CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Monday, February 14, 2011

:: IKAN SEMO ::

Salam sayang semua..
Dah malam ni,baru dapat nak masuk N3.Line internet ada masalah pulak,sebab tu lah baru dapat masukkan menu hari ini.Hari ini saya masak 1 menu je sebab tadi nak cepat kuar hantar anak tuisyen.Ni pun baru sampai 1 jam yang lepas..hehehe..ok lah,tadi SDP sempat masak ikan semo.Resepi ni saya pernah masukkan dulu,cuma tukar kan ayam ke ikan.Sangat2 simple tapi sedap,nyum2! =)

Bahan2nya:
1 ekor ikan tongkol(potong 8)
2 sudu serbuk kunyit
garam/perasa
1 biji bwg besar(potong 4)
sebesar ibu jari halia dihiris halus
2 biji bwg merah dihiris halus
2 ulas bwg putih dihiris halus
2 biji cili merah(belah 2 buang bijinya)
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap pekat manis

Cara2nya:
Ikan dilumur dengan kunyit dan sedikit garam.goreng hingga masak,angkat dan toskan minyak nya.kemudian baki minyak menggoreng ikan tadi digunakan utk menumis bahan hiris hinggan naik bau.selepas itu masukkan bwg besar,gaul sekejap.kemudian masukkan sos tiram,kicap,dan sedikit air.last sekali masukkan ikan yang dah digoreng tadi.sedia dihidangkan.... >.<




0 comments:

Post a Comment