CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Saturday, February 26, 2011

:: ROTI JALA ( KUIH JALA ) & KARI AYAM ::


Salam Malam ...
Jangan hairan dan jangan rasa pelik pulak,ni lah versi roti jala SDP.Malam ni saya buat roti jala ni untuk makan malam ni bagi menggantikan nasi.Selalu nya roti jala ni warna kuning tapi saya tukarkan ke warna hijau,guna paste pandan.Waktu masakkan roti jala ni,bau harum semerbak,bukannya memuji diri sendiri tapi memang betul bau nya harum.Anak saya yang sulung,makan sampai 10 keping,haaa...jgn terkejut,sebenarnya saya buat kecik2 je,sebab tu lah agaknya bedal sampai 10keping...hehehe...Hubby pun piji sedap sangat2,alhamdulilah...lain kali nak buat lagi. =)
Bahan2 utk roti jala:
2 mangkuk tepung gandum
1 mangkuk santan cair
1/2 mangkuk susu cair
1 sudu teh garam
1 sudu besar paste pandan
1 biji telur
1 sudu besar minyak jagung
Blendkan semua bahan hingga sebati,panaskan non stick pan,sapu sedikit minyak dan tuangkan adunan roti ikut corak yang anda suka.kemudian lipat kan roti jala dah masak tadi atau gulungkan,ikutlah bentuk yang anda suka.
Bahan utk kari ayam:
1/2 ekor ayam(dipotong dan dibersih )
3 biji kentang dipotong 4 setiap sebiji
segenggam daun kari
rempah tumis
6 sudu besar serbuk kari daging( faiza )
2 sudu besar kerisik
1 mangkuk air
garam/gula
Bahan tumbuk:
4 biji bwg merah
4 ulas bwg putih
halia/lengkus/serai
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar cili kering blend
Tumis bahan tumbuk,daun kari dan rempah tumis hinggan naik bau dan sedikit kuning.kemudian masukkan serbuk kari yang dah dibancyh dgn air,kerisik.biar sampai pecah minyak,selepas itu masukkan ayam dan kentang,gaul sebati.kemudian masukkan air,biar mendidih dan sampai ayam dan kentang masak.last sekali masukkan garam dan gula,selamt mencuba...
>.<

0 comments:

Post a Comment