CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Sunday, March 13, 2011

:: PISANG GORENG/SUP KENTANG/GRIMY BURGER ::


pisang goreng ni saya buat untuk sarapan pagi tadi....


sup kentang utk makan tengahari tadi,lauk sampingan..ikan masin kering dan telur masin

burger untuk makan malam
Salam malam semua...
Kemarin saya tak berblogger sebab saya cuti masak.Bawa anak2 makan dekat luar lepas tu petang sikit pergi rumah parents.Kakak call,dia kata ada buat pau kari dan ibuanda kita orang ada buat donat susu,so singgah lah sekejap,lagipun nak ambik adik yang no3(cik mirae)nak tidur 2 malam dkt rumah saya,lagipun sabtu,ahad dia tak kerja,adik yang no5 pun ada sama(cik asna),dia dah 4 malam dekat rumah saya,yang ni pulak tengah tunggu keputusan spm keluar,agaknya hari isnin ni keluar kot keputusan spm.Harap2 dapat keputusan yang baik,insyaallah...nak cita pasal menu hari ini,saya masukkan n3 hari ni sekali gus,dari sarapan pagi ke menu tersangat simple(lunch) dan 1 menu yang adik2 serta anak saya buat utk makan malam ni grimy burger.Saya bagi nama grimy burger sebab kalau awak semua tengok pic burger dkt atas tu,burger ni nampak comot je,so bagi lah nama grimy burger.Comot2 tapi sedap tau,saya bagi 2 1/2 bintang dari 5 bintang ok lah tu!!Sekurang-kurangnya kita hargai hasil kerja tukang masak yang baru nak belajar masak ni...hehehe,teruskan usaha adik2 ku!Jom layan!!! =)
Bahan2 utk pisang goreng:
2o biji pisang kepok
2 mangkuk tepung gandum
4 sudu minyak masak
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
air
Gaulkan semua bahan sampai sebati kecuali pisang.lepas itu barulah masukkan pisang dlm adunan tepung,kemudian bolehlah digoreng dlm minyak panas.goreng sampai pisang garing dan masak.boleh dihidangkan..
Bahan utk sup kentang:
3 biji kentang(kupas kulit dan potong 6)
1 mangkuk kecil suun
lada hitam/garam/air
Bahan tumbuk:
3 biji bwg merah
2 ulas bwg putih
sedikit halia
sedikit ikan bilis
Tumis bahan tumbuk hingga kekuningan dan naik bau,masukkan kentang gaul sekejap dan masukkan air.Biar mendidih dan masukkan lada hitam dan garam.bila nampak kentang dah masak,bolehlah masukkan suun.tutup api,dan hidangkan..
Bahan utk burger:
10 biji roti burger(belah 2 jgn putus dan sapukan dgn planta,panaskan ats plat burger sampai kekuningan sedikit)
1 biji timun(potong nipis)
2 biji tomato(potong nipis)
1o biji daging burger
10 biji telur
lada hitam/garam halus
sos cili/sos tomato/mayonis
5 keping cheese slice
cara2nya,seperti burger2 yang biasa kita kita buat,isikan sahaja bahan2 yang dah sedia ada,dan boleh dimakan.daging burger jgn lupa dimasak ok,saya nak cepat ni,aisya dah menanggis...bye!


0 comments:

Post a Comment