CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Thursday, March 10, 2011

:: CHICKEN BUTTER SOY SAUCE & LABU TUMIS BELACAN BERSAMA KCG PANJANG ::


Salam Thursday Afternoon...
Eeemmm....tengah buat apa tu??Saya tengah ada masa terluang ni,sebab tu nak masukkan n3 ni cepat2 sebelum si kecil Aisya terjaga dari tidur.Untuk lunch hari ni,saya sediakan 2 menu sederhana,kalau saya kata simple,nanti kau org kata2 hari2 SDP ni masak simple,walaupun hakikat nya sederhana dan simple tu sama ertinya,iaitu,yakni sama maksudnya....hehehehe....gila2 tak ayat aku,hahaha..ketawa lah,cpt2..hahahaha...ehem2..apa pulak kau org kata mereng ke aku hari ni,hehehe..takde lah,saja nak ceriakan suasana.Ok lah,nak tahu bahan2 utk resepi diatas,sila rujuk dekat bawah...hope sudi2 lah mencuba dan kalau view tu,mintak2 komen lah sikit ye..terima kasih,sila datang lagi... =)



Bahan chicken butter soy sauce:
8 sayap ayam(dipotong 4 atau 2)
3 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar lada hitam kasar
5 sudu besar butter
garam/air


Bahan tumbuk:
4 biji bwg merah
3 ulas bwg putih
1 inci halia
1 batang serai(dititik)


Panaskan butter dlm periuk sampai cair,kemudian masukkan serai dan bahan tumbuk,tumis hingga kekuningan.selepas itu masukkan lada hitam kasar,gaul sebentar.masukkan pula ayam tadi dan gaul sebati,biar seketika dan masukkan sos tiram,kicap,kacau rata2.masukkan air dan biar mendidih,dah nampak kuah agak2 pekat sedikit barulah dimasukkan garam.



Bahan utk labu tumis belacan bersama kcg pjg:
300gm labu kuning(kupas kulit,potong dan bersihkan)
5 batang kcg panjang(hiris memanjang atau ikut suka)
sedikit belacan dihancurkan
2 biji bwg merah(dihiris halus)
2 ulas bwg putih(dihiris halus)
1 biji cili merah(dihiris)
sedikit ikan bilis
garam secukup rasa/sedikit air


Tumis bahan hiris,ikan bilis dan belacan sampai naik bau.masukkan kacang panjang dan labu,gaul.selepas itu masukkan air,biar sampai labu masak,last sekali masukkan garam secukup rasa anda.. >.<




0 comments:

Post a Comment