Hari ini afie fieza tak dapat nak coloteh panjang2 sebab nak keluar kejap je lagi.Jadi sempat2 kan diri nak masukkan resepi ala kadar yang saya masak untuk makan tengahari ini,antara nya ikan rempah kunyit bunga kantan.Nak masak ikan ni,tgh cari2 ikan apa yg ada dlm peti sejuk,terjumpa lah 2 ekor ikn kembung dan 1 hiris ikan kerapu,jadi saya campurkan kan lah kedua 2 jenis ikan ni dlm satu periuk.Haa...ape nak kata,ikan2 ni yang tek bersua muka dkt laut tiba2 masuk dlm satu periuk,jadilah ikan dilaut asam didarat,dalam periuk bertemu jua..hehehehe...panjang jugak coloteh saya,tadi kata nak cepat..hahahahaha.Menu kedua pulak simple je,sayur sawi pahit tumis kering dan yang satu lagi ni BUAH ENGKALAK,haa...pernah dengar tak,kalau dekat sarawak buah ni dipanggil buah engkalak.Tak tahu lah pulak,kalau dekat semenanjung ada buah ni atau tak.Ok lah,nak berundur ni..nak tahu resepi,sila rujuk dekat bawah nye,ye...selamat mencuba... =)
BAHAN2 UTK IKAN REMPAH KUNYIT BUNGA KANTAN:
2 EKOR IKAN KEMBUNG DIPOTONG 2
1 HIRIS IKAN KERAPU
2 HELAI DAUN LIMAU PURUT
2 HELAI DAUN KUNYIT HIRIS HALUS
1 BUNGA KANTAN HIRIS HALUS
4 KEPING ASAM KEPING
1 KIUB TOM YAM KNORR
SEDIKIT GARAM
BAHAN TUMBUK:
2 BIJI BAWANG MERAH
3 ULAS BWG PUTIH
7 BIJI CILI KERING
SEBESAR IBU JARI HALIA MUDA
1 BATANG SERAI DITITIK
1 SUDU SERBUK KUNYIT
CARA2NYA:
TUMIS BAHAN TUMBUK HINGGA NAIK BAU,MASUKKAN DAUN LIMAU PURUT,DAUN KUNYIT,BUNGA KANTAN DAN ASAM KEPING.GAUL SEKETIKA,KEMUDIAN MASUKKAN AIR.BIAR MENDIDIH SEKETIKA,KEMUDIAN MASUKKAN IKAN2 TADI.BIAR MENDIDIH,SELEPAS ITU MASUKKAN KIUB TOM YAM DAN GARAM.
BAHAN UTK SAYUR SAWI TUMIS KERING:
1 IKAT SAYUR SAWI POTONG IKUT SUKA ANDA
2 BIJI BAWANG MERAH HIRISKAN
2 ULAS BWG PUTIH HIRISKAN
1 BIJI CILI MERAH HIRISKAN
SEGENGGAM IKAN BILIS
GARAM/PERASA
CARA2NYA:
TUMIS SEMUA BAHAN HIRIS DAN IKAN BILIS HINGGA NAIK BAU.MASUKKAN SAYUR,GAUL DAN MASUKKAN GARAM/PERASA.DAH MASAK,ANGKAT,HIDANGKAN.UNTUK BUAH ENGKALAK,CUMA PERLU RENDAM DGN AIR 15 MINIT,TOSKAN DAN GAUL DGN SEDIKIT GARAM.RASA BUAH NI,MANIS2 LEMAK2 SIKIT. . >.<
0 comments:
Post a Comment