CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Tuesday, February 22, 2011

:: NASI LEMAK ALA KADAR ::

Menu ni saya masak utk makan tengahari semalam,
sebenarnya,tak tahu nak masak apa,fikir2...dapat lah idea nak buat nasi lemak.Walaupun nasi lemak ni tak cukup bahan tapi sedap jugak masuk dlm mulut ni...hehehehe...,timun takde pun takpe,hantam je lah labu!!sodap lah jugak,tak caye,cuba lah sendiri ye,bahan2 nye sila rujuk dkt bawah,seperti biasa.... =)

Bahan utk nasi:
3 mangkuk berasa wangi(basuh)
2 helai daun pandan ikatkan
1 batang serai dititik
6 keping halia yang telah dihiris
1pkt serbuk santan
sedikit garam

Semua bahan dicampur dan masukkan sukatan air utk beras tersebut,gaul2 dgn sudu dan masakkan nasi dlm periuk nasi.

Bahan utk ikan masin yu:
1 batang carrot dipotong memanjang
1 sudu serbuk kunyit
1kan masin yu dibasuh dan dipotong kecil2
garam/perasa
2 sudu cuka
1/2 biji bwg besar dipotong kecil2

Gorengkan ikan masin yu hingga garing,kemudian masukkan bwg besar,carrot dan serbuk kunyit.selepas itu masukkan pula cuka,garam dan perasa.


Bahan utk sambal:
6 biji bawang merah*
4 ulas bwg putih*
2 kiub belacan*
segenggam ikan bilis*
2-3 sudu besar cili boh*
1 biji bwg besar dihiris halus
2 sudu gula
sedikit garam

Bahan bertanda(* ) adalah bahan blend

Tumis bwg besar terlebih dahulu.selepas itu masukkan bahan blend.tumis hingga naik bau dan pecah minyak,masukkan garam,gula.siap dihidangkan,telur goreng buat telur mata...selamat mencuba >.<




0 comments:

Post a Comment