CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Showing posts with label udang. Show all posts
Showing posts with label udang. Show all posts

Monday, March 19, 2012

:: UDANG MASAK KICAP MADU ::


Selamat petang....
Lunch tadi saya masak udang..masakan yang simple but nice.Sebenarnya saya tak tahu nak tulis apa,idea takde,hari ni hari yang membosankan buat saya,so...kita teruskan ke bahan2 utk resepi ni k.Bagi yang sudi nak cuba boleh cuba,takde org marah pun...huhuhuhu...

Bahan2nya:
Rm10 Udang (dibuang kepala nya dan dibersihkan)
2 sudu besar madu
4 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
sedikit garam
1 biji bwg besar dipotong 4
2 biji bwg merah dihiris
3 ulas bwg putih dihiris
sebesar ibu jari halia dihiris
2 biji tomato dipotong 2 setiap satu
minyak utk menumis
sedikit lada hitam kasar
1 biji telur

Tumis semua bahan hiris hingga kekuningan,selepas itu pecahkan telur kedlm kuali,dan hancur2kan telur.masukkan pula udang dan gaul rata.kemudian masukkan sos tiram,madu,kicap,dan garam.gaul rata biar seketika,barulah masukkan bwg besar dan tomato,biar bwg masak seketika,dan hidang..selamat mencuba... =)

Tuesday, November 22, 2011

::SAYUR CAMPUR & UDANG KICAP PEKAT::

3 jenis lauk utk hari ini.......


Sayur Campur......


Udang kicap pekat......


Salam semua....
Tengah nak masuk n3 ni,sambil2 tu saya layan lagu seribu sesalan by jackly victor,shila hamzah & ning baizura,gabungan 3 suara yang mantop gitu.Sekali sekala layan lagu jiwang ni,best jugak.Lagipun saya memang minat dgn lagu ni,lirik nya best!!Ok lah,lunch hari ni saya masak sayur campur,udang kicap pekat & chicken tampura(yang ni beli segera punya,tinggal nak goreng je).Saya masukkan bahan2 utk sayur campur & udang kicap pekat je k...ish...ish..ish....best nye lagu ni,tersentuh hati gue...huhuhuhu.... =)

BAHAN2 UTK SAYUR CAMPUR:
Kubis
Bunga kubis
Brokoli
Carrot
Asparagus
Kacang pis
sayur jagung
cili merah
1 biji telur
bwg merah/bwg putih(dihiris)
1 biji cili merah
garam/perasa secukup rasa
lada hitam kasar

Tumis bwg merah dan bwg putih hingga naik bau dan kekuningan.Pecahkan telur dan hancur2kan,masukkan lada hitam,kacau sebentar.Selepas itu masukkan kesemua sayur yang telah siap dipotong dan dibersihkan.Last sekali masukkan garam dan perasa,boleh dihidangkan.

**Kesemua jenis bahan saya tak masukkan sukatan,ikut banyak mana anda nak masak,so agak2 sendiri.


BAHAN2 UTK UDANG KICAP PEKAT:
500gm udang dibuang kulit dibersihkan
5 biji cili kering
2 biji bwg merah dihiris
2 ulas bwg putih dihiris
sebesar ibu jari halia hiris halus2
1 biji bwg besar potong 4
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 mangkuk kecil kicap pekat
2 sudu gula perang
garam/perasa secukup rasa
minyak utk menumis

Tumis cili kering terlebih dahulu,kemudian masukkan bahan hiris sehingga naik bau dan kekuningan.Selepas itu masukkan udang dan gaul2 rata.Masukkan pula sos tirem,sos cili dan kicap,gaul lagi.Kemudian masukkan garam/perasa dan gula perang.Biar sebentar,dan bila kuah nampak agak2 pekat sedikit barulah masukkan bwg besar,biar bwg masak sedikit,jgn layu,barulah ditutup api dan dihidangkan...selamat mencuba... =)



Sunday, March 27, 2011

:: GARLIC PRAWN FRIED & IKAN ASAM PEDAS NYONYA ::

Salam petang ahad semua...

Hari ni,saya masak special sikit sebab hubby balik dari KL hari ni...suka..suka...hehehehe...miss my hubby so much!Tak sabar rasa nya,flight dia pukul 2ptg sampai Kuching dalam pukul 3.30ptg.Mesti banyak ole2 dr KL buat saya dan anak2...hehehe...,yang paling penting hubby selamat sampai ke distinasi..amin2... =)


Bahan utk garlic prawn fried:

20 ekor udang kertas(buang kepala dan cuci bersih)
3 ulas bwg putih ditumbuk
1 inci halia ditumbuk
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar tepung gandum
sedikit garam

Gaul udang dgn semua bahan tadi,dan biar selama 15 minit,kemudian goreng dlm minyak hingga garing.

Bahan ikan asam pedas nyonya:

1 ekor ikan pisang(820gm)potong dan bersihkan..
3 helai daun limau purut
2 sudu besar pes asam jawa adabi
garam/gula

Bahan blend:

4 biji bwg merah
3 ulas bwg putih
4 biji cili padi
6 biji cili kering
2 batang serai
sedikit halia/lengkuas

Tumis bahan blend dan daun limau purut hingga naik bau,masukkan ikan dan gaul sebentar.selepas itu masukkan air,dan biar mendidih sebentar,selepas itu masukkan asam jawa,garam,gula,biar mendidih dan samapi kuah sedikit pekat.selamat mencuba.... >.<

Tuesday, March 8, 2011

:: AYAM MASAK CILI BERCARROT & UDANG GORENG BARIANI ::


Ayam cili ber-carrot ni,pedas..i likessss!!!


Udang 6 ekor yang tinggal...goreng je!


Salam petang selasa...
Pagi2 lagi saya dah keluar sebab ada urusan nak dibuat,tapi tak lama sekejap je.Pastu sampai rumah,saya mulakan aktiviti memasak.Mula dengan mencari lauk apa yang ada dlm peti sejuk.Haaa....dapat 1 dada ayam.dan ada tinggal 6 ekor udang.Heemmm...saya pun mula berfikir??(macam karangan budak
sekolah rendah lah..hehehe),lidah ni rasa nak makan pedas2 lah,kalau masak pedas2 pun hubby dan kakak ok je,dia org berdua boleh masuk pedas2 ni.So,no hal lah,jadi saya mulakan operasi memasak ayam cili ber-carrot(nama yg saya ubah sendiri),dan udang goreng bariani..nyum2!Sedap..dah makan tadi,puji sendiri ni,takpe lah sekali sekala kan,apa lah salah(utk menaikkan semangat),jom layan bahan2 nya,rujuk dkt bwh ye.... =)



Bahan utk ayam cili ber-carrot:
1 dada ayam(potong 8,gaul dgn tepung jagung+garam+serbuk kunyit dan goreng sampai masak,toskan)
1 biji carrot besar(parutkan)
2 biji cili merah(belah 2)
1 biji bawang besar(potong 4)
rempah tumis(bunga cengkih/bunga lawang/kayu manis/buah pelaga)


1 mangkuk air
garam/perasa/gula

Bahan blend:
3 biji cili merah
5 biji cili padi
8 biji cili kering
sedikit halia
4 biji cili merah
4 ulas bwg putih


Tumis bahan blend dan rempah tumis hinggan naik bau.selepas itu masukkan carrot,cili,bwg besar yang dh dihiris tadi,gaul.kemudian masukkan ayam yang dah siap digoreng tadi,gaul sebati.masukkan pula air,biar mendidih,last sekali masukkan sedikit gula,garam,dan perasa(ajinomoto).



Bahan udang goreng bariani:
6 ekor udang(dibersihkan)
sedikit garam/perasa
1 sudu besar serbuk rempah bariani(faiza)
1 sudu tepung jagung
2 sudu besar telur yang telah dipukul


Gaulkan kesemua bahan hingga sebati,biar dlm 10 minit,kemudian bolehlah digoreng hingga garing..selamat mencuba,nyum2! >.<




Tuesday, February 1, 2011

:: Udang OH Udang :: ( Lunch Today )

petola tumis air
Udang masak lemak cili kering

Salam semua...
Nampak nya tak kering lah baju sidaian hari ini,hari mendung dari pagi tadi.Time2 macam ni,memang mata kelat je,rasa nak membaringkan diri ke tilam dan bantal yang empuk.Esh!hehehehe..kalau nak di ikutkan mata ni,tak siap lah makan tengahari untuk hari ni.Untuk lunch hari ini,afie fieza masak udang.Udang ni,saya beli malam tadi dekat supermarket.Masih fresh sangat2,time makan tadi pun hubby komen isi udang masih fresh dan terasa manis isi nya.Saya masak udang masak lemak cili kering dan petola tumis air.Nak resepinya,sila rujuk dkt bawah..selamat mencuba! =)
:: PETOLA TUMIS AIR ::
BAHAN2NYA:
1 BATANG PETOLA(DIKUPAS KULITNYA DAN DIPOTONG)
6 EKOR UDANG
1 BIJI CILI MERAH DITUMBUK
2 BIJI BWG MERAH DITUMBUK
3 ULAS BWG PUTIH DITUMBUK
SEDIKIT BELACAN DITUMBUK
MINYAK UTK MENUMIS
AIR
CARA2NYA:
PANASKAN SEDIKIT MINYAK DAN TUMIS BAHAN TUMBUK HINGGA NAIK BAU.MASUKKAN UDANG,GAUL SEKEJAP.BARULAH DIMASUKKAN PETOLA.SETELAH ITU MASUKKAN AIR.BIAR MENDIDIH SEKETIKA,MASUKKAN GARAM DAN PERASA SECUKUP RASA ANDA.
:: UDANG MASAK LEMAK CILI KERING ::
BAHAN2NYA:
20 EKOR UDANG KERTAS
3 HELAI DAUN KUNYIT DIHIRIS HALUS2
2 HELAI DAUN LIMAU PURUT
2 SUDU BESAR SERBUK KUNYIT ADABI
1 PKT SANTAN SERBUK DIBACUH DGN AIR
GARAM/AJINOMOTO
BAHAN TUMBUK:
12 BIJI CILI KERING RENDAM DGN AIR
3 BIJI BWG MERAH
3 ULAS BWG PUTIH
1 BATANG SERAI DITITIK
CARA2NYA:
TUMIS SERAI DAN BAHAN TUMBUK YG DAH DIGAUL DGN SERBUK KUNYIT KE DALAM MINYAK SEKETIKA KEMUDIAN MASUKKAN DAUN LIMAU PURUT.SELEPAS ITU BILA DH NAIK BAU,MASUKKAN SANTAN.PASTIKAN SANTAN SENTIASA DIKACAU.MASUKKAN UDANG DAN DAUN KUNYIT,KACAU2 SAMPAI BETUL2 UDANG NYA MASAK.LAST SEKALI MASUKKAN GARAM DAN AJINOMOTO. =)






Wednesday, January 26, 2011

:: Thick Turmeric Prawn ::


Bahan2nya:
1/2 kilo udang dibuang kulit dan kepalanya dan basuh( gaul dgn 2 sudu tepung beras)
3 ulas bwg putih dicincang halus
1 biji cili merah di cincang halus
1 biji bwg bakong (bwg besar)dibelah 4
1 sudu besar serbuk kari
beberapa helai daun kari
2 helai daun kunyit dihiris halus2
5 sudu besar susu segar(boleh tukar dgn susu cair)
garam/ajinomoto
cara2nya:
goreng udang yg dah di gaul dgn teping beras tadi dlm minyak panas,biar udang itu nampak kekuningan barulah dimasukkan bwg putih dan cili merah,gaul sekejap sampai bwg naik bau.selepas itu barulah masukkan bwg besar dan daun kari.kemudian masukkan serbuk kari,gaul sebati.masukkan daun kunyit,kacau lagi.akhir sekali masukkan susu segar dan biar kuah nya pekat sedikit barulah dimasukkan garam dan ajinomoto..selamat mencuba