CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Showing posts with label telur. Show all posts
Showing posts with label telur. Show all posts

Monday, December 19, 2011

:: KARI TELUR REBUS ::


Detik jam 10:27 am.......
Sekarang ni nak masukkan n3,takut nanti takde masa nak masukkan n3,so bila peluang ada kenalah cepat2,kalau takde masa,nanti kemalasan datang bertandang,tak baik kan?Tapi,untuk awak2 semua,saya cuba masukkan resepi,walaupun update 1 kali sehari,kalau kadang2 tu dalam sehari takde update,tu maksudnya busy sangat2 ye...hehehe..,nak kata busy sangat tak lah jugak tapi seminggu 2 ni,kepala ni asyik pening2 je,terasa berat je...huhuhu,ok lah kita ke resepi hari ni...jom!!

BAHAN2 NYA:
6 biji telur direbus dan dikupas kulitnya
2 btg daun kari
4 sudu besar serbuk kari dibancuh dgn air
1 sudu besar kerisik
garam/gula/perasa secukup rasa anda
minyak utk menumis
air
sedikit serbuk jintan manis/jintan putih/ketumbar bancuh bersama dlm serbuk kari tadi.

Bahan blend:
5 biji bawang merah
3 ulas bwg putih
6 biji cili kering
2 inci halia
1 batang serai
1 inci lengkuas

Tumis bahan blend hingga kekuningan dan naik bau,kemudian masukkan daun kari dan campuran serbuk kari tadi bersama dgn kerisik,biar hingga pecah minyak,Kemudian masukkan air dan biar mendidih,air agak2 jgn terlampau cair dan jgn terlampau pekat.Bila dah mendidih masukkan gula/garam dan perasa.last sekali masukkan telur yang dah siap direbus tadi dan di potong 2.selamat mencuba..... =)

Monday, November 21, 2011

:: HASH BROWN+BLACK PEPPER HOT DOG+SCRAMBLE EGG+ONION FRIED ::


Assalammualaikum...
Tengah buat apa semua?Ni mesti tengah duduk depan tv,tengok perlawanan bola sepak malaysia vs indonesia kan?Saya..sambil masukkan n3 ni sambil tu lah tengok tv,malaysia lwn indonesia tu,time ni masih 1-1,harap2 pasukan harimau malaya kita menang.Mula2 tengok tadi saya dah rasa stress,adui2 awal2 lagi indonesia dah gol,pastu msia dpt gol hilang stress aku,hehehehe...MALAYSIA BOLEH,GOL..GOL..GOL...,heemmm..sambung balik,n3 malam ni saya nak masukkan makan malam yang saya masak tadi,very2 simple,goreng je..nyum2! =)

Bahan2:
Hash brown
black pepper hot dog
onion
egg
chili sauce

** hash brown dan black pepper saya goreng je,semua pandai kan.pastu bwg besar saya potong bulat2 dan celupkan dgn tepung beras yang dicampur dgn sedikit air,lada hitam kasar,sedikit garam dan goreng.telur pulak saya campurkan dgn susu segar,lada hitam,sedikit garam dan mix herbs dan goreng dlm non stick pan dgn menggunakan sedikit majerin.Dah siap semua boleh makan bersama sos cili dan mayonis..simple..selamat malam.. =)

Friday, March 25, 2011

:: SAMBAL TELUR MATA ::



Salam petang jumaat...
Diharap semuanya sihat,hari ni saya teringin nak makan sambal telur mata.Haaa...ni antara makanan kegemaran adik saya cik mirae,berselera makan kalau sambal telur ni ada depan mata,dapat tambah nasi 2 pinggan...hehehe,ok lah saya tak nak banyak celoteh dkt sini,sebab tak sihat,kena selsema,batuk.Kalau sapa2 yang sudi,boleh lah try resepi simple ni ye! =)


Bahan2:
3 biji telur
4 biji bwg merah ditumbuk
3 ulas bwg putih ditumbuk
2 biji cili kering ditumbuk
1 sudu besar cili boh
1 sudu besar gula
sedikit garam


Goreng terlebih dahulu telur tadi sebiji2,letakkan dlm pinggan.Tumis bahan tunbuk dan cili boh hingga naik bau dan selepas itu masukkan gula dan garam.biar sebentar,selepas itu tuangkan ke atas telur tadi. >.<

Thursday, March 17, 2011

:: SARDIN DI KARIKAN & TELUR DADAR MASAK KICAP ::




Salam 11:25mlm.....
Aku lagi2 lewat masukkan n3,menu utk lunch..malam baru dapat masukkan.Hari2 lewat,hheemm.....kalau lah aku kerja makan gaji,memang dah lama kena pecat,mana tak nya hari2 lewat...hehehehe...,nasib baik lah tak.Oleh kerana dah lewat,mata dah mengantuk pun ni,aku nak cepatkan lah bahan2 utk 2 resepi diatas,tak payah cerita panjang2 k..jom layan! =)


Bahan sardin di karikan:
1 tin besar sardin dlm tomato sos
1 biji bwg besar dihiris
2 biji bwg merah(tumbukkan)
2 ulas bwg putih(tumbukkan)
2 sudu besar serbuk kari daging
garam


Tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan masukkan pula bwg besar dan gaul sebentar.masukkan pula serbuk kari tadi dan kacau lagi,last sekali masukkan sardin,garam dan sedikit air.biar mendidih dan boleh dihidangkan.


Bahan telur dadar masak kicap:
5 biji telur ayam(pukul dan buat telur dada,kemudian hiris halus atau ikut suka anda)
1 biji bawang besar dihiris halus
2 biji cili padi hiris halus
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat manis
sedikit garam


Tumiskan cili padi dan bwg besar tadi hinggan naik bau,dan masukkan pula telur yang dah siap dipotong tadi.selepas itu masukkan sos tiram dan kicap pekat,gaul rata2.last sekali masukkan garam.siap dihidangkan..... >.<

Monday, March 14, 2011

:: UMAI TELUR PADI/SUP AYAM TELUR & TIMUN MASAK SOS ::




Salam Monday Afternoon.....
Hari ni masak apa ye??Mesti masak yang sedap2 kan?Ataupun bagi yang ibu2,isteri2 yang sibuk berkerja,masak makanan simple,macam yang saya masak malam tadi,makanan dlm tin,hehehe..takpe lah kan,sekali sekala..nak lebih cepat beli je lauk tunjuk,nak kari ayam 2 ketul,sayur rm2...tapau lah tu!hehehehe...,ok lah,n3 hari ni saya masukkan 3 menu simple yang saya masak untuk makan tengahari ni,kalau sudi boleh cuba,kalau tak pun sudi2kan lah ye... =)
Bahan untuk umai telur padi:
2 biji telur padi(kupas kulitnya,basuh dan potong)
2 ulas bwg putih hiris halus
2 biji bwg merah hiris halus
1 biji cili merah hiris halus
1 biji cili hijau hiris halus
2 biji limau kasturi(belah 2 dan ambil jusnya/kulit limau jgn dibuang hiris halus)
sedikit halia hiris halus
2 sudu besar kicap pekat manis
Taburkan semua bahan hiris ke atas telur padi yang dah dipotong tadi,perahkan jus limau keatasnya dan tuangkan kicap.simple dan sedap!
Bahan utk sup ayam telur:
7 sayap ayam(dipotong 2 atau 4)
2 biji kentang(dipotong 4 atau 6)
serbuk lada hitam kasar
garam/perasa secukup rasa
2 sudu tepung jagung(bancuh dgn sedikit air)
2 mangkuk air
1 biji telur dipukul
rempah 4 sekawan(kulit kayu manis/bunga lawang/bunga cengkih/buah pelaga)
Bahan tumbuk:
3 biji bwg merah
2 ulas bwg putih
1 inci halia
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu ketumbar
Tumis bahan tumbuk dan rempah 4 sekawan hingga naik bau dan kekuningan.Selepas itu masukkan ayam dan kentang,gaul rata.kemudian masukkan air,biar mendidih dan sampai ayam dan kentang masak.selepas itu masukkan garam/lada hitam,last sekali masukkan tepung jagung.bila kuah dah nampak barulah masukkan telur yang dah dipukul tadi,gaul2kan.siap dihidangkan...
Bahan utk timun masak sos:
1 biji timun(kupas kulitnya dan potong bulat2)
1 biji bwg merah dihiris halus
1 biji bwg putih dihiris halus
cili merah dihiris halus
sedikit ikan bilis
3 sudu besar sos cili
garam/sedikit air
Tumis bahan hiris dan ikan bilis hingga naik bau dan kekuningan dan masukkan timun,gaul sebentar.Maukkan sos cili,garam dan sedikit air,biar mendidih dan boleh dihidangkan.

Tuesday, February 22, 2011

:: SUP 4 COLOUR ROLL & TELUR SIMPLE ::.....RESEPI 2 HARI LEPAS


Salam afternoon semua...
Nak share menu simple yang saya masak 2 hari lepas.Haa...ni baru nak masuk dlm N3 sebab beberapa hari ni busy dan tiba2 rasa malas pulak nak membloggerkan diri ni....heeemmm......???entah??malas sebab malas lah agaknya ye??Jom...kita tengok bahan2 utk 2 menu yang saya buat ni,very simple!! =)


BAHAN UTK SUP 4 COLOUR ROLL:
1 BATANG 4 COLOUR ROLL(DIPOTONG)
2 BATANG DAUN KUCAI
SEDIKIT HALIA DIHIRIS HALUS
2 ULAS BWG PUTIH DIHIRIS
2 BIJI BWG MERAH DIHIRIS
1/2 BATANG CARROT POTONG IKUT SUKA
3 BIJI SHIITAKE MUSHROOM POTONG IKUT SUKA
GARAM/PERASA/LADA HITAM


CARA2 NYA:
TUMIS BHN HIRIS HINGGA NAIK BAU,MASUKKAN CARROT,MUSHROOM,DAN 4 COLOUR ROLL.SELEPAS ITU MASUKKAN AIR BIAR MENDIDIH,KEMUDIAN MASUKKAN GARAM,PERASA DAN LADA HITAM.TUTUP API BARULAH DIMASUKKAN DAUN KUCAI.


BAHAN UTK TELUR SIMPLE:
3 BIJI TELUR
1 BIJI BWG BESAR DIHIRIS HALUS
2 SUDU SOS TIRAM
1 SUDU KICAP PEKAT MANIS
1 MANGKUK KECIL JAGUNG DAN KACANG PEAS
GARAM

CARA2 NYA:
TUMIS BWG BESAR HINGGA SEDIKIT LAYU KEMUDIAN PECAH TELUR SATU PERSATU,GAUL2KAN.MASUKKAN PULA JAGUNG DAN KACANG PEAS,KEMUDIAN MASUKKAN SOS TIRAM DAN KICAP,SEDIKIT GARAM DAN PERASA.SELAMAT MENCUBA.... >.<




Thursday, February 17, 2011

:: KARAPEN ASAM PEDAS DGN TERUNG IBAN & EGG ROLL SHIITAKE MUSHROOM ::




Salam petang semua..
Berfikir???nak masak apa hari ini ye??Hari2 kena fikir nak masak pe ye....eemmm,penat kepala otak beta,tak kan nak masak menu ulang tayang lagi kan?Kemarin adalah beli sebiji terung iban,dkt sarawak panggil terung iban..alah,yang bulat2 tu,warna kuning.Ada jugak panggil terung asam,haa..yg ni tahu kan?Saya beli sebiji..sebiji je kau beli labu??hehehehe...yelah sebiji,kalau aku beli byk2 pun,bukan nya ada org nak makan,cukup lah sekali masak,al maklumlah isi rumah nya ada 4 org je,yang makan pun 3org,yang seorang lagi baby,mkn bubur.Jadi nak dipendekkan cerita,saya masak lah dgn karapen(daging lembu yg campur lemak2 tu),masak asam pedas,satu menu lagi,telur..gulung2kan jd lah egg roll shiitake mushroom,Simple.... =)
BAHAN UTK KERAPEN ASAM PEDAS DGN TERUNG IBAN:
370GM KERAPEN(DAGING)
1 BIJI TERUNG IBAN(TERUNG ASAM)POTONG IKUT SUKA
2 HELAI DAUN LIMAU PURUT
GARAM/AJINOMOTO
1 BIJI BWG BESAR POTONG 4
BAHAN TUMBUK:
4 BIJI BWG MERAH
5 ULAS BWG PUTIH
SEBESAR IBU JARI HALIA/LENGKUAS
1 BATANG SERAI DITITIK
1 KIUB BELACAN
2 SENDUK CILI KERING KISAR
2 SUDU SERBUK KUNYIT
CARA2 NYA:
TUMIS BAHAN TUMBUK,SERAI,DAUN LIMAU PURUT HINGGA NAIK BAU.KEMUDIAN MASUKKAN DAGING KERAPEN GAUL2 SEBATI.MASUKKAN AIR 3 CAWAN KECIL.BIAR MENDIDIH SEBENTAR,BARULAH DIMASUKKAN TERUNG IBAN(TERUNG ASAM)TADI.BIAR KAN SEKETIKA,MENDIDIH LAGI.LAST SEKALI MASUKKAN BWG BESAR,GARAM,AJINOMOTO.
BHN UTK EGG ROLL SHIITAKE MUSHROOM:
3 BIJI TELUR AYAM
1 BIJI BWG BOMBAY(CINCANG HALUS)
2 BIJI SHIITAKE MUSHROOM(CINCANG HALUS)
2 BTG DAUN KUCAI(HIRIS HALUS)
1 BTG DAUN SUP(HIRIS HALUS)
GARAM/LADA HITAM
CARA2 NYA:
PUKUL SEMUA BAHAN HINGGA SEBATI,GORENG HINGGA MASAK,ANGKAT DAN GULUNGKAN.BIAR SEKETIKA KEMUDIAN POTONGKAN.SELAMAT MENCUBA.... >.<




Saturday, February 5, 2011

:: EGG MIX WITH BROCOLI & MUSHROOM ::


Salam tengah malam ..

Mata ni belum lagi mengantuk,so layanlah internet.Hubby pulak layan cita2 dlm tv.Tiba-tiba.....perut lapar,hehehehe...jadi saya masak main campak je,pastu jadi lah egg mix with brocoli & mushroom.Hubby pun join sama makan,sampai 2 pinggan dia bedal,hehehe..lepas makan dah basuh semua pinggan,mangkuk,mata masih belum mengantuk jugak,saya masukkan lah resepi simple ni.Sila lah cuba ye,boleh rujuk resepinya dibawah. =)

Bahan2nya:

2 ulas bawang putih diketuk

1 biji bawang besar potong 4

2 biji telur

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar kicap pekat manis

1 sudu kecil mix herbs(McCORMICK)

sedikit garam dan lada hitam

brocoli potong ikut suka

mushroom potong 4

1 biji cili merah potong 2 buang bijinya

Cara-caranya: Tumiskan bwg putih seketika kemudian pecahkan 2 biji telur dan hancurkan telur.selepas itu masukkan bwg besar,kacau sebentar.masukkan pula mushroom,brocoli dan cili,kemudian masukkan sos tiram dan kicap pekat.gaul lagi,biar semua sebati dan masak.bila dah cukup masak tambahkan garam dan mixed herbs.boleh dihidangkan ketika perut lapar..selamat mencuba. >.<


Friday, February 4, 2011

:: TELUR SAMBAL BERKUAH ::

Salam 1 Malaysia...
Apa khabar semuanya?Hope semua sihat sejahtera hendaknya.Saya,alhamdulilah..sihat,anak2 sihat,suami sihat.Cuaca hari ini sekejap panas,sekejap hujan,sekejap panas,sekejap hujan.Tu maknanya allah menguji kita supaya bersabar.Bersabar jemur baju,lepas tu kena angkat balik jemuran tu,bila panas balik jemur lagi dan bila hujan kena angkat balik jemuran tu..hehehehe,itu pun sebahagian daripada senaman ye kawan2.Disebalik rasa penat tu,ada kebaikannya kerana dapat membuat kita berpeluh walaupun sedikit.Panjang pulak saya berceramah,nanti org cakap resepi nye,mana?hehehe..sabar ye,hari ini afie fieza masak telur sambal berkuah,resepi simple je,tapi boleh membangkitkan selera anda sebab saya ada menu sampingan ulam kacang bendi dgn sambal belacan bakar dan ikan masin goreng.Tapi,saya cuma masukkan resepi telur sambal berkuah,kerana menu yang lain tu semua org boleh buat kan?So,nak tahu resepi nya sila rujuk dkt bawah...=)
BAHAN2NYA:
4 BIJI TELUR
1 SUDU BESAR CILI BOH
1 BIJI BAWANG BESAR DIHIRIS HALUS
3-4 KEPING ASAM KEPING
4 ULAS BWG PUTIH DITUMBUK
4 BUJI CILI KERING DITUMBUK
1 SUDU BESAR GULA
GARAM
1 CAWAN AIR
CARA2NYA:
TUMIS BAHAN TUMBUK SEKEJAP KEMUDIAN MASUKKAN CILI BOH DAN GAUL SEKETIKA.MASUKKAN BWG BESAR,KACAU SAMPAI LAYU SEDIKIT.MASUKKAN GULA,GARAM DAN ASAM KEPING.SELEPAS ITU MASUKKAN AIR.BIAR MENDIDIH SEDIKIT,BARULAH PECAHKAN TELUR SATU PERSATU KEDALAM NYA.BIAR MENDIDIH,JGN SAMPAI KUNING TELUR PECAH.BILA KUAH AGAK BERKURANGAN BOLEHLAH TUTUPKAN API DAN HIDANGKAN.SELAMAT MENCUBA... >.<



Friday, January 28, 2011

:: Egg tofu oyster sauce ::

Salam semua..
Maaf sangat2 sebab baru sekarang sempat masukkan resepi menu yang saya masak siang tadi...hehehehe
Lunch tadi masak biasa2 je,simple sangat2..penyakit malas tu dah nak datang,tapi saya cepat2 elak.Penyakit malas ni memang biasa akan datang sekali sekala..betul tak??tapi sekejap je,jgn lama2 tau..hehehe..
Berbalik semula pada resepi diatas,dkt bawah tu bahan2 untuk dirujuk..selamat mencuba..
BAHAN2NYA:
2 BIJI TELUR TOFU(DIPOTONG BULAT2)
1 BIJI TELUR AYAM
TEPUNG JAGUNG
SEDIKIT GARAM
MINYAK UNTUK MENGGORENG
SOS TIRAM
KICAP MANIS
SEDIKIT SERBUK LADA HITAM
1 BIJI CILI MERAH(CINCANG HALUS)
SEDIKIT AIR
CARA2NYA:
TOFU DICELUP DLM TELUR YG TELAH DIPUKUL,KEMUDIAN GAUL DGN TEPUNG JAGUNG.GORENG DLM MINYAK SAMPAI GARING,GORENG SAMPAI HABIS DAN TOSKAN MINYAKNYA.KEMUDIAN MASUKKAN CILI DLM SEDIKIT MINYAK LEPAS MENGORENG TOFU TADI,SOS TIRAM DLM 3 SUDU BESAR,DAN KICAP MANIS DLM2 SUDU BESAR.MASUKKAN SEDIKIT SAHAJA GARAM DAN LADA HITAM DAN SEDIKIT AIR.BIAR KUAH AGAK PEKAT SEDIKIT,BARULAH TUANG KE ATAS TOFU TADI.SELAMAT MENCUBA..

Tuesday, November 30, 2010

telur goreng kicap

telur ni anak saya yg darjah 5 yg masak...sedap!!pandai ank mummy masak..
Bahan2nya:
4 biji telur dipukul(goreng telur terlebih dahulu setelah masak,hiris halus.
1biji bawang bakong dihiris
2-3biji cili padi
sos tiram
kicap pekat
garam/perasa secukup rasa

tumis bwg besar(bakong) dan cili dlm sedikit minyak,kemudian masuk telur yg dah dihiris tadi.setelah itu ,sos tiram,kicap dan garam/perasa,siap dihidangkan...

Saturday, November 20, 2010

TELUR MASAK MERAH


Telur rebus dan dikupas kulitnya(belah 2)
Sos cili(saya guna life)
Sos tomato
Garam dan perasa
Cili boh
Bwg bakong(bwg besar)
Daun sup dihiris utk hiasan
Bahan tumbuk:
Bwg merah
Bwg putih
Halia
Cara2nya:
Tumis bahan tumbuk dan cili boh hingga kekuningan,kemudian bwg bakong, sos tomato dan sos cili.biar seketika dan selepas itu masuk sedikit air,garam dan perasa.Biar mendidih seketika barulah dituang keatas telur yg sudah dibelah 2.taburkan dgn daun sup..siap dihidangkan..simple tapi sedap!!