Salam Monday Afternoon.....
Hari ni masak apa ye??Mesti masak yang sedap2 kan?Ataupun bagi yang ibu2,isteri2 yang sibuk berkerja,masak makanan simple,macam yang saya masak malam tadi,makanan dlm tin,hehehe..takpe lah kan,sekali sekala..nak lebih cepat beli je lauk tunjuk,nak kari ayam 2 ketul,sayur rm2...tapau lah tu!hehehehe...,ok lah,n3 hari ni saya masukkan 3 menu simple yang saya masak untuk makan tengahari ni,kalau sudi boleh cuba,kalau tak pun sudi2kan lah ye... =)
Bahan untuk umai telur padi:
2 biji telur padi(kupas kulitnya,basuh dan potong)
2 biji telur padi(kupas kulitnya,basuh dan potong)
2 ulas bwg putih hiris halus
2 biji bwg merah hiris halus
1 biji cili merah hiris halus
1 biji cili hijau hiris halus
2 biji limau kasturi(belah 2 dan ambil jusnya/kulit limau jgn dibuang hiris halus)
sedikit halia hiris halus
2 sudu besar kicap pekat manis
Taburkan semua bahan hiris ke atas telur padi yang dah dipotong tadi,perahkan jus limau keatasnya dan tuangkan kicap.simple dan sedap!
Bahan utk sup ayam telur:
7 sayap ayam(dipotong 2 atau 4)
2 biji kentang(dipotong 4 atau 6)
serbuk lada hitam kasar
garam/perasa secukup rasa
2 sudu tepung jagung(bancuh dgn sedikit air)
2 mangkuk air
1 biji telur dipukul
rempah 4 sekawan(kulit kayu manis/bunga lawang/bunga cengkih/buah pelaga)
Bahan tumbuk:
3 biji bwg merah
2 ulas bwg putih
1 inci halia
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu ketumbar
Tumis bahan tumbuk dan rempah 4 sekawan hingga naik bau dan kekuningan.Selepas itu masukkan ayam dan kentang,gaul rata.kemudian masukkan air,biar mendidih dan sampai ayam dan kentang masak.selepas itu masukkan garam/lada hitam,last sekali masukkan tepung jagung.bila kuah dah nampak barulah masukkan telur yang dah dipukul tadi,gaul2kan.siap dihidangkan...
Bahan utk timun masak sos:
1 biji timun(kupas kulitnya dan potong bulat2)
1 biji bwg merah dihiris halus
1 biji bwg putih dihiris halus
cili merah dihiris halus
sedikit ikan bilis
3 sudu besar sos cili
garam/sedikit air
Tumis bahan hiris dan ikan bilis hingga naik bau dan kekuningan dan masukkan timun,gaul sebentar.Maukkan sos cili,garam dan sedikit air,biar mendidih dan boleh dihidangkan.
0 comments:
Post a Comment