CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Thursday, March 3, 2011

:: SAMBAL SOTONG KERING & TERUNG KICAP PEKAT ::



Salam Petang Semua...
Eemm...baru nak masukkan n3 sebab tadi lepas je makan tengahari,saya terus keluar bawa si kecil Aisya Maira ke klinik.Masuk hari ni dah seminggu si kecil tu demam,sebelum ni pun dah bawa ke klinik tapi masih jugak demam.Risau jugak hati ni,tadi dekat klinik,doktor kata aisya takde apa2 ok je,cuma demam je,so doktor bagi ubat demam,selsema dan antibiotik.Harap2 begitu lah ye,risau betul..maybe ubat yang doktor beri sebelum ni tak sesuai kot dgn aisya,dan harap2 ubat kali ni berkesan..amin..
Ok lah berbalik semula pada 2 menu tengahari tadi..jom layan!! =)

Bahan sambal sotong kering:
3 keping sotong kering(direndam dgn air panas selama 5 jam)
1 labu bawang besar dihiris halus
2 biji bwg merah ditumbuk
3 ulas bwg putih ditumbuk
1 kiub belacan ditumbuk
2 sudu besar cili boh
garam/gula secukup rasa
1 sudu bijan
Goreng sebentar bijan tadi,kemudian masukkan bahan tumbuk dan cili boh hingga naik bau.Selepas itu masukkan sotong yang dah dihiris dan bwg besar,gaul sebati.last sekali masukkan gula dan garam.Boleh dihidangkan...


Bahan terung kicap pekat:
3 biji terung potong ikut suka anda
1 biji cili merah dihiris
2 biji bwg merah
2 ulas bwg putih
sedikit ikan bilis
1 sudu besar sos tiram
2 sudu kicap pekat manis
sedikit garam
sedikit lada hitam


Tumis bwg merah,bwg putih,cili merah dan ikan bilis hingga sedikit kekuningan.kemudian masukkan terung,gaul sebati dan masukkan sos tiram,kicap pekat dan lada hitam.Last sekali masukkan garam.Jangan dimasukkan air sebab masakkan ni tak perlu air.pekat dan kering.. >.<

0 comments:

Post a Comment