CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Showing posts with label sambal. Show all posts
Showing posts with label sambal. Show all posts

Sunday, December 18, 2011

:: SAMBAL GORENG SOTONG KERING ::


BAHAN BLEND:
15 biji cili kering( direbus dgn air panas )
7 biji cili merah
4 ulas bwg putih
2 kiub belacan

BAHAN LAIN;
2 biji bwg besar dipotong
4 keping sotong kering saiz sederhana( direndam dgn air panas selama 1 jam dan selepas itu guntingkan ikut suka)
minyak untuk menumis
gula/garam/ajinomoto secukup rasa

Tumis bahan blend hingga naik bau dan pecah minyak,kemudian masukkan sotong dan bwg besar.Gaul2 hingga rata,last sekali masukkan gula/garam dan perasa.. =)

Thursday, December 15, 2011

:: MASAK LEMAK KOBIS & SAMBAL BELACAN ::

Salam khamis semua.....
Sambal belacan...eeemmmm,kecor air liur,hari ni masak lauk kampung,sekali sekala kan makan lauk kampung ni,memang sedap,ditambah dgn masak lemak kobis,dan ikan masin memang boleh tambah 2-3 pinggan nasi.Tapi oleh kerana ikan masin takde,saya gantikan dgn telur masin,ssssss.....sedap nye.


Tadi..masa kita orang lunch memang berselera betul,habis lauk hari ni...hehehe.Walaupun masakannya nampak ringkas je tapi boleh buat kita tambah nasi 2-3 pinggan,tak caye ke?tak caye try lah... =)

SAMBAL BELACAN:
4 biji cili merah
2 kiub belacan
1 mangkuk kecil ikan bilis
sedikit gula

Tumbuk semua bahan...

MASAK LEMAK KOBIS:
1 biji kobis saiz kecil(potong dan cuci)
3 batang sosej(potong/boleh tukar dgn udang,sotong,isi ayam)
1 kotak santan(kotak kecil)
garam/perasa
sedikit suun

Bahan Tumbuk:
3 biji cili padi
2 biji bwg merah
2 ulas bwg putih
ikan bilis

Tumis bahan tumbuk hingga kekuningan dan masukkan sosej atau udang/sotong/isi ayam ikut selera anda.kemudian masukkan santan dan air,kacau2 jgn sampai santan pecah,sentiasa digaul.kemudian masukkan kubis,dan biar kubis masak,jgn terlampau layu nanti tak sedap.last sekali masukkan perasa dan garam.Bolehlah dihidangkan bersama sambal belacan,ikan masin atau telur masin...

Monday, November 14, 2011

:: NASI LEMAK SAMBAL UDANG ::


Salam petang isnin...
Tengah buat apa semua?Apa khabar?Harap sihat semua k,N3 hari ni saya nak masukkan resepi nasi lemak sambal udang yang saya buat utk makan tengahari ni.Walaupun belum sihat sangat tapi saya gagah kan diri utk masak di dapur.Bukan apa,mengenangkan suami balik kerja utk makan tengahari,takde pulak lauk nak dijamah,mahu tak mahu kena kuatkan diri..huhuhuhu...,ok lah resepi nya simple je,so if nak try boleh rujuk kat bwh k...

Bahan utk nasi lmk:
5 cawan beras wangi
5 keping hirisan halia
1 batang serai dititik
1 kotak santan (ayam brand)
sedikit garam
beberapa helai daun pandan
air

Bersihkan beras terlebih dahulu,kemudian campurkan semua bahan diatas,masak nasi.

Bahan sambal udang:
2 biji bwg besar dihiris bulat2
1 kilo udang (buang kulit)
10 biji bwg merah
5 ulas bwg putih
1 mangkuk sederhana cili boh
garam dan perasa secukup rasa anda
2 sudu besar gula(ikut selera masing2)
2 kiub belacan bintulu (belacan lain pun boleh)

Tumis bahan blend (bwg merah/bwg putih/belacan)dan cili boh sampai pecah minyak.Selepas itu masukkan udang dan biar seketika,kacau2.last sekali masukkan bwg besar,garam/perasa/gula.biar seketika,barulah diangkat.

Bahan lain:
1 biji timun hiris bulat2
6 biji telur ayam direbus
5 ekor ikan masin kembung digoreng
kari daging lembu(yang ni semua pandai buat kan,so tak perlu saya masukkan resepi nya ok,tapi nak tukar dgn lauk lain pun boleh.)selamat mencuba.. =)

Tuesday, March 15, 2011

:: SAMBAL GORENG SOTONG KERING & SOSEJ BERKUAH KICAP ::


Salam petang selasa....
N3 ni nak masukkan 2 menu yang saya masak utk makan tengahari ni.Macam biasa,resepi yang simple je,hari2 simple tapi jangan bosan pulak ye dgn n3 hari ni.Saya ni bukannya tukang masak yang profesional,biasa2 je so masak pun yang biasa2 jugak,cuma saya nak kongsi kan apa yang saya pandai masak,saya sajikan dlm blog SDP ni.Harap-harap dapat jadi panduan utk diri saya sendiri dan untuk wanita2,isteri2,kakak2,adik2 dan yang bakal jadi isteri.Jadi kalau nak belajar memasak,kita mulakan dengan masakan yang simple2 dahulu,barulah ke masakan yang hebat2,betul tak?Jom layan!!! =)

Bahan sambal goreng sotong kering:
3 keping sotong kering(rendam dgn air panas selama 4jam/potong)
1 labu bawang besar dihiris halus
1 sudu kecil bijan
2 sudu besar kacang tumbuk
1 sudu gula
1 sudu kecil garam

Bahan tumbuk:
3 biji bwg merah
2 ulas bwg putih
sedikit belacan
2 sudu besar cili boh

Goreng bijan terlebih dahulu,kemudian masukkan terus bahan tumbuk dan tumis hingga naik bau.Kemudian masukkan bwg besar dan gaul rata,selepas itu masukkan sotong dan gaul lagi.last sekali masukkan gula,garam dan kacang tumbuk.Boleh dihidangkan..nyum2!


Bahan sosej berkuah kicap:
5 batang sosej(potong halus2)
1 biji bawang merah hiris
1 ulas bwg putih diketuk dicincang halus
1 biji bwg besar dihiris halus
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat manis
1 mangkuk kecil air
garam/lada hitam

Gorengkan sosej hingga garing,selepas itu masukkan bwg merah,bwg ptih dan bwg besar,kacau2.masukkan pula soa tiram,kicap,gaul.last sekali masukkan garam,lada hitam dan air,biar mendidh dan boleh dihidangkan. >.<

Wednesday, March 9, 2011

:: SOTONG KEMBANG MASAK KICAP & SAMBAL GORENG TEMPE ::






Salam petang rabu semua...
N3 hari ni,saya masukkan 2 menu untuk makan tengahari kita orang.................................................................saya takde idea ni,boring nye!!Eeemm......................tiba2,kosong takde idea nak tulis apa,tulis..tulis...takpe lah kita teruskan ke 2 resepi untuk saat ini,detik ini...jom tengok,jom lihat,jom nangga...hehehe.. =)


Sotong kembang masak
kicap
Bahan2:
1 ekor sotong kembang(dihiris ikut saiz yang anda suka)
1 biji kentang(potong 6)
4 biji cili kering
4 ulas bwg putih(diketuk dan cincang halus)
1 biji bawang besar(dihiris halus)
1 sudu besar tepung jagung(dibancuh dgn air)
3 sudu besar kicap pekat manis
3 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
sedikit lada hitam


Goreng cili kering dlm minyak sampai garing sedikit(cili kering biar sebiji2 jgn dipotong),kemudian masukkan bwg putih dan bawang besar hingga naik bau.Selepas itu masukkan sotong dan kentang,gaul sebentar.masukkan sos tiram,kicap,lada hitam dan biar mendidih.last sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan sedikit garam.
Bahan sambal goreng tempe:
1 pkt tempe(dipotong ikut suka)
1 biji bwg besar(dihiris halus)
1 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos cili life
1 mangkuk ikan bilis
garam/ajinomoto secukup rasa anda

Goreng tempe yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam,angkat dan toskan.selepas itu tumiskan ikan bilis dan bwg besar hinggan naik bau,masukkan cili boh gaul lagi sebentar,masukkan sos cili,gaul lagi.last sekali masukkan tempe dan sedikit garam. >.<

Monday, March 7, 2011

:: SUP AYAM 7 REMPAH.....LAMA BETUL TAK MAKAN ULAM2 ::



Salam petang yang mendung2 gitu.....
Kalau aku cakap aku malas hari ni,kau orang percaya tak?Haaa...jawab2??Lah..tak tahu ke?takpe lah,nanti aku jawab sendiri ye.Hari ini aku tak malas,rajin sangat2,sebab apa?sebab hari ini hari rajin aku..hehehe.Mesti ada yang cakap,ada aku kesah,kau rajin ke tak?Kesah tak kesah,aku pun tak kesah..huhuhuhu....,hari ni kan,aku masak menu simple,simple lagi??yelah..memang favourite aku yang simple2 ni,senang nak masak dan tak perlu ambik masa lama2 kan?Antara menu untuk lunch hari ni,sup ayam 7 rempah,ulam pucuk...pucuk..pucuk??pucuk apa ye,aku lupa lah,aayoyoo!!mcm mana boleh lupa?hehehe..kau orang tengok lah gambar dkt atas tu,mana tau,ada yang tau pucuk daun apa kah itu?aku lupa ke..aku tak tahu nama daun pucuk yang aku ulam tu?sebenarnya aku tak tahu nama daun pucuk apa yang aku ulam...hahahaha...gila2.Malam tadi adalah tanya dkt ibuanda,tapi tak fokus pulak,haaii..dah tanya tapi tak fokus(nang gasak!!).Takpe lah kita sambung lagi,aku ulam dgn sambal belacan,eemmm..nyum2!lama betul tak makan ulam2 ni,memang berselera hubby dan anak2 tadi,sampai tambah nasi 2-3 pinggan,hehehe...lebih2 lagi ada telur masin rebus,apalagi berselera benar2 lah makan.Panjang pulak aku celoteh hari ni,happy kot...heheheh..jom layan!
=)

Bahan sup ayam 7 rempah:
6 pcs sayap ayam(potong 4 or 2 )
2 biji kentang (kupas kulit dan potong 4)
garam/perasa
1 sudu besar lada hitam kasar
1 mangkuk air
rempah tumis(kayu manis/bunga lawang/buah pelaga/bunga cengkih)


Bahan tumbuk:
4 biji bawang merah
4 ulas bwg putih
sebesar ibu jari halia
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar
Bahan hiasan:
daun sup/daun bwg hiris halus
bwg goreng


Tumis bahan tumbuk dan rempah tumis sampai kekuningan sedikit dan naik bau.Kemudian masukkan kentang dan ayam yang dah dibersihkan.Gaulkan sebati,selepas itu masukkan air.Biar seketika,sampai mendidih.Bila dah mendidih masukkan garam/perasa dan lada hitam.Biar sampai ayam dan kentang cukup masak.Barulah dihidangkan dan tabur dgn daun sup,daun bawang dan bwg goreng.


Sambal belacan:
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
2-3 biji cili padi
2 genggam ikan bilis
2 kiub belacan(dibakar terlebih dahulu)
sedikit sahaja gula


Tumbuk semua bahan sampai lumat.Untuk telur masin,semua orang dapat buat,rebus je...nyum2!Selamat Mencuba... >.<


Thursday, March 3, 2011

:: SAMBAL SOTONG KERING & TERUNG KICAP PEKAT ::



Salam Petang Semua...
Eemm...baru nak masukkan n3 sebab tadi lepas je makan tengahari,saya terus keluar bawa si kecil Aisya Maira ke klinik.Masuk hari ni dah seminggu si kecil tu demam,sebelum ni pun dah bawa ke klinik tapi masih jugak demam.Risau jugak hati ni,tadi dekat klinik,doktor kata aisya takde apa2 ok je,cuma demam je,so doktor bagi ubat demam,selsema dan antibiotik.Harap2 begitu lah ye,risau betul..maybe ubat yang doktor beri sebelum ni tak sesuai kot dgn aisya,dan harap2 ubat kali ni berkesan..amin..
Ok lah berbalik semula pada 2 menu tengahari tadi..jom layan!! =)

Bahan sambal sotong kering:
3 keping sotong kering(direndam dgn air panas selama 5 jam)
1 labu bawang besar dihiris halus
2 biji bwg merah ditumbuk
3 ulas bwg putih ditumbuk
1 kiub belacan ditumbuk
2 sudu besar cili boh
garam/gula secukup rasa
1 sudu bijan
Goreng sebentar bijan tadi,kemudian masukkan bahan tumbuk dan cili boh hingga naik bau.Selepas itu masukkan sotong yang dah dihiris dan bwg besar,gaul sebati.last sekali masukkan gula dan garam.Boleh dihidangkan...


Bahan terung kicap pekat:
3 biji terung potong ikut suka anda
1 biji cili merah dihiris
2 biji bwg merah
2 ulas bwg putih
sedikit ikan bilis
1 sudu besar sos tiram
2 sudu kicap pekat manis
sedikit garam
sedikit lada hitam


Tumis bwg merah,bwg putih,cili merah dan ikan bilis hingga sedikit kekuningan.kemudian masukkan terung,gaul sebati dan masukkan sos tiram,kicap pekat dan lada hitam.Last sekali masukkan garam.Jangan dimasukkan air sebab masakkan ni tak perlu air.pekat dan kering.. >.<

Tuesday, March 1, 2011

:: SAMBAL BELACAN GORENG ::

Salam night....
Hehehe...saja je nak masuk n3 ni,nak kongsi sikit yang saya masak untuk saya sendiri makan sambal belacan goreng.Ni,memang menu yang saya akan masak kalau rasa lapar dan segera nak masak,tak ambil masa yang lama untuk menyediakan nya.Sebenarnya mee yang saya masak siang tadi masih ada untuk sambung makan malam ni,tapi cukup2 untuk 2 orang.So,sebelum anak saya yang sulung tadi pergi tuisyen,dia dah booking awal nak makan mee bandung lagi,so,saya tarik diri lah.Lepas tu terfikir lah nak buat sambal belacan goreng,mudah nak disediakan,sekejap je dah masak.Ok lah,nak kuar kejap,nak ambil anak balik tuisyen..daaa.... =)

Bahan2nya:
2 biji cili merah
3 biji cili padi
2 kiub belacan
1 mangkuk kecil ikan bilis
sedikit gula
minyak utk menumis

Tumbuk semua bahan kecuali minyak.Panaskan minyak,kemudian tumis semua bahan tumbuk tadi.tumis sekejap sahaja,angkat dan boleh dimakan dgn nasi sejuk atau nasi panas.resepi simple tapi menyelerakan,saya makan bersama telur padi yang campur sikit dgn kicap,bwg,cili,halia dan perahan limau kasturi. >.<



Tuesday, February 15, 2011

:: SAMBAL GORENG ASAM KUWINI ::

Salam Petang....
Tadi kan,pintu rumah ada yang ketuk....ingatkan sapa lah yang ketuk,rupa2nya anak jiran datang nak bagi buah asam kuwini.Macam tu lah kalau berjiran,orang memberi kita merasa,kan??Adalah dalam 4 biji asam kuwini yang jiran saya bagi,semuanya dh masak,dah boleh makan dah.Jiran saya ni,selalu lah jugak bagi buah dari kampung dia,kadang2 buah betik,mangga,yang selalu nya buah asam kuwini ni.Eemm...saya ni pantang kalau tengok ada buah asam kuwini yang dah masak,mesti saya buat sambal goreng.Resepi ni dapat dari ayahanda saya Encik Ahmad Ibrahim,seorang bekas tentera laut diraja malaysia.Ayahanda saya ni orang nya pandai memasak,kalau dia dkt dapur,tak perlu kita org nak masuk campur sebab dia tak suka kita adik beradik ni kacau dia masak...hehehehe..tapi yang pasti air tangan masakan dia tu memang sedap,berselera benar kalau dia masak,kita org yg makan...hahahaha..
Haa....sebab tu kot saya jugak pandai memasak,tapi tak lah pakar memasak sangat,kalau masak simple2 tu ok lah jugak..hehehe..,berbalik kepada resepi sambal goreng asam kuwini tadi,nak tahu bahan2 nya sila rujuk dkt bawah =)

BAHAN2NYA:
2 BIJI BUAH ASAM KUWINI(KUPAS KULIT NYA DAN POTONG)
SEDIKIT GARAM
2 SUDU GULA


BAHAN TUMBUK:
3 BIJI BWG MERAH
2 ULAS BWG PUTIH
IKAN BILIS
1 KIUB BELACAN
2 SUDU BESAR CILI BOH

CARA2NYA:
TUMIS BAHAN TUMBUK SAMPAI NAIK BAU,KEMUDIAN MASUKKAN BUAH ASAM KUWINI,GAUL SEBENTAR.SELEPAS ITU MASUKKAN GULA DAN SEDIKIT GARAM.MAKAN BERSAMA NASI PUTIH,NYUM2! >.<




Tuesday, February 8, 2011

:: AYAM GORENG SAMBAL UDANG ::


Salam semua & selamat petang...
Macam mana hari ini,sihat ke?harap2 sihat semuanya ye.Saya,suami dan anak2 semuanya sihat,alhamdulilah.Eemm,masak apa untuk lunch hari ini?Mesti sedap2 kan?Hari ini SDP,nak kongsi resepi yang dimasak untuk makan lunch hari ini.Tapi...nak kongsi sikit cerita ni,sebenarnya hari ini adalah hari istimewa buat hubby saya,sebab hari ini hari jadi dia.HAPPY BIRTHDAY MY DARLING...muuaahhhh!!!!hehehehe...,berbalik semula pada resepi kita hari ini,hari ini saya masak ayam goreng sambal udang dan sayur bak choi jeruk goreng telur.So,seperti biasa..nak tahu resepinya sila rujuk dekat bawah.. =)
BAHAN2 UNTUK AYAM GORENG SAMBAL UDANG:
2 PAHA AYAM(SAYA POTONG 4,KALAU TAK NAK POTONG PUN TAKPE)
3 SUDU BESAR TEPUNG BERAS
2 SUDU BESAR TEPUNG GANDUM
SEDIKIT GARAM/LADA HITAM/SERBUK HALIA
::GAUL KESEMUA BAHAN,KEMUDIAN GORENG SAMPAI MASAK.ANGKAT DAN TOSKAN

BAHAN SAMBAL UDANG:
6 BIJI BWG MERAH*
2 ULAS BWG PUTIH*
10 BIJI CILI KERING*
1 MANGKUK UDANG KERING(DIRENDAM DGN AIR TERLEBIH DAHULU)*
BELACAN(SEMUA BAHAN DITUMBUK HALUS)
:: TUMIS SEMUA BAHAN YANG DH DITUMBUK TADI HINGGA NAIK BAU,KEMUDIAN MASUKKAN BAWANG BESAR YANG DAH DIHIRIS HALUS.KEMUDIAN MASUKKAN AIR BIAR MENDIDIH DAHULU,SELEPAS ITU MASUKKAN GULA,DAN SEDIKIT GARAM,AKHIR SEKALI MASUKKAN AYAM TADI.SELAMAT MENCUBA. . >.<





Wednesday, January 26, 2011

:: Sambal Goreng Tempei ::


Bahan2nya:
2 keping tempe dipotong memenjang digaul dgn serbuk kunyit dan garam
1 biji bawang besar dihiris halus
2 sudu besar gula
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar cili boh
segenggam ikan bilis
sedikit garam
minyak utk menggoreng
cara2nya:
panaskan minyak dan goreng tempe yg telah digaul dgn sedikit garam dan serbuk kunyit tadi hingga sedikit garing.angkat dan toskan.tumis ikan bilis dlm bekas minyak menggoreng tempe tadi hingga ranggup,barulah dimasukkan bwg besar,gaul lagi.selepas itu masuk cili boh,kacau sekejap,lepas tu masuk sos cili,gula dan sedikit garam.gaul2 sebati,last sekali masukkan tempe,gaul sebati.boleh dihidang dgn nasi putih.selamat mencuba...

Wednesday, December 8, 2010

Jagung tumis kering

Bahan tumbuk:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3-4 biji cili padi
ikan bilis

bahan lain:
1 tin jagung ligo(buang airnya dan tumbuk sedikit)
garam/perasa

cara2nya:
tumis bahan tumbuk sampai kekuningan dan garing sedikit,kemudian masuk jagung yg dh ditumbuk sedikit tadi.gaul2 kan dan masuk bahan perasa dan garam.sedap dimakan bersama nasi putih..