CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Tuesday, February 15, 2011

:: CUCUR DONAT SWEET POTATO ::

Salam malam semua...
Sekali lagi saya buat cucur donat sweet potato.Kali ni lembut lagi dari yang sebelum nya,saya makan sampai 6biji.Bukannya besar pun,mcm donat tu,saya buat kecik2 je.Sebenarnya buat ni nak balas pinggan jiran siang tadi,jiran kita bagi buah asam kuwini.Saya ni tak pandai nak simpan pinggan org lama2,mcm tak elok lah pulak,nanti tuan punya pinggan tercari2 dgn pinggan dia..hehehe.
Tak elok jugak kalau kita bagi balik pinggan kosong tanpa isi nya kan,betul kan,saya cakap ni kan??Sekurang kurangnya budak2 lah yang paling seronok kalau nampak ada isi dlm pinggan yg kita balas.Ok,kita berbalik pada resepinya,walaupun saya dah pernah masukkan resepi asalnya dlm ni,tapi takpe lah kan,saya masukkan sekali lagi utk bahan hari ni,manalah tahu kot2 ada perubahan sikit. =)

BAHAN2 NYA:
350GM TEPUNG GANDUM
100GM TEPUNG BERAS
1 SUDU KECIL GARAM
2 SUDU BESAR MINYAK MASAK
1 BIJI TELUR
5GM YIS
1 BIJI UBI KELEDEK(KARIBANG)KUPAS KULIT,REBUS DAN LENYEKKAN
AIR SUAM
GULA AISING

CARA2NYA:
GAULKAN SEMUA BAHAN KECUALI GULA AISING.ADUNAN SEPERTI ADUNAN CUCUR.BIARKAN SELAMA 30MINIT,SELEPAS ITU GORENG DLM MINYAK SAMPAI MASAK.TOSKAN MINYAK DAN GAULKAN DGN GULA AISING. >.<



0 comments:

Post a Comment