CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Showing posts with label Jom kongsi cerita. Show all posts
Showing posts with label Jom kongsi cerita. Show all posts

Friday, November 25, 2011

:: PERFUME YG DAH PERNAH AKU MILIKI ::








Salam semua..
Saya nak kongsi cerita pasal PERFUME...saya adalah antara manusia di muka bumi ini yang tersangat lah minat dengan perfume.Perfume pertama yang saya pernah pakai perfume CK ONE,saya memang suka sangat dgn bau ck one ni,time tu masih anak dara,zaman remaja katakan,but sampai sekarang saya still pakai dan beli perfume ck one ni.Yang beza nya sekarang saya ada macam2 jenis perfume,bukan ck one saja tapi ada yang lain lagi.Gambar di atas tu adalah sebahagian dari perfume yang saya dah guna.Perfume live by Jlo,baunya very sweet,saya suka...hehehe..,tapi buat masa sekarang dah habis,Lencome hypnose,davidoff cool water,paris hilton classic juga antara perfume yg saya gemar.Sekarang ni saya tengah pakai perfume Black XS(paco rabanne),very nice.Rasa2 nya lepas ni kalau perfume yg saya pakai sekarang dah nak habis,saya nak try perfume britney spears(midnight fantasy),nanti saya kongsi lagi dkt sini ok.Nak kongsi jugak perfume for man coz hubby saya pun perminat perfume & now hubby tgh pakai perfume David Beckham(intstinct),baru je beli,sebelum tu hubby guna Hugo boss.Ok lah,next time kita cita lagi pasal perfume,byk perfume yang saya nak kongsi dgn anda semua... bye =)

Saturday, November 19, 2011

:: OSAKA CAKE & MCD OH MCD (LUNCH) ::

Ni lah OSAKA CAKE yg saya cakap tadi..sedap!

yang ni kotak nya,dlm ada 6 biji rm 13 lebih..

lunch tadi makan big N tasty..nyum2...

gentang goreng....
si kecil aisya maira tgh layan chicken nuggets


Siang tadi kita org jalan2 bawak anak2 beli barang sikit,pastu jam dah lewat sebab asyik sangat dkt kedai buku,kakak nak beli beberapa buah buku utk dia baca time cuti sekolah ni,sekurang kurang nya adalah aktiviti yg berfaedah kan?Kerana dah lewat nanti balik rumah tak sempat nak masak so kita anak beranak makan lah dkt mcd.Macam biasa saya dgn menu yang biasa saya makan,hubby pulak selalu ikut apa yg saya makan dia pun makan,big n tasty,ambil yang set punya.Habis makan kita org balik,eemm...lupak pulak nak cita pasal osaka cake ni,lama dah saya nak beli cake ni tapi setiap kali nak beli mesti habis,kira kek ni masih baru dkt sini,so cepatlah habis kan.Tapi hari ni,sya dapat beli 1 kotak,tu pun last,nasib baik sempat..hehehe,dalam kotak tu ada 6 biji cake,harga nya dlm rm13.++,saya lupa pulak sen dkt belakang tu,tapi oleh kerana saya ada member card,so adalah less sikit price nya,ada lah dlm rm12.++,lupa jugak berapa sen dkt belakang nya,hehehe,jgn marah!!rasa nya sedap,soft n tak manis sangat,memang sedap,dlm nya ada inti cream castard,very nice,tak rugi kalau nak cuba...try lah!! =)

Friday, November 18, 2011

:: JALAN2 CARI MAKAN LAGI..NYUM2!! ::

Kakak & adik yang suka bergaya dpn kamera

Nilah hubby saya..heheh,tgh lyn makanan yg sedap2..

Yang ni chicken salad,sedap sangat2....

Nyum2......................................

Japanese home beancurd.....very nice!!

Fried rice schezcuan style...agk2nya mcm tulah nama nasi ni..
Tom yam campur.....sedap nye!!!!......

Time ni saya,hubby dan anak2 pergi dinner kat ORIENTAL KITCHEN.Restoran ni menyediakan makanan chinese food yang HALAL.Masuk kali ni dah 6 kali kita org makan kat sini.Sebenarnya lama jugak lah tak datang makan kat restoran ni sebab dah jauh dari rumah,so kali ni tadi berpeluang sekali lagi menjamu selera kat sini.Makanan kat sini sedap2 dan tak rugi kalau nak try,harganya pun berpatutan dan tak mahal pun,sebab tu kita suka makan kat sini.Next time kalau ada perluang nak pergi makan kat ORIENTAL KITCHEN lagi lah.Ok lah kawan2,nanti kalau saya ,hubby dan anak2 ada makan kat tempat lain,saya akan kongsi cerita lagi...bye2.. =)

Thursday, November 17, 2011

:: BERDEBAR-DEBAR....UPSR ::


Hari ini 17/11/20011...results UPSR dah pun keluar.Dari pagi tadi hati saya berdebar2,sebab takut apa yang diharapkan tak seperti yang kita inginkan.Jam 10.oo pagi tadi dikatakan results UPSR akan keluar.Tapi tunggu punya tunggu dekat sekolah kakak tak jugak ditampal keputusannya.Ramai dah ibu bapa menunggu,nak tahu apa yang anak2 dapat.Macam2 bermain difikiran,baik ke tak baik results nya nanti,mcm tu jugak saya.Dalam pukul 11 lebih,barulah keputusan ditampal oleh guru2 yg bertugas.Bila tengok results kakak,saya bersyukur sangat2,lulus...walaupun tak seperti yang diharapkan untuk mendapat 5A,tapi saya bersyukur,sebab saya tahu dia dah buat yang terbaik dan berusaha bersungguh2.
3A 2B,itulah keputusan upsr yang dia dapat,alhamdulilah...tahniah kakak,mummy sayang kakak!Hope lepas ni akan lebih berusaha supaya dapat lebih baik untuk peperiksaan seterusnya nanti.Sebelum UPSR,saya dan daddy dia dah janji nak bagi ganjaran kalau dapat 1A RM50, kakak dapat 3A,so dapat RM150.Pihak sekolah pun ada jugak memberi hadiah wang RM30 utk 3A yang diperolehi.Happy jugak lah dia,dapat wang saku,siap cakap nak beli macam2 lagi,tapi takpe itu wang hasil usaha dia.Saya ada jugak cakap kat kakak,beruntung tak kalau kita rajin belajar,dan rugi tak kalau kita malas belajar.Kakak jawab,betul..dan nampak jugak wajah nya sedih sebab dia target nak dapat 5A,paling tak pun nak dapat 4A 1B..nampak terkilan jugak diwajah nya.Tapi tak apa 3A 2B pun ok,tak teruk pun,lulus..nanti usaha kuat lagi utk PMR yang akan dtg 3 tahun lagi...TAHNIAH AZYAN NADZIRA,mummy bangga dgn kakak... =)

p/s: lupa pulak nak wish congrats buat anak buah saya yang sama dapat results upsr hari ni tadi,AINAA FARIDA (1A 4B),VALQIS (2A 2C 1D).TAHNIAH!!

Friday, November 11, 2011

:: 11.11.11 ::


Salam 11.11.11....
Kalau tengok tarikh hari ni,memang cantik 11.11.11....tarikh mcm ni datang sekali je kan.So ramai lah couple2 nak ambil tarikh ni untuk akad nikah,pertunangan,and apa2 je utk hari bersejarah dia org.Satu tarikh yang sangat2 unik dan menarik hati,betul tak?

Walau apa pun,yang pasti kita sama2 berdoa,diminta supaya kita semua sentiasa dlm keadaan baik,sihat walafiat, di panjang umur,di murahkan rezeki berlipat2 ganda,keluarga harmoni dan hidup diberkati oleh allah s.w.t
Amin..amin..amin...

Thursday, November 10, 2011

:: CECITA PASAL MAKAN ::





Salam petang semua..
Ni nak cecita sikit,pasal haritu kita org pergi makan kat luar.So pilih lah satu restaurant,yg diberi nama ayamku restaurant.Gambar yg dkt atas tu,antara menu yg ktk org makan,ada 2 lagi tapi tak sempat ambil,org punya nasi tu dah bedal awal tak sempat nk ambil..hehehe...
Gambar yg paling atas tu namanya kalau tak silap saya lah..
1. pesmol chix with rice
2. chicken chop rice
3. sambal chicken rice
4. mushroom grill chix with rice

kalau nak tahu ke empat2 menu diatas semuanya sedap2 belaka,tapi yg paling sedap yang no satu(pesmol chix with rice,menu ni anak saya yg sulung makan,memang sedap.)Yang pasti nya,saya memang nak datang makan kat situ lagi,maybe nak try menu yg lain pulak,sebab byk lagi menu dkt ayamku restaurant ni sebenarnya,ok lah,nanti kalau ada cecita saya akan kongsi lagi dgn anda semua dlm ruangan jom kongsi cerita..bye.. =)

Wednesday, March 16, 2011

:: NASI LEMAK...HUBBY BELI ::


Salam Morning.....
Pagi ni,hubby beli nasi lemak dekat RCBM untuk kita orang breakfast.Lepas hantar kakak ke sekolah pagi tadi,hubby singgah sekejap beli nasi lemak ni,selain nasi lemak ada karipap dan kuih sikit,cukup2 utk kita org makan.Time cuti sekolah ni,budak2 lain bercuti cuma yang akan menduduki UPSR tahun ni yang perlu ke sekolah tambahan,sebab tu anak saya,kakak ke sekolah time cuti ni.Sambung balik cerita nasi lemak ni,dah lama jugak tak makan nasi lemak ni,sebab bila nak beli,selalu warung kakak yang jual nasi lemak ni tak bukak,kebetulan hari ni adalah pulak,alhamdulilah...harga macam biasa rm1.50,kalau dah harga rm1.5o tu,faham2 je lah isi kandungnya,timun,kacang,telur rebus,sambal.Tapi kalau harga rm3.5o,ada campur ayam,memang sedap nasi lemak ni,lebih2 lagi dibungkus dgn daun pisang...nyum2!!Thanks Dear coz beli buat sarapan pagi ni.... =)

:: PERCUBAAN MEMBUAT KEK AISING TAPI TAK CANTIK...HUHUHU.. ::


Salam malam semua...
Huhuhuhuhuhu......jangan ketawa kalau tengok kek aising yang paling hodoh dekat dunia ni,hehehe...ini adalah percubaan pertama nak buat kek birthday,takde sapa pun yang birthday,saja je buat untuk suka2.Tak sangka lah pulak kek aising yang aku buat ni hodoh benar rupanya.Hahahahaha...aku nak gelak besar,walaupun hodoh tapi aku nak letak jugak dalam n3 aku ni,bukannya apa pun,hodoh2 pun aku bangga dengan diri aku sebab sekurang-kurang nya aku dapat jugak buat kek aising,kau ada tak cik mirae(adik ku),hahahaha...aku cakap macam ni sebab bila kau tengok kek aku ni,mesti kau gelak besar kan....kan...kan??Alah..tak kisah pun,walaupun tak cantik tapi dari juri2 yang memakan kan kek aising yang aku buat ni,rata2 mengatakan aisingnya sedap lah!!Wah!!bangga nya aku,tak cantik takpe yang penting rasanya sedap,kek nya pulak aku guna pandan flavour.Aku tak masukkan resepi nya sebab aku rasa,kerana ketidak cantikkan kek ku ini,jadi tak payah lah nak letak resepinya,aku masukkan n3 ni cuma nak kongsi cerita,hasil kerja pertama kali buat kek aising...hahahahaha...,kesian betul rupa kek tu...huhuhuhu!!Ok lah,cukuplah setakat ni,bagi sapa2 yang nak gelak,kau org gelak lah,aku tak kisah pun sebab aku pun gelak jugak tengok kek aising ni...hahahahaha...gudnite! =)

Monday, March 14, 2011

:: KERANG PANGGANG DLM TIN GORENG TELUR......SEMPAT SHOPPING JUGAK!! ::

Kerang dlm tin,menu aku malam ni,hehehe..jgn menyesal ye!!

aisya(anak),asna(adik),amira(adik)
Nak masukkan n3 last utk malm ni,lepas ni nak masuk tidur,mengantuk betul dah mata aku ni.Tadi lepas jalan2 cari makan,kita orang sempat jugak pergi shopping.Adalah dapat 3,4 barang,seronok shopping dgn anak2 dan adik2 ni,lama jugak dah jalan2 dengan adik2 macam hari ni,maklumlah busy dgn diri masing2 kan.Ok lah,nak tidur lah,ngantuk ni,salam malam semua,gud night!!sweet dream...oh ya utk kerang tu cuma 1 tin kerang panggang dlm tin,1 biji telur,1 biji bwg besar dihiris halus,tumis bwg,pecahkan telur dan masukkan 1 tin kerang panggang..... =)

Sunday, March 13, 2011

:: JALAN-JALAN CARI MAKAN ::

mee belacan sarawak
(rm3.50)
rojak buah(rm5.00)



umai jelly fish(rm5.00)


rojak sotong kangkong( rm5.00)
Salam 12.00malam...
Saya nak kongsi cerita,siang tadi kita jalan2 cari makan.Lama betul dah tak makan dekat swee kang,teringin lah pulak.So,saya dan hubby petang tadi bawak anak2 dan adik2 pergi makan rojak sotong,rojak buah,umai jelly fish,mee belacan,white lady dan ais jagung.Sedap betul kalau time panas2 macam ni,makan ais jagung dan white lady,yang lain tadi saya sempat ambik gambar,white lady dan ais jagung je yang saya tak sempat ambik gambar sebab terlupa nak ambik,haus sangat u...hehehehe....tapi takpe,next time kalau pergi lagi minum petang dkt swee kang,saya akan cuba ambik pic nya ya!




Tuesday, March 8, 2011

:: SELAMAT HARI WANITA ::


Selamat Hari Wanita Untuk Semua Wanita Diseluruh Dunia Yang Ke 100.Semoga Tabah Mengharungi Liku2 Kehidupan Setiap Hari......

Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta telah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang Maha Kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

Monday, February 21, 2011

:: HAPPY BIRTHDAY 2 MY CUTE PRINCESS (Aisya Maira) 2 YEARS OLD ::




Salam rindu semua..
3 hari dah tak membloggerkan diri sebab busy yg teramat sangat untuk persiapan birthday anak ke dua saya Aisya Maira pada 19 februari 2011,ulang tahun yang ke 2 si kecil saya.Hari sebelum birthday berlangsung,saya,suami dan ank2 sibuk mengemas apa yang patut utk persiapan hari jadi aisya.Alhamdulilah....majlis berlangsung dgn baik,semua jemputan hadir dan suasana amat meriah sebab semua family berkumpul.Terima kasih banyak2 buat semua tetamu yang hadir..... =)


Tuesday, February 15, 2011

:: BIODATA NABI MUHAMMAD S.A.W & PROFIL ::


Tarikh Lahir : Tanggal 12 Rabiul Awal / 20 April 571 Masehi
Nama Ayah : Abdullah bin Abdul Muthalib
Nama Ibu : Aminah binti Wahab
Nama Datuk : Abdul Muthalib
Nama Pakcik : Abu Thalib
Gelaran : Al Amin / dapat dipercayai
Nama Isteri Pertama : Siti Khadijah
Umur Menikah : 25 Tahun (isteri 40 tahun) 6 anak( putera )
Diangkat Menjadi Nabi : 40 Tahun di Gua Hira / Hiro


Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.

Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).

Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.


Rujukan dari internet





Wednesday, February 2, 2011

:: SAMBUTAN TAHUN BARU CINA ::


Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.

Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab. Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.
Pada malam Tahun Baru , kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang masyarakat harmoni. Hidangan makan malam tahun baru ini biasanya adalah tradisi turun temurun seperti itik panggang, khinzir, tiram berkicap, dan sayuran ‘prosperity’ yang dimakan bersama arak.Selasai makan,semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara' shuo sui' yang dipercayai akan memanjangkan umur seseorang.Bagi yang tua, malam tahun baru akan dihabiskan dengan bermain ‘mah jong’ sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga. Tepat detik tengah malam, mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan tahun baru bermula.
Tarian Singa memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina ...
Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang berwarna merah akan memeriahkan suasana, di samping ucapan ‘Kong Hee Fatt Choy’ akan diucapkan sesama penganut. Ia membawa maksud ‘ semoga tahun ini akan membawa kebaikan’. Tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi ‘ang pow’ diteruskan kepada kanak-kanak dan orang yang belum berkahwin.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang
Chap Goh Mei
Hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘ Chap Goh Mei ‘ tidak kurang pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini.
Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan pertama Imlek China. Hari itu juga disebut "Pesta Lampu", kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti utama pada hari perayaan itu.

Menikmati onde-onde dan memasang lampu-lampu merupakan dua perkara utama perayaan ini. Mengapa memasang lampu-lampu pada Hari Capgome? Pada tahun 180 Sebelum Masihi, China diperintah oleh Dinasti Han. Maharaja pada ketika itu, maharaja Liu Heng berjaya mematahkan gerakan penderhakaan. Hari itu kebetulan 15 hari bulan bulan pertama Imlek Cina. Untuk merayakan kejayaan tersebut, Liu Heng memerintahkan lampu-lampu dipasang di seluruh negara. Beraneka bentuk lampu dipasang di tepi-tepi jalan pada hari itu. Adat istiadat tersebut diamalkan sehingga kini.

Lampu-lampu tersebut biasanya diperbuat dengan kertas yang berwarna-warni, berbentuk seperti gunung, bangunan, orang, bunga, burung dan binatang. Sekarang teknologi moden yang canggih ianya diperbuat dari gentian optik, laser, kawalan bunyi dan cahaya juga telah digunakan dalam pembuatan lampu-lampu warna-warni.Tahun baru cina bukan saja diraikan oleh kaum cina dimerata dunia,malah turut dirayakan oleh bangsa korea,vietnam,mongol,dan miao(Hmong china)yang dipengaruhi oleh china dari segi kebudayaan dan agama.