Salam petang rabu.....
Time macam ni,cuaca redup je,kalau duduk dekat luar rumah,tengok kanak2 bermain kejar2 riuh betul suasana.Eeemmm...sebenarnya bukan nak cerita pasal tu,ayat yang diatas tu cuma untuk pembukaan kata,saya ni dah hilang idea....hehehehe...,pagi tadi kan,saya ada masukkan n3 tentang nasi lemak untuk kita org breakfast,nak dijadikan cerita,oleh kerana dah kenyang so saya masak 1 menu je utk lunch hari ni,itupun saya dah pernah masukkan resepi ni dulu.Apa-apa pun saya akan masukkan sekali lagi bahan2nya dibawah..... (* .*)
Bahan2:
10 sayap ayam(dipotong 2)digaul dgn kunyit dan garam,goreng hinggan garing,toskan..
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap pekat manis
sedikit air/garam
2 sudu besar serbuk kunyit
Bahan hiris:
2 biji cili merah
2 ulas bwg putih
1 inci halia
1 labu bwg besar(potong 4)
1 biji cili merah hiris memanjang buang bijinya
Tumis semua bahan hiris dalam minyak lepas manggoreng ayam tadi,biar sampai kekuningan sedikit dan anik baunya.Selepas itu masukkan sos tiram,kicap pekat manis,gaul sebati dan masukkan ayam yang dah digoreng tadi.Kemudian masukkan sedikit air dan biar mendidih,last sekali masukkan sedikit garam.Siap untuk dihidangkan... =)
0 comments:
Post a Comment