CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Friday, March 4, 2011

:: OKOMINIYAKI (OSAKA STYLE ) Japanese Food ::

Salam petang jumaat...
Dah pukul 2:56ptg,mesti semua dah makan tengahari ataupun sekarang ni masing2 sibuk nak buat juadah untuk minum petang.N3 hari ni saya nak masukkan japanese food iaitu OKOMINIYAKI (OSAKA STYLE),resepi ni saya dapat dari salah satu saluran tv yang saya minat afc,rancangan masakan.Kalau tak salah saya dalam icip-icip( chef Anis),saya tertarik sangat dgn bahan2 yang simple dan senang nak buat.Sebenarnya,lama dah dapat resepi ni dr tv tapi sekarang baru nak buat,tu pu buat utk lunch..tak sabar betul sampai lunch hari tak makan nasi hubby dan anak2..heheheh.Macam yang saya kata sebelum ni dia orang tak banyak kerenah,apa yang saya masak,dia orang makan je..syukur sangat2..ok lah,jom layan!! =)



Bahan untuk daging:
300gm daging (hiris nipis2 halus2 )
2 sudu besar kicap jepun(kalau takde boleh tukar dgn kicap pekat manis)
1 sudu besar lada hitam kasar
garam


Gaulkan semua bahan,biar dalam 10 minit kemudian goreng dalam sedikit minyak hinggan masak.angkat dan toskan sedikit minyak itu.

Bahan untuk pancake:
350gm tepung gadum
60gm japanese bread crumbs
kubis dihiris halus
2 biji telur
1 biji bwg besar dicincang halus
garam/air


Bahan hiasan:
mayonis
daun bawang dihiris halus


Gaulkan tepung,serbuk roti,kubis,bawang,telur,garam dan air sampai sebati.kemudian masak dalam non stick pan,sapukan sedikit minyak.Dapat dalam 10 keping pancake.Pancake disapu dengan mayonis dan letakkan daging diatas nya dan tabur dgn daun bwg.siap untuk dimakan.Percubaan pertama saya,dan komen dari suami dan anak2,resepi ni memang sedap...must try!! >.<