Wednesday, March 23, 2011
:: KETIAW GORENG SOTONG & SOTONG MASAK KICAP ::
Salam Malam Semua....
Siang tadi saya masak sotong kicap untuk makan tengahari,dan malam ni pulak saya masak ketiaw goreng sotong untuk kita org makan malam.Hari ni makan sotong je lah....hehehehe...,hubby takde dirumah,so masak ala kadar je lah,kalau nak diikutkan malas nak masak,takde selera,anak2 pun mcm tu jugak,rindu dekat daddy dia org lah tu,mummy pun rindu daddy...hehehehe...,eeemmmm...,jom layan bahan2 utk resepi diatas! =)
Bahan sotong masak kicap:
850gm sotong(dibersihkan dan dipotong)
1 biji bwg besar(potong 4)
2 ulas bwg putih hiris halus
3 biji bwg merah hiris halus
1 inci halia hiris halus
2 biji cili hijau belah 2
1 biji kentang potong dadu
2 sudu sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair
garam/gula
1 sudu lada hitam kasar
Tumis bahan hiris hingga naik bau dan kekuningan,selepas itu masukkan kentang dan gaul rata.masukkan pula sotong,gaul lagi.selepas itu masukkan sos tiram,kicap pekat,kicap cair,lada hitam dan gaul rata.kemudian masukkan pula bwg besar dan cili hijau tadi,biar mendidih dan kuah nampak pekat sedikit,last sekali masukkan garam dan gula.
Bahan ketiaw goreng sotong:
20 gm sotong(dibersih dan dipotong)
4 batang sayur sawi dipotong
1 biji kentang(potong dadu dan digoreng toskan)
2 biji telur ayam
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar kicap cair
garam secukup rasa
Bahan tumbuk:
3 biji bwg merah
2 ulas bwg putih
1 sudu besar cili boh
Tumis bahan tumbuk hingga naik bau,masukkan sotong dan gaul sebentar.kemudian masukkan kentang yg dah didoreng tadi,pecah telur dah hancur2kan.Masukkan pula kentang,sos tiram,sos cili,kicap pekat,kicap manis,garam.gaul semua bahn rata2,last sekali masukkan ketiaw dan gaul sebati. >.<
Labels:
mee,
Resepi masakan Beautiful Butterfly..,
sotong
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment