Wednesday, March 16, 2011
:: MEE CINA VERSI MAGGI ::
Salam Malam...
Adik saya tadi(Asna),dia masak maggi mee perisa sup ayam,tapi dia buat macam mee kampua.Masa saya nak masukkan n3 ni,saya tanya dia,nak bagi nama apa resepi ni,dia kata mee cina.Memang pun nama asal ibuanda kita bagi mee cina pun.Saya,kalau beli maggi sup ayam ni,jarang nak masak seperti yang selalu kita buat,selalu nya saya buat yang macam ni lah,mee cina,sedap sangat2,ada kelainan dari biasa2 kita buat.Kadang2 kita boleh ubah ikut kreatifviti masing2 kan...jom layan!! =)
Bahan2nya:
1 bungkus maggi mee sup(ayam)
1 biji telur
2 biji bwg merah(buat bwg goreng)
air/lada/minyak
daun sup hiris halus(optional)
Goreng terlebih dahulu bwg merah supaya menjadi bwg goreng.Ambil dlm 2 sudu minyak lepas menggoreng bwg tadi dan masukkan kedlm pinggan,selepas itu masukkan sedikit bwg goreng tadi dan sedikit perencah ayam manggi tadi,kalau ada daun sup masukkan juga.rebus mee tadi hingga masak,toskan dan masukkan kedlm pinggan yang berisi minyak tadi,gaul semuanya sampai sebati.Air lepas rebusan mee tadi,diambil 1 mangkuk kecil utk dijadikan sup,dan campurkan lada,juga perencah maggi tadi.Gorengkan telur mata dan letak diatas mee tadi,makan bersama dgn sup dan sos cili. >.<
Labels:
mee,
Resepi masakan Beautiful Butterfly..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment