Hari yang sangat busy sampai saya tak sempat nak masukkan N3 hari ni.Dan sekarang baru ada masa terluang nak masukkan 2 menu yang saya masak untuk lunch hari ini.Antara menu nya,hati ayam masak kicap berempah dan tofu bean crushed sweet N spicy.Malam ni,saya sempat jugak buat muffin blueberry(instant) dan baru je siap masak.Lepas ni,saya masukkan pula resepi muffin tu,tunggu ye!Ok,sekarang nak tahu kedua2 resepi diatas sila rujuk dekat bawah utk bahan2 nya. =)
BAHAN UTK HATI AYAM MASAK KICAP BEREMPAH:
300GM HATI AYAM BERSIHKAN DAN POTONG(REBUS TERLEBIH DAHULU)
2 BIJI BWG MERAH DIHIRIS
2 ULAS BWG PUTIH DIHIRIS
HALIA DIHIRIS
1 BATANG SERAI DITITIK
SEDIKIT DAUN KUCAI DIHIRIS
1 BIJI BWG BESAR POTONG 4
REMPAH TUMIS
2 SUDU KICAP PEKAT MANIS
2 SUDU SOS TIRAM
1 SUDU SERBUK KARI
1 SUDU GULA
GARAM
CARA2 NYA:
TUMIS BAHAN HIRIS,SERAI,REMPAH TUMIS HINGGAN NAIK BAU.MASUKKAN SERBUK KARI,DAN HATI AYAM,GAUL SEBENTAR DAN MASUKKAN KICAP,SOS TIRAM.BIAR MENDIDIH SEBENTAR DAN MASUKKAN BWG BESAR,GARAM DAN GULA.AKHIR SEKALI MASUKKAN DAUN KUCAI,TUTUP API,HIDANGKAN.
BAHAN UTK TOFU BEAN CRUSHED SWEET n SPICY:
1 PKT TAUHU LEMBUT(TOFU)
2 BIJI BWG MERAH DIHIRIS HALUS
2 ULAS BWG PUTIH DIKETUK
2 BIJI CILI PADI DIHIRIS HALUS
2 BATANG DAUN KUCAI DIHIRIS HALUS
1 BIJI TELUR
1 MANGKUK KECIL DAGING CINCANG
2 SUDU BESAR SOS TIRAM
1 SUDU BESAR KICAP PEKAT
2 SUDU BESAR SOS CILI(LIFE)
1 SUDU MINYAK BIJAN
1 SUDU GULA
1 SUDU CILI BOH
GARAM
CARA2 NYA:
TUMIS BAHAN HIRIS HINGGAN NAIK BAU,KEMUDIAN MASUKKAN DAGING CINCANG DAN CILI BOH,GAUL SEBENTAR.SELEPAS ITU PECAHKAN TELUR,HANCUR2KAN TELUR,DAN MASUKKAN KICAP,SOS TIRAM,SOS CILI,GARAM,GULA DAN MINYAK BIJAN.LAST SEKALI MASUKKAN TAUHU LEMBUT DAN DAUN KUCAI GAUL SEBENTAR.SIAP DIMASAK.... >_<
0 comments:
Post a Comment