CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Tuesday, February 15, 2011

:: SAMBAL GORENG ASAM KUWINI ::

Salam Petang....
Tadi kan,pintu rumah ada yang ketuk....ingatkan sapa lah yang ketuk,rupa2nya anak jiran datang nak bagi buah asam kuwini.Macam tu lah kalau berjiran,orang memberi kita merasa,kan??Adalah dalam 4 biji asam kuwini yang jiran saya bagi,semuanya dh masak,dah boleh makan dah.Jiran saya ni,selalu lah jugak bagi buah dari kampung dia,kadang2 buah betik,mangga,yang selalu nya buah asam kuwini ni.Eemm...saya ni pantang kalau tengok ada buah asam kuwini yang dah masak,mesti saya buat sambal goreng.Resepi ni dapat dari ayahanda saya Encik Ahmad Ibrahim,seorang bekas tentera laut diraja malaysia.Ayahanda saya ni orang nya pandai memasak,kalau dia dkt dapur,tak perlu kita org nak masuk campur sebab dia tak suka kita adik beradik ni kacau dia masak...hehehehe..tapi yang pasti air tangan masakan dia tu memang sedap,berselera benar kalau dia masak,kita org yg makan...hahahaha..
Haa....sebab tu kot saya jugak pandai memasak,tapi tak lah pakar memasak sangat,kalau masak simple2 tu ok lah jugak..hehehe..,berbalik kepada resepi sambal goreng asam kuwini tadi,nak tahu bahan2 nya sila rujuk dkt bawah =)

BAHAN2NYA:
2 BIJI BUAH ASAM KUWINI(KUPAS KULIT NYA DAN POTONG)
SEDIKIT GARAM
2 SUDU GULA


BAHAN TUMBUK:
3 BIJI BWG MERAH
2 ULAS BWG PUTIH
IKAN BILIS
1 KIUB BELACAN
2 SUDU BESAR CILI BOH

CARA2NYA:
TUMIS BAHAN TUMBUK SAMPAI NAIK BAU,KEMUDIAN MASUKKAN BUAH ASAM KUWINI,GAUL SEBENTAR.SELEPAS ITU MASUKKAN GULA DAN SEDIKIT GARAM.MAKAN BERSAMA NASI PUTIH,NYUM2! >.<




0 comments:

Post a Comment