Salam night....
Hehehe...saja je nak masuk n3 ni,nak kongsi sikit yang saya masak untuk saya sendiri makan sambal belacan goreng.Ni,memang menu yang saya akan masak kalau rasa lapar dan segera nak masak,tak ambil masa yang lama untuk menyediakan nya.Sebenarnya mee yang saya masak siang tadi masih ada untuk sambung makan malam ni,tapi cukup2 untuk 2 orang.So,sebelum anak saya yang sulung tadi pergi tuisyen,dia dah booking awal nak makan mee bandung lagi,so,saya tarik diri lah.Lepas tu terfikir lah nak buat sambal belacan goreng,mudah nak disediakan,sekejap je dah masak.Ok lah,nak kuar kejap,nak ambil anak balik tuisyen..daaa.... =)
Bahan2nya:
2 biji cili merah
3 biji cili padi
2 kiub belacan
1 mangkuk kecil ikan bilis
sedikit gula
minyak utk menumis
Tumbuk semua bahan kecuali minyak.Panaskan minyak,kemudian tumis semua bahan tumbuk tadi.tumis sekejap sahaja,angkat dan boleh dimakan dgn nasi sejuk atau nasi panas.resepi simple tapi menyelerakan,saya makan bersama telur padi yang campur sikit dgn kicap,bwg,cili,halia dan perahan limau kasturi. >.<
Tuesday, March 1, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment