CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Tuesday, December 6, 2011

:: KEK MARBLE YAM/DURIAN/PANDAN ::


Salam semua...
Saya akan masukkan resepi kek marble yam/durian/pandan yang saya janjikan kemarin.Kemarin nak uploadkan tak dapat2,tak tahu kenapa,so hari ni baru dapat upload kan.Rujuk bahan2 utk kek ni dkt bawah.. =)

BAHAN2NYA:
2 biji telur gred A
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar majerin
1 1/2 cawan gula perang
2 sudu besar susu pekat manis
2 cawan tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
1 sudu teh soda bicarbonate*
3 sudu serbuk keju
1 cawan air
pewarna purple/hijau/kuning
perisa yam/pandan/durian

note: * bahan yg bertanda diayak dan disatukan

CARA2NYA:
Pertama blendkan semua bahan kecuali bahan yg bertanda* ,pewarna dan perisa.Selepas itu barulah masukkan bahan bertanda * sedikit demi sedikit.Bila dah sebati bahagikan adunan kepada 3 bahagian.Bahagian pertama diwarnakan purple dan diberi perisa yam,bhgian kedua diwarnakan hijau dan perasa pandan(boleh gunakan pandan paste dan tak perlu ditambah pewrna hijau lagi),bhgian ketiga diwarnakan kuning dan perisa durian.Bila dah siap semua,masukan adunan hijau terlebih dahulu ke dalam acuan yg dah di sapu majerin dan tepung,kemudian kuning dan akhir sekali purple.Gunakan chopstick utk membentuk marble.Bakar dalam oven sampai masak..

Wednesday, November 30, 2011

:: KEK GULA HANGUS ::


Selamat malam semua...
SDP malam ni nak masuk n3 kek gula hangus,percubaan yang ke 3.Saya buat ni untuk tea time,masa dekat rumah mak su hari isnin lepas.Ni baru nak masukkan,sebab hari tu & hari sebelum tu saya ada buat sampai 3 jenis dessert.So saya masukkan yang ni dulu,perlahan2 k.Seronok sebenarnya kalau kita masak2 n baking cake ni,lebih2 lagi yang kita buat tu menjadi dan cantik.Kalau cantik dan ditambah dgn sedap tu,lagi lah bagus kan?Alahai..panjang pulak cecerita dia ni,resepi nya tak jugak masuk....hehehehe..sabar lah sikit ye...masih nak cecerita ni....




Haaaa....sambung balik,kalau kek yang kita buat tu cantik tapi tak sedap,lain pulak cerita nya.Nanti org cakap,wow!!!!cantik nye kejadian kek tu,tapi bila rasa,ok lah...hehehe,dan tak semestinya kejadian yang tak cantik tu,rasanya tak sedap,kadang2 macam tu lah kejadiannya,ada aku kesah..haaa,yang penting dapat makan,dan yang paling penting kita ikhlas bila melakukan sesuatu kerja tu,betul tak??betul lah tu...apa2 pun itu hanya pendapat saya,takde kena mengena dgn yg hidup atau sebaliknya k,jom layan bahan2 utk kek diatas. >.<

BAHAN2NYA:
2 biji telur
1 1/2 cawan gula pasir( buat gula hangus)
1 cawan air
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar majerin
2 sudu besar susu manis
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
2 cawan tepung gandum

Masukkan minyak,telur,mejerin,susu manis,dan gula hangus yang dah dicampur dgn air tadi ke dalam blender,blend sampai sebati.Kemudian masukkan tepung yang dah diayak bersama baking powder dan soda bicarbonate,blend labi sampai sebati.Last sekali masukkan kedalam loyang yang dah disapu dgn sedikit majerin dan tepung.Bakar dlm oven sampai masak,biar sejuk barulah dipotong dan dihidangkan..selamat mencuba.. =)

Tuesday, March 1, 2011

:: KEK CHEESE PULUT HITAM ::

Salam petang..dah nak malam!
Dalam pukul 5:ooptg tadi,saya sempat buat kek cheese pulut hitam ni.Nak buat kek ni senang je sebab tak banyak sangat bahan,sebab tu lah saya buat..al-maklumlah saya ni tak suka buat kek yang banyak sangat kerenah.Kalau kek simple2 tu saya suka buat,janji sedap dimakan.Tak semestinya kek yang simple2 ni tak sedap kan?kadang2 kek yang simple2 tu lah yang sedap lagi dari kek yang banyak sangat bahan2nya..betul tak?Tapi,saya tak kata kek yang banyak menggunakan bahan tu tak sedap,sedap...cuma ikut rajin dgn malas je,saya dlm mood malas lah sekarang ni,hehehe...malas pun dapat jugak buat 1 jenis kek,jom layan!! =)


Bahan2 nya:
50gm butter

50ml minyak masak'
2 gelas gula aising
5 biji telur ayam
1 pkt tepung pulut hitam(200gm)
1 sudu kecil ovellete
125gm cream cheese
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu susu manis
1 pkt serbuk santan
100ml air sejuk
1 sudu kecil b.soda

cara-caranya:
pukul butter,minyak dan gula sampai putih,kemudian pecahkan telur satu persatu dan pukul sampai kembang.masukkan ovelette,esen vanilla,susu manis,pukul lagi.selepas itu masukkan tepung pulut hitam,serbuk santan,b.soda dan cream cheese.last sekali masukkan air,pukul lagi.masukkan dlm acuan dan bakar sampai masak. >.<

Tuesday, February 22, 2011

:: KEK PISANG MADU ::



Salam Malam Semua...
Petang tadi sempat lah saya buat kek pisang madu untuk kita orang makan,sambil menonton tv dan minum pulak dengan teh 0 panas.Eemm...sedap nye!!Rasa kek yang lemak2 manis dan lembut.Mak oii,angkat bakul sendiri pulak,hehehehe..untuk bahan2 nya pulak,jom kita layan!! =)


Bahan2 nya:
6 biji pisang embun(dilecek)
2 1/2 gelas tepung gandum
125gm butter
1/2 gelas minyak
1 1/2 gelas gula aising
4 biji telur gred A
secubit garam
sedikit b.soda dan baking powder
2 sudu besar madu
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil ovelate



Cara-caranya:
Pukul gula dan butter hingga putih,selepas itu masukkan minyak dan pukul lagi.Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hinggan sebati.Kemudian masukkan tepung,baking powder/b.soda dan pukul lagi.Selepas itu masukkan pisang embun yang telah dilecek dan dicampur dengan esen vanilla dan sedikit garam,pukul lagi.Last sekali masukkan madu dan ovelate,pukul sebentar dan masukkan dlm acuan dan bakar sampai masak. >.<


Saturday, February 12, 2011

:: KEK PISANG GULA HANGUS ::



Salam dan gud malam...
Baru sekejap tadi kek yang saya buat siap dimasak.Simple,sedap dimakan bersama dengan madu dan secawan teh 0 panas.Malam ni saya cuti memasak,sebab hubby tapau ayam kfc utk mkn malam.Hai......dapatlah berehat sikit,tu pasal lah saya buat kek sebab ada masa yg terluang sikit,hehehe...so malam ni SDP buat kek pisang gula hangus,nak try?rujuk resepi nya dibawah. =)

BAHAN2NYA:
1/2 CAWAN GULA DIBUAT GULA HANGUS(PASTIKAN JGN TERLAMPAU HANGUS,DAN DICAMPUR DGN 1/2 CAWAN AIR)
1/2 CAWAN MINYAK MASAK
2 SUDU MENTEGA
1 BIJI TELUR
1 SUDU KECIL BICARBONATE SODA
1 CAWAN TEPUNG GANDUM
2 BIJI PISANG EMBUN
2 SUDU SUSU MANIS

CARA2NYA:
BLEND KAN TERLEBIH DAHULU GULA HANGUS,TELUR,MINYAK DAN MENTEGA SAMPAI SEBATI BAHANNYA.KEMUDIAN MASUKKAN TEPUNG GANDUM,B.SODA,PISANG,SUSU MANIS.BLEND LAGI SAMPAI ADUNAN SEBATI.MASUK DLM ACUAN DAN BAKAR HINGGA MASAK. >.<

Sunday, January 30, 2011

:: Kek Kukus Coklat ::

Salam semua...
Apa khabar semuanya,hope semua sihat.Sepanjang hari ini saya tak on9,sekarang baru nak on9,sebab apa?Sebab baru je ada masa terluang nak menghadap laptop.Hari ini agak sibuk lah sikit,banyak keja nak dibuat,kemas rumah dan buat apa yang patut,jadi hari ini afie fieza masak untuk lunch lauk dalam tin sahaja,harap maklum ye,sekali sekala makan lauk dlm tin ni pun tak apa kan,hehehe...tapi..tapi,hari ini afie fieza sempat lah jugak buat kek kukus coklat yang juga dibantu oleh anak sulung saya Azyan Nadzira(pembantu dapur hari ini).Buat kek ni simple je,saya dapat resepi ni dari internet jugak,dalam my resepi.com,tapi saya ubah sedikit resepi nya,kalau nak tahu resepinya sila rujuk dkt bawah ye,seperti biasa...Selamat Mencuba.. >.<
BAHAN2 NYA:
5 BIJI TELUR
2 CAWAN TEPUNG GANDUM
2 CAWAN SERBUK KOKO
1 CAWAN MINYAK MASAK
1 SUDU BESAR OVERLATE
1 SUDU KECIL BAKING POWDER
1 SUDU KECIL B.SODA
2 CAWAN GULA AISING
1 CAWAN AIR PANAS
2 SUDU BESAR SUSU MANIS
TOPPING:
1 CAWAN SERBUK KOKO
1 CAWAN SUSU CAIR
1 CAWAN GULA AISING
3 SUDU BESAR TEPUNG JAGUNG(BANCUH DGN SEDIKIT AIR)
COKLAT CHIP UNTUK HIASAN

CARA2NYA:
PUKUL GULA DAN TELUR SAMPAI PUTIH,KEMUDIAN BARULAH DIMASUKKAN TEPUNG GANDUM,KOKO,BAKING POWDER,B.SODA YANG TELAH DIAYAK BERSAMA TADI.SETELAH ITU MASUKKAN AIR PANAS,KACAU LAGI.SELEPAS ITU MASUKKAN OVERLATE,SUSU MANIS DAN MINYAK MASAK.PUKUL SAMPAI BETUL2 SEBATI.MASUKKAN DALAM ACUAN 7'7 DAN KUKUS SELAMA 45MINIT.BIARKAN KEK SEJUK TERLEBIH DAHULU,BARULAH DITUANGKAN TOPPING KEATAS NYA DAN TABUR DGN COKLAT CHIP.
UNTUK MEMBUAT TOPPING,GAULKAN SEMUA BAHAN DAN KACAU DIATAS API YG KECIL,SENTIASA DIKACAU SUPAYA TIDAK BERKETUL.



Wednesday, January 26, 2011

:: Kek Horlick Hijau :;


Bahan2nya:
5 biji telur saiz A
1 gelas horlick
1 gelas gula halus
250gm buttercup
1 tin kecil sri kaya
1 1/2 gelas tepung gandum
1/2 tin susu manis
paste pandan
cara2nya:
pukul gula dan butter sampai kembang dan putih,kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi sampai sebati.selepas itu,masukkan susu manis,sri kaya dan horlick,pukul sebati.kemudian masukkan tepung gandum,pukul lagi.akhir sekali masukkan paste pandan,pukul lagi.masukkan adunan dlm acuan 7' 7 dan bolehlah dibakar atau kukus sampai masak.yang saya buat ni,saya bakar kan.terpulanglah pada anda ikut citarasa anda.selamat mencuba..

Monday, November 29, 2010

Apam gula hangus

Bahan2nya:
1 cawan gula(di buat gula hangus)
1 cawan air(utk dicampur dlm gula yg dh hangus tadi)
2 biji telur gred A
1/2 cawan minyak
2 sudu besar majerin
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar browning sugar

Bahan diatas masuk dlm blender dan dblend smpai sebati.Kemudian barulah masuk dlm acuan yg dah disapu dgn majerin dan tepung.Kukus atau bakar sampai masak,apam diatas saya bakar..

Sunday, November 21, 2010

Kek Kacang Merah


Bahan2nya:
250gm butter
1 1/2 gelas gula aising
5 biji telur gred A
1/2 tin susu manis
2 gelas tepung gandum
1 tin kacang merah dlm santan
1 1/2 pkt santan serbuk