Salam petang...
Dah lunch ke?Saya dah...hari ni makan ikan kukus.Ikan ni saya beli malam tadi dekat supermarket.Teringin pulak nak makan ikan bawal putih,selalu nya saya beli ikan bawal hitam,kita org sekeluarga lebih gemar bawal hitam berbanding bawal putih sebab isinya lebih sedap,lebih tebal,lebih manis.Tapi kali ni,saja je nak tukar selera,so beli lah bawal putih,not bad but bawal hitam tetap pilihan utama...hehehe..ikut selera masing2 lah ye!Ada 2 perbezaan antara ikan bawal hitam dan putih,bawal hitam lebih sesuai kalau digoreng,dibakar dan buat masak merah,kari,kicap,sweet n sour,mcm yg saya buat hari tu.Lain pulak kalau bawal putih,ia lebih sesuai dikukus,mungkin sebab isi nya yg nipis je so kukus je lah yg sesuai,tapi..tapi..kukus dlm pelbagai cara,ikut kreatifviti masing2..jom layan bahan2 utk ikan bawal putih kukus tomato... =)
Bahan2 nya:
2 ekor ikan bawal putih(550gm)bersihkan
4 biji limau kasturi( ambil jusnya )
1 batang serai dihiris halus
1 biji bwg besar dihiris halus
2 biji bwg merah hiris halus
1 biji cili merah potong dua buang biji nya
sebesar ibu jari halia dihiris halus2
1 helai daun limau purut hiris halus
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar soy sos seafood
1 sudu besar sos ikan
sedikit garam/ajinomoto
2 biji tomato dipotong 6
beberapa helai daun sup dihiris halus
Cara-caranya:
Ikan digaul dgn garam dan ajinomoto terlebih dahulu,letakkan dlm pengukus.selepas itu tabur kan semua bahan hiris atas ikan.perah kan jus limau,masukkan tomato,sos ikan,sos seafood,minyak bijan ke atas ikan.sedia utk dikukus,kukus dlm 15 minit.siap utk dimakan.selamat mencuba. >.<
Monday, February 28, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment