Tadi dah nak masukkan n3 ni tapi laptop buat hal lah pulak.Entah kenapa lah pulak ACER aku ni,dah mula nak tunjuk ketidak sihatan pulak(hai...pandai pulak aku merosakkan tatabahasa ni,hehehe...)memang sah lah laptop ni dah kena virus.Kalau nampak mcm saya ni takde masuk n3 beberapa hari atau selepas ni,mesti laptop ni dah masuk wad...sabar je lah!eemmm...jom layan resepi mee bandung ni... =)
Bahan2nya:
1pkt mee kuning (250gm)celurkan
1/2 dada ayam dipotong kecil2
1 mangkuk daging cincang
2 biji tomato potong 6
3 batang kacang panjang potong 1 inci
tauge dicelur
2 biji telur(dipukul)
tauhu digoreng dan potong kiub2
4 sudu besar sos cili(life)
2 sudu besar sos tomato(life)
1 sudu besar sos tiram(maggi)
gula/garam
1 mangkuk besar air
2 sudu besar tepung jagung(dibancuh dgn air)
2 pkt perencah mee bandung adabi
2 biji bwg merah/2 ulas bwg putih(tumbuk halus)
1 sudu besar cili boh
Bahan hiasan:
2 biji cili merah dihiris halus
daun sup/daun bwg hiris halus
bwg goreng
cara2nya:
Tumis bahan tumbuk hinggan kekuningan dan naik bau,masukkan cili boh,kacau sebentar.selepas itu masukkan sos cili,sos tomato,sos tiram,perencah mee bandung,kacau rata,masukkan pulak daging cincang,dan isi ayam.masukkan air biar mendidih,kemudian masukkan garam,gula,tepung jagung,kacau lagi dan masukkan pula telur yang telah dipukul tadi.akhir sekali masukkan kcg panjang,biar sebentar dan masukkan tomato pula.tutup api,tuangkan kuah keatas mee didlm mangkuk,kemudian taburkan dgn bahan hiasan tadi.nyum2...try lah! >.<
0 comments:
Post a Comment