CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Tuesday, March 15, 2011

:: SAMBAL GORENG SOTONG KERING & SOSEJ BERKUAH KICAP ::


Salam petang selasa....
N3 ni nak masukkan 2 menu yang saya masak utk makan tengahari ni.Macam biasa,resepi yang simple je,hari2 simple tapi jangan bosan pulak ye dgn n3 hari ni.Saya ni bukannya tukang masak yang profesional,biasa2 je so masak pun yang biasa2 jugak,cuma saya nak kongsi kan apa yang saya pandai masak,saya sajikan dlm blog SDP ni.Harap-harap dapat jadi panduan utk diri saya sendiri dan untuk wanita2,isteri2,kakak2,adik2 dan yang bakal jadi isteri.Jadi kalau nak belajar memasak,kita mulakan dengan masakan yang simple2 dahulu,barulah ke masakan yang hebat2,betul tak?Jom layan!!! =)

Bahan sambal goreng sotong kering:
3 keping sotong kering(rendam dgn air panas selama 4jam/potong)
1 labu bawang besar dihiris halus
1 sudu kecil bijan
2 sudu besar kacang tumbuk
1 sudu gula
1 sudu kecil garam

Bahan tumbuk:
3 biji bwg merah
2 ulas bwg putih
sedikit belacan
2 sudu besar cili boh

Goreng bijan terlebih dahulu,kemudian masukkan terus bahan tumbuk dan tumis hingga naik bau.Kemudian masukkan bwg besar dan gaul rata,selepas itu masukkan sotong dan gaul lagi.last sekali masukkan gula,garam dan kacang tumbuk.Boleh dihidangkan..nyum2!


Bahan sosej berkuah kicap:
5 batang sosej(potong halus2)
1 biji bawang merah hiris
1 ulas bwg putih diketuk dicincang halus
1 biji bwg besar dihiris halus
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat manis
1 mangkuk kecil air
garam/lada hitam

Gorengkan sosej hingga garing,selepas itu masukkan bwg merah,bwg ptih dan bwg besar,kacau2.masukkan pula soa tiram,kicap,gaul.last sekali masukkan garam,lada hitam dan air,biar mendidh dan boleh dihidangkan. >.<