CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Friday, March 25, 2011

:: SAMBAL TELUR MATA ::



Salam petang jumaat...
Diharap semuanya sihat,hari ni saya teringin nak makan sambal telur mata.Haaa...ni antara makanan kegemaran adik saya cik mirae,berselera makan kalau sambal telur ni ada depan mata,dapat tambah nasi 2 pinggan...hehehe,ok lah saya tak nak banyak celoteh dkt sini,sebab tak sihat,kena selsema,batuk.Kalau sapa2 yang sudi,boleh lah try resepi simple ni ye! =)


Bahan2:
3 biji telur
4 biji bwg merah ditumbuk
3 ulas bwg putih ditumbuk
2 biji cili kering ditumbuk
1 sudu besar cili boh
1 sudu besar gula
sedikit garam


Goreng terlebih dahulu telur tadi sebiji2,letakkan dlm pinggan.Tumis bahan tunbuk dan cili boh hingga naik bau dan selepas itu masukkan gula dan garam.biar sebentar,selepas itu tuangkan ke atas telur tadi. >.<