Bandar Kuching masih dibasahi hujan dengan lebatnya.Sejuk tak terkata,sampai nak mandi pun kena fikir 2,3 kali,tapi saya sejuk macam mana pun saya tetap mandi,tak selesa kalau tak mandi.Jangan ada yang tak mandi ye..hehehehe...,eemm..hari ini afie fieza masak 1 menu je untuk makan tengahari iaitu kari ayam kentang.Macam biasa ye kawan2,sila rujuk dkt bawah kalau nak tahu bahan2nya or sengaja nak menjeguk pun boleh aje,tak jadi hal punya,tak kecik ati pun...hehehehe....=)
BAHAN2NYA:
1 PAHA AYAM( DIPOTONG 8 DAN DICUCI BERSIH )
2 BIJI KENTANG (DIPOTONG IKUT SELERA MASING2)
10 HELAI DAUN KARI
2 SUDU BESAR KERISIK
5 SUDU BESAR SERBUK KARI DAGING FAIZA(DIBANCUH DGN AIR)
2 SUDU CILI BOH
AIR/GARAM/PERASA
BAHAN TUMBUK:
4 BIJI CILI MERAH
4 ULAS BWG PUTIH
SEBESAR IBU JARI HALIA
1 SUDU BESAR JINTAN MANIS
1 SUDU BESAR JINTAN PUTIH
1 SUDU BESAR KETUMBAR
CARA-CARANYA:
TUMIS BAHAN TUMBUK DLM MINYAK PANAS,MASUKKAN SEKALI DAUN KARI.BIAR NAIK BAU SEKETIKA,BARULAH DIMASUKKAN BANCUHAN SERBUK KARI,CILI BOH DAN JUGA KERISIK,BIAR SAMPAI PECAH MINYAK.SELEPAS ITU MASUKKAN AYAM DAN KENTANG.GAUL SEKEJAP,SELEPAS ITU MASUKKAN AIR.BIAR SAMPAI MENDIDIH DAN AYAM JUGA KENTANG MASAK.BARULAH MASUKKAN GARAM DAN PERASA.SELAMAT MENCUBA.. >.<
0 comments:
Post a Comment