Salam semua dan selamat malam..
Sambil2 taip resepi dalam blog ni,sambil2 tu juga minum teh 0 lipton panas.Eeemm....sedap je tekak,time2 hujan dan sejuk macam ni,minum air teh panas2 memang sesuai.Ada jugak yang lebih gemarkan kopi 0,tapi saya,hubby dan anak2 lebih gemarkan teh berbanding dgn kopi.Itu kena ikut selera tekak masing2 kan?Petang tadi,sempatlah jugak afie fieza buat pau.Dari kemarin memang nak plan hari ini buat pau,so jadi lah jugak pau tadi.Adalah dalam 14 biji.Anak2 kata,sedap lah pau yang mummy buat!itulah yang paling saya seronok dengar,bila penat lelah kita ada yang hargai...hehehehe...thanks yan and acha.Nak tahu bahan2 utk pau ni,sila rujuk dkt bwh,untuk pengetahuan semua pau ni bila dah sejuk pun masih lembut.Selamat Mencuba =)
BAHAN DOH PAU:
500gm tepung pau (saya guna bluekey)
11gm yis mauripan
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
2 sudu besar vegetable shortening
air suam (sukatannya ikut kesesuaian doh nya)
BAHAN INTI:
Daging dihiris halus2 memanjang
1 biji bawang besar(dipotong dadu kecil2)
2 ulas bwg putih(dicincang halus)
2 sudu besar black pepper
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap pekat manis
1 sudu besar gula
sedikit garam
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
CARA MEMBUAT DOH PAU:
Tepung pau,yis,garam,gula,vegetable shortening digaul rata2.selepas itu masukkan air suam sedikit demi sedikit hingga menjadi adunan pau.rehatkan adunan,tutup dgn kain bersih selama 1 jam.selepas 1 jam,adunan dah naik.tumbuk2kan doh supaya doh turun balik.kemudian bulat2 kan doh,rehatkan kan sebentar.bila nampak dah naik semula,isi kan inti dan bulat2kan semula.biar doh seketika lagi,sehingga kembang semula barulah dikukus sampai masak.
CARA MEMBUAT INTI:
Tumiskan bwg putih dlm sedikit minyak,masukkan bwg besar,biar sampai naik bau.kemudian masukkan black pepper,kacau sebentar.selepas itu masukkan daging,biar daging bertukar warna kecoklatan barulah masukkan sos tiram dan kocap pekat manis.gaul2 lagi,masuk gula,garam dan sedikit air.biar sampai daging lembut barulah dimasukkan tepung jagung.biar pekat sedikit,tutup api.biar sejuk baru digunakan sebagai inti pau.
5 comments:
salam,
wah, best pau ni bila dimakan panas2 dan intinya byk... mmg untung klu buat sendiri, blh ltk inti byk2, hehehe...
tq sudi follow blog sy...
wslm..
thanks jugak coz sudi follow blog sya..awak lah org pertama yg sudi komen..terharunya...huhuhu =)
wahhhh..sedap...thanks 4 da resepi...
sama-sama....
Rasa nk cuba la
Post a Comment