Ayam cili ber-carrot ni,pedas..i likessss!!!
Salam petang selasa...
Pagi2 lagi saya dah keluar sebab ada urusan nak dibuat,tapi tak lama sekejap je.Pastu sampai rumah,saya mulakan aktiviti memasak.Mula dengan mencari lauk apa yang ada dlm peti sejuk.Haaa....dapat 1 dada ayam.dan ada tinggal 6 ekor udang.Heemmm...saya pun mula berfikir??(macam karangan budak
sekolah rendah lah..hehehe),lidah ni rasa nak makan pedas2 lah,kalau masak pedas2 pun hubby dan kakak ok je,dia org berdua boleh masuk pedas2 ni.So,no hal lah,jadi saya mulakan operasi memasak ayam cili ber-carrot(nama yg saya ubah sendiri),dan udang goreng bariani..nyum2!Sedap..dah makan tadi,puji sendiri ni,takpe lah sekali sekala kan,apa lah salah(utk menaikkan semangat),jom layan bahan2 nya,rujuk dkt bwh ye.... =)
Bahan utk ayam cili ber-carrot:
1 dada ayam(potong 8,gaul dgn tepung jagung+garam+serbuk kunyit dan goreng sampai masak,toskan)
1 biji carrot besar(parutkan)
2 biji cili merah(belah 2)
1 biji bawang besar(potong 4)
rempah tumis(bunga cengkih/bunga lawang/kayu manis/buah pelaga)
1 mangkuk air
garam/perasa/gula
Bahan blend:
3 biji cili merah
5 biji cili padi
8 biji cili kering
sedikit halia
4 biji cili merah
4 ulas bwg putih
Tumis bahan blend dan rempah tumis hinggan naik bau.selepas itu masukkan carrot,cili,bwg besar yang dh dihiris tadi,gaul.kemudian masukkan ayam yang dah siap digoreng tadi,gaul sebati.masukkan pula air,biar mendidih,last sekali masukkan sedikit gula,garam,dan perasa(ajinomoto).
Bahan udang goreng bariani:
6 ekor udang(dibersihkan)
sedikit garam/perasa
1 sudu besar serbuk rempah bariani(faiza)
1 sudu tepung jagung
2 sudu besar telur yang telah dipukul
Gaulkan kesemua bahan hingga sebati,biar dlm 10 minit,kemudian bolehlah digoreng hingga garing..selamat mencuba,nyum2! >.<
0 comments:
Post a Comment