Esok,bagi yang berbangsa cina akan menyambut tahun baru cina.Happy Chinese New Year buat kawan2 kita yang berbangsa cina.Ni nak cerita,tentang bermulanya tahun baru bagi masyarakat cina yang serba sedikit saya tahu.Sejarah tahun baru cina bermula beribu-ribu tahun dahulu,dimana seekor makhluk ganas yang bernama 'nian' membuat huru hara.Manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan lalu mencari ikhtiar utk menewaskan makhluk ini.Haa....kalau nak tahu lebih lanjut tentang cerita ni nanti saya sambungkan dkt ruangan "Jom kongsi cerita".ok berbalik pada resepi diatas,hari ini saya masak ikan bakar dan sambal kicap limau dan bendi tumis kari.Nak tahu bahan2nya sila rujuk kat bawah,seperti biasa... =)
:: IKAN BAKAR DAN SAMBAL KICAP LIMAU ::
4 EKOR IKAN KEMBUNG
2 SUDU SERBUK KARI
1 SUDU SERBUK KUNYIT
GARAM/PERASA
BAHAN SAMBAL:
2 BIJI CILI MERAH
5 BIJI CILI KERING
4 BIJI LIMAU KASTURI(AMBIL JUSNYA)
4 ULAS BAWANG PUTIH
GULA/KICAP PEKAT
CARANYA: IKAN TADI DIGAUL DGN SERBUK KARI,SERBUK KUNYIT,GARAM/PERASA.BAKAR ATAU PANGGANG SAMPAI MASAK.UNTUK SAMBALNYA BWG PUTIH,CILI MERAH,CILI KERING DITUMBUK.JGN TERLAMPAU HALUS,KEMUDIAN MASUK GULA DAN JUS LIMAU JUGA KICAP.KACAU RATA.
:: BENDI TUMIS KARI::
BENDI (DICUCI SEBELUM DIPOTONG)
2 BIJI BWG MERAH DIHIRIS
2 ULAS BWG PUTIH DIHIRIS
1 BIJI CILI MERAH DIHIRIS
1 BIJI TELUR
SEDIKIT IKAN BILIS
1 SUDU BESAR SERBUK KARI
GARAM/PERASA
CARA2NYA:
TUMIS BWG MERAH,PUTIH,CILI,IKAN BILIS HINGGA NAIK BAU,BARULAH PECAH TELUR,HANCUR2KAN TELUR,KEMUDIAN MASUK SERBUK KARI GAUL SEKEJAP.MASUKKAN BENDI,GARAM/PERASA.BIAR SEKETIKA.ANGKAT DAN HIDANGKAN.. >.<
0 comments:
Post a Comment