Wednesday, December 14, 2011
:: KARI KEPALA IKAN MANCONG ::
Sunday, March 27, 2011
:: GARLIC PRAWN FRIED & IKAN ASAM PEDAS NYONYA ::
Hari ni,saya masak special sikit sebab hubby balik dari KL hari ni...suka..suka...hehehehe...miss my hubby so much!Tak sabar rasa nya,flight dia pukul 2ptg sampai Kuching dalam pukul 3.30ptg.Mesti banyak ole2 dr KL buat saya dan anak2...hehehe...,yang paling penting hubby selamat sampai ke distinasi..amin2... =)
Bahan utk garlic prawn fried:
Thursday, March 17, 2011
:: SARDIN DI KARIKAN & TELUR DADAR MASAK KICAP ::
Monday, February 28, 2011
:: IKAN BAWAL PUTIH KUKUS TOMATO ::
Dah lunch ke?Saya dah...hari ni makan ikan kukus.Ikan ni saya beli malam tadi dekat supermarket.Teringin pulak nak makan ikan bawal putih,selalu nya saya beli ikan bawal hitam,kita org sekeluarga lebih gemar bawal hitam berbanding bawal putih sebab isinya lebih sedap,lebih tebal,lebih manis.Tapi kali ni,saja je nak tukar selera,so beli lah bawal putih,not bad but bawal hitam tetap pilihan utama...hehehe..ikut selera masing2 lah ye!Ada 2 perbezaan antara ikan bawal hitam dan putih,bawal hitam lebih sesuai kalau digoreng,dibakar dan buat masak merah,kari,kicap,sweet n sour,mcm yg saya buat hari tu.Lain pulak kalau bawal putih,ia lebih sesuai dikukus,mungkin sebab isi nya yg nipis je so kukus je lah yg sesuai,tapi..tapi..kukus dlm pelbagai cara,ikut kreatifviti masing2..jom layan bahan2 utk ikan bawal putih kukus tomato... =)
Bahan2 nya:
2 ekor ikan bawal putih(550gm)bersihkan
4 biji limau kasturi( ambil jusnya )
1 batang serai dihiris halus
1 biji bwg besar dihiris halus
2 biji bwg merah hiris halus
1 biji cili merah potong dua buang biji nya
sebesar ibu jari halia dihiris halus2
1 helai daun limau purut hiris halus
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar soy sos seafood
1 sudu besar sos ikan
sedikit garam/ajinomoto
2 biji tomato dipotong 6
beberapa helai daun sup dihiris halus
Cara-caranya:
Ikan digaul dgn garam dan ajinomoto terlebih dahulu,letakkan dlm pengukus.selepas itu tabur kan semua bahan hiris atas ikan.perah kan jus limau,masukkan tomato,sos ikan,sos seafood,minyak bijan ke atas ikan.sedia utk dikukus,kukus dlm 15 minit.siap utk dimakan.selamat mencuba. >.<
Thursday, February 24, 2011
:: FISH SWEET N SOUR ALA SDP ::
Awal2 tadi plan nak masak ikan utk menu lunch hari ni,tapi tak tahu nak masak apa pulak.Pastu cari2 lah bahan apa yang ada dkt almari dapur,peti sejuk...eemmmmm???Haa...dpt lah idea nak masak ikan sweet n sour,apa je bahan yang ada,yang sesuai saya masukkan dlm resepi ni,last2 menjadi jugak fish sweet n sour ala sdp ni..saya masak 1 menu je hari ini,tak payah byk2,satu pun dah cukup,anak2 dan hubby tak banyak kerenah,saya masak dia org makan je,janji sedap!...sedap ke??sedap kot??sedap lah agaknya ye??kalau tak sedap tak kan habis kot?hehehehe.... =)
BAHAN2 NYA:
1 EKOR IKAN BAWAL HITAM(700GM)
2 SUDU SERBUK KUNYIT(ADABI)
SEDIKIT GARAM
GAUL SEMUA BAHAN KE IKAN KEMUDIAN GORENG SAMPAI MASAK DAN TOSKAN.
BAHAN LAIN:
1 BIJI KENTANG(DIPOTONG DADU DAN GORENG SAMAPI GARING DLM BEKAS MINYAK MENGGORENG IKAN TADI,TOSKAN DAN TABUR ATAS IKAN YG DH DIGORENG TADI)
1 BIJI CARROT DIHIRIS MEMANJANG
1 BIJI BWG BESAR POTONG 4
2 BIJI BWG MERAH HIRIS HALUS
2 ULAS BWG PUTIH HIRIS HALUS
HALIA HIRIS HALUS
3 SUDU JAGUNG LIGO DLM TIN
1 SUDU GULA
4 SUDU SOS TOMATO(LIFE)
6 SUDU SOS CILI(LIFE)
1 SUDU SOS PLUM(LIFE)
1 SUDU SOS TIRAM(MAGGI)
SEDIKIT GARAM
TUMIS BAHAN HIRIS HINGGA NAIK BAU DAN KEKUNINGGAN SEDIKIT.KEMUDIAN MASUKKAN BWG BESAR,CARROT,GAUL SEBENTAR.SELEPAS ITU MASUKKAN SOS CILI,SOS TOMATO,SOS PLUM,SOS TIRAM,GULA,GARAM.KACAU SEBENTAR,LAST SEKALI MASUKKAN JAGUNG LIGO SERTA DGN AIR JAGUNG SEDIKIT.KACAU SAMPAI MENDIDIH DAN TUANGKAN KE ATAS IKAN DAN KENTANG TADI.NYUM2!! >.<
Monday, February 14, 2011
:: IKAN SEMO ::
Dah malam ni,baru dapat nak masuk N3.Line internet ada masalah pulak,sebab tu lah baru dapat masukkan menu hari ini.Hari ini saya masak 1 menu je sebab tadi nak cepat kuar hantar anak tuisyen.Ni pun baru sampai 1 jam yang lepas..hehehe..ok lah,tadi SDP sempat masak ikan semo.Resepi ni saya pernah masukkan dulu,cuma tukar kan ayam ke ikan.Sangat2 simple tapi sedap,nyum2! =)
Bahan2nya:
1 ekor ikan tongkol(potong 8)
2 sudu serbuk kunyit
garam/perasa
1 biji bwg besar(potong 4)
sebesar ibu jari halia dihiris halus
2 biji bwg merah dihiris halus
2 ulas bwg putih dihiris halus
2 biji cili merah(belah 2 buang bijinya)
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap pekat manis
Cara2nya:
Ikan dilumur dengan kunyit dan sedikit garam.goreng hingga masak,angkat dan toskan minyak nya.kemudian baki minyak menggoreng ikan tadi digunakan utk menumis bahan hiris hinggan naik bau.selepas itu masukkan bwg besar,gaul sekejap.kemudian masukkan sos tiram,kicap,dan sedikit air.last sekali masukkan ikan yang dah digoreng tadi.sedia dihidangkan.... >.<





