hari ini,sihat ke?harap2 sihat semuanya ye.Saya,suami dan anak2 semuanya sihat,alhamdulilah.Eemm,masak apa untuk lunch hari ini?Mesti sedap2 kan?Hari ini SDP,nak kongsi resepi yang dimasak untuk makan lunch hari ini.Tapi...nak kongsi sikit cerita ni,sebenarnya hari ini adalah hari istimewa buat hubby saya,sebab hari ini hari jadi dia.HAPPY BIRTHDAY MY DARLING...muuaahhhh!!!!hehehehe...,berbalik semula pada resepi kita hari ini,hari ini saya masak ayam goreng sambal udang dan sayur bak choi jeruk goreng telur.So,seperti biasa..nak tahu resepinya sila rujuk dekat bawah.. =)
BAHAN2 UNTUK AYAM GORENG SAMBAL UDANG:
2 PAHA AYAM(SAYA POTONG 4,KALAU TAK NAK POTONG PUN TAKPE)
3 SUDU BESAR TEPUNG BERAS
2 SUDU BESAR TEPUNG GANDUM
SEDIKIT GARAM/LADA HITAM/SERBUK HALIA
::GAUL KESEMUA BAHAN,KEMUDIAN GORENG SAMPAI MASAK.ANGKAT DAN TOSKAN

BAHAN SAMBAL UDANG:
6 BIJI BWG MERAH*
2 ULAS BWG PUTIH*
10 BIJI CILI KERING*
1 MANGKUK UDANG KERING(DIRENDAM DGN AIR TERLEBIH DAHULU)*
BELACAN(SEMUA BAHAN DITUMBUK HALUS)
:: TUMIS SEMUA BAHAN YANG DH DITUMBUK TADI HINGGA NAIK BAU,KEMUDIAN MASUKKAN BAWANG BESAR YANG DAH DIHIRIS HALUS.KEMUDIAN MASUKKAN AIR BIAR MENDIDIH DAHULU,SELEPAS ITU MASUKKAN GULA,DAN SEDIKIT GARAM,AKHIR SEKALI MASUKKAN AYAM TADI.SELAMAT MENCUBA. . >.<





Thursday, February 3, 2011

:: KARI AYAM KENTANG ::

Salam semua dan selamat petang..
Bandar Kuching masih dibasahi hujan dengan lebatnya.Sejuk tak terkata,sampai nak mandi pun kena fikir 2,3 kali,tapi saya sejuk macam mana pun saya tetap mandi,tak selesa kalau tak mandi.Jangan ada yang tak mandi ye..hehehehe...,eemm..hari ini afie fieza masak 1 menu je untuk makan tengahari iaitu kari ayam kentang.Macam biasa ye kawan2,sila rujuk dkt bawah kalau nak tahu bahan2nya or sengaja nak menjeguk pun boleh aje,tak jadi hal punya,tak kecik ati pun...hehehehe....=)
BAHAN2NYA:
1 PAHA AYAM( DIPOTONG 8 DAN DICUCI BERSIH )
2 BIJI KENTANG (DIPOTONG IKUT SELERA MASING2)
10 HELAI DAUN KARI
2 SUDU BESAR KERISIK
5 SUDU BESAR SERBUK KARI DAGING FAIZA(DIBANCUH DGN AIR)
2 SUDU CILI BOH
AIR/GARAM/PERASA
BAHAN TUMBUK:
4 BIJI CILI MERAH
4 ULAS BWG PUTIH
SEBESAR IBU JARI HALIA
1 SUDU BESAR JINTAN MANIS
1 SUDU BESAR JINTAN PUTIH
1 SUDU BESAR KETUMBAR
CARA-CARANYA:
TUMIS BAHAN TUMBUK DLM MINYAK PANAS,MASUKKAN SEKALI DAUN KARI.BIAR NAIK BAU SEKETIKA,BARULAH DIMASUKKAN BANCUHAN SERBUK KARI,CILI BOH DAN JUGA KERISIK,BIAR SAMPAI PECAH MINYAK.SELEPAS ITU MASUKKAN AYAM DAN KENTANG.GAUL SEKEJAP,SELEPAS ITU MASUKKAN AIR.BIAR SAMPAI MENDIDIH DAN AYAM JUGA KENTANG MASAK.BARULAH MASUKKAN GARAM DAN PERASA.SELAMAT MENCUBA.. >.<

Monday, January 31, 2011

:: 2 Hidangan Sederhana T.hari ini ::


Salam satu malaysia...

Hujan baru je berhenti,cuaca sejuk 2-3 hari ni,macam duduk dekat oversea lah pulak.Lebih2 lagi dekat kediaman saya ni,Puncak Borneo..sejuk,dan lagi2 kalau musim hujan.Kalau dekat semenanjung ada Genting Highlands dan Cameron Highlands,dekat Bumi Kenyalang pulak ada Borneo Highlands.Tempat sejuk,ada kabus2 gitu macam berada di Bollywood pulak,bila berlari2 dekat taman bunga nya...hehehehe..mula lah berangan tu.Eeemm....berbalik kepada resepi lunch saya dan family hari ini ialah,jeng..jeng..jeng......sayur peria telur dan ayam buttermilk.

:: SAYUR PERIA TELUR ::

Bahan2nya:

1 biji peria(dihiris nipis2,terpulang pada citarasa masing2)

1 biji cili merah dihiris

1 biji telur

2 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

sedikit ikan bilis

garam/ajinomoto secukup rasa anda

sedikit minyak untuk menumis

Cara2nya:

Tumis ikan bilis,bwg merah,bwg putih,dan cili hingga sedikit kekuningan.pecah kan telur dan kacau.kemudian masukkan peria,gaul sebati dgn telur dan last sekali masukkan garam dan perasa.angkat dan hidangkan.Untuk bahan ayam buttermilk pulak ialah...
:: AYAM BUTTERMILK ::
Bahan2nya:
4 ketul ayam drumstick(dicuci dan setiap drumstick potong 3)
*gaulkan ayam dgn sedikit garam,serbuk kunyit 1 sudu besar dan tepung beras 2 sudu besar,goreng kan sampai masak,angkat dan toskan*
2 biji bawang merah ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
5-6 biji cili kering ditumbuk
1 batang serai dititik
15 helai daun kari
3 sudu butter(saya guna butter snow)
1 cawan susu cair
sedikit garam dan perasa
Cara2nya:
Cairkan butter dalam periuk kemudian tumis serai dan bahan tumbuk juga daun kari hingga naik bau.selepas itu masukkan ayam yang dah siap digoreng,juga susu cair.gaul rata2,masukkan garan dan perasa,bila dah agak2 creamy boleh lah ditutup api dan dihidangkan.Selamat Mencuba.. >.<



Saturday, January 29, 2011

:: Ayam Semo ::

Salam semua...
Dah makan ke belum?Mesti ada yang dah makan,sedang makan,sedang memasak dan ada yang belum makan sebab berdiet kan.Malam ni,afie fieza masak ayam semo,memang selalu nya menu masakan saya 2 ke 3 jenis sahaja sebab family tak ramai.Tapi malam ni..jeng3,1 jenis je..hehehehe..sebab kalau malam selalu nya tak makan banyak,jadi 1 jenis lauk dah memadai.Apa2 pun,kalau nak tahu resepinya,kenalah rujuk dkt bawah ok..selamat mencuba..
>.<
BAHAN2NYA:
1 DADA AYAM(DIPOTONG IKUT SUKA ANDA)
1-2 SUDU BESAR SERBUK KUNYIT
2 SUDU TEPUNG BERAS
SEDIKIT GARAM
2 BIJI CILI MERAH(BELAH DUA DAN BUANG BIJI NYA)
1 BIJI BAWANG BESAR(BELAH 4)
2 ULAS BWG PUTIH( DIHIRIS HALUS)
2 BIJI BWG MERAH(DIHIRIS HALUS)
1 INCI HALIA(DIHIRIS HALUS)
2 SUDU BESAR SOS TIRAM
3-4 SUDU BESAR KICAP MANIS
SEDIKIT AIR
CARA2NYA:
AYAM DILUMUR DENGAN SEDIKIT GARAM,SERBUK KUNYIT DAN TEPUNG BERAS.GORENG AYAM SAMPAI MASAK DAN ANGKAT.TUMIS BWG MERAH,BWG PUTIH,HALIA DLM SEDIKIT MINYAK SELEPAS MENGGORENG AYAM TADI.TUMIS HINGGA KEKUNINGAN SEDIKIT BARULAH DIMASUKKAN CILI,BWG BESAR.GAUL SEKEJAP,KEMUDIAN MASUKKAN SOS TIRAM,KICAP MANIS DAN SEDIKIT JE GARAM,JGN BYK2.MASUKKAN AYAM YG TELAH DIGORENG TADI,GAUL2 KAN.AKHIR SEKALI SEDIKIT AIR,BIAR KUAH AGAK PEKAT SEDIKIT.TUTUP API DAN BOLEH DIHIDANGKAN.


Thursday, January 6, 2011

:: Ayam goreng simple ::


Bahan2nya:
sayap ayam potong 2
garam secukup rasa
ajinomoto secukup rasa
serbuk kari daging
tepung beras
cara2nya:
gaul semua bahan rata2,goreng dlm minyak panas sampai ayam masak...

Wednesday, January 5, 2011

:: Ayam kicap berempah ::


Bahan2nya:
1/2 ekor ayam dipotong dan dibasuh
2 sudu besar sos tiram(maggi)
3 sudu besar sos cili(life)
1 mangkuk kecil kicap pekat
2 sudu gula
garam secukup rasa/ajinomoto
minyak utk menumis
Bahan tumbuk:
sebesar ibu jari halia
2-3 biji bwg merah
3-4 ulas bwg putih
3-4 biji cili padi
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar ketumbar
cara2nya:
tumis bahan tumbuk dlm minyak panas hingga kekeuningan dan naik bau.masukkan ayam dan gaul rata2,biar seketika.barulah dimasukkan kicap,sos tiram dan sos cili,gaul lagi sampai sebati dgn aym.masukkan sedikit air,biar sampai mendidih dan kuah menjadi pekat.selepas itu masuk bahan perasa seperti garan,ajinomoto,gula...biar seketika,tutup api dan hidangkan..nyum2..

Thursday, November 25, 2010

Ayam masak kunyit


Bahan tumbuk:
Bwg merah
Bwg putih
Halia
Cili padi
Serai
Kunyit
Bahan Lain:
Sayap ayam dipotong 2 atau 4
Sedikit sos cili
Asam keping
garam/perasa/gula