CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Sunday, March 27, 2011

:: GARLIC PRAWN FRIED & IKAN ASAM PEDAS NYONYA ::

Salam petang ahad semua...

Hari ni,saya masak special sikit sebab hubby balik dari KL hari ni...suka..suka...hehehehe...miss my hubby so much!Tak sabar rasa nya,flight dia pukul 2ptg sampai Kuching dalam pukul 3.30ptg.Mesti banyak ole2 dr KL buat saya dan anak2...hehehe...,yang paling penting hubby selamat sampai ke distinasi..amin2... =)


Bahan utk garlic prawn fried:

20 ekor udang kertas(buang kepala dan cuci bersih)
3 ulas bwg putih ditumbuk
1 inci halia ditumbuk
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar tepung gandum
sedikit garam

Gaul udang dgn semua bahan tadi,dan biar selama 15 minit,kemudian goreng dlm minyak hingga garing.

Bahan ikan asam pedas nyonya:

1 ekor ikan pisang(820gm)potong dan bersihkan..
3 helai daun limau purut
2 sudu besar pes asam jawa adabi
garam/gula

Bahan blend:

4 biji bwg merah
3 ulas bwg putih
4 biji cili padi
6 biji cili kering
2 batang serai
sedikit halia/lengkuas

Tumis bahan blend dan daun limau purut hingga naik bau,masukkan ikan dan gaul sebentar.selepas itu masukkan air,dan biar mendidih sebentar,selepas itu masukkan asam jawa,garam,gula,biar mendidih dan samapi kuah sedikit pekat.selamat mencuba.... >.<

Friday, March 25, 2011

:: SAMBAL TELUR MATA ::



Salam petang jumaat...
Diharap semuanya sihat,hari ni saya teringin nak makan sambal telur mata.Haaa...ni antara makanan kegemaran adik saya cik mirae,berselera makan kalau sambal telur ni ada depan mata,dapat tambah nasi 2 pinggan...hehehe,ok lah saya tak nak banyak celoteh dkt sini,sebab tak sihat,kena selsema,batuk.Kalau sapa2 yang sudi,boleh lah try resepi simple ni ye! =)


Bahan2:
3 biji telur
4 biji bwg merah ditumbuk
3 ulas bwg putih ditumbuk
2 biji cili kering ditumbuk
1 sudu besar cili boh
1 sudu besar gula
sedikit garam


Goreng terlebih dahulu telur tadi sebiji2,letakkan dlm pinggan.Tumis bahan tunbuk dan cili boh hingga naik bau dan selepas itu masukkan gula dan garam.biar sebentar,selepas itu tuangkan ke atas telur tadi. >.<

Thursday, March 24, 2011

:: BITTERBALLEN NASI ::



Salam malam semua...
Malam ni saya nak kongsi resepi yang saya dapat dari buku resepi ibuanda saya tapi telah saya derhaka kan bahan2nya...hehehehe,maksud saya saya ubah kebanyakkan bahannya...hehehehe....jahatnya aku!Takde lah,mana ada jahat pun,ubah ikut kreatifviti masing2 kan.tak salah kan?kan?.....jom lah layan bahan2 utk resepi malam ni...... =)


Bahan2nya:
2 mangkuk kecil nasi
2 sudu planta
3 ulas bwg merah dicincang
3 biji bwg merah dicincang
1 biji bwg besar dicincang
2 sudu sebuk lada putih
3 sudu kecil maggi secukup rasa
3 sudu tepung gandum
3 keping daging burger cincang halus
1/2 cawan cheese parut
1 1/2 cawan air
1 biji telur dipukul
japanese bread crumbs


Panaskan planta dan tumis bwg putih dan bwg merah hinggan naik bau,selepas itu masukkan bwg besar dan gaul lagi hingga sewdikit kekuningan.Masukkan pula tepung gandum dan kacau sehingga berketul-ketul,masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga licin.masukkan maggi secukup rasa,lada putih,nasi dan daging burger tadi,kacau lagi sehingga bergumpal,lepas itu masukkan cheese parut,gaul.Bentukkan menjadi bulat dan celupkan dlm telur kemudian gaulkan japanese bread crumbs,goreng dlm minyak sederhana byk sehingga berwarna kuning keemasan.Boleh makan bersama mayonis dan sos cili...selamat mencuba! >.<

Wednesday, March 23, 2011

:: KETIAW GORENG SOTONG & SOTONG MASAK KICAP ::




Salam Malam Semua....
Siang tadi saya masak sotong kicap untuk makan tengahari,dan malam ni pulak saya masak ketiaw goreng sotong untuk kita org makan malam.Hari ni makan sotong je lah....hehehehe...,hubby takde dirumah,so masak ala kadar je lah,kalau nak diikutkan malas nak masak,takde selera,anak2 pun mcm tu jugak,rindu dekat daddy dia org lah tu,mummy pun rindu daddy...hehehehe...,eeemmmm...,jom layan bahan2 utk resepi diatas! =)


Bahan sotong masak kicap:
850gm sotong(dibersihkan dan dipotong)
1 biji bwg besar(potong 4)
2 ulas bwg putih hiris halus
3 biji bwg merah hiris halus
1 inci halia hiris halus
2 biji cili hijau belah 2
1 biji kentang potong dadu
2 sudu sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair
garam/gula
1 sudu lada hitam kasar


Tumis bahan hiris hingga naik bau dan kekuningan,selepas itu masukkan kentang dan gaul rata.masukkan pula sotong,gaul lagi.selepas itu masukkan sos tiram,kicap pekat,kicap cair,lada hitam dan gaul rata.kemudian masukkan pula bwg besar dan cili hijau tadi,biar mendidih dan kuah nampak pekat sedikit,last sekali masukkan garam dan gula.


Bahan ketiaw goreng sotong:
20 gm sotong(dibersih dan dipotong)

4 batang sayur sawi dipotong
1 biji kentang(potong dadu dan digoreng toskan)
2 biji telur ayam
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar kicap cair
garam secukup rasa


Bahan tumbuk:
3 biji bwg merah
2 ulas bwg putih
1 sudu besar cili boh


Tumis bahan tumbuk hingga naik bau,masukkan sotong dan gaul sebentar.kemudian masukkan kentang yg dah didoreng tadi,pecah telur dah hancur2kan.Masukkan pula kentang,sos tiram,sos cili,kicap pekat,kicap manis,garam.gaul semua bahn rata2,last sekali masukkan ketiaw dan gaul sebati. >.<

:: DONUT LEMBUT ::



Salam semua....
Dah 3 hari tak berblog,kalau ikut seminggu rehat berblog ni,tapi tak tahan nak uploadkan pic masakan saya.Last2 saya ambil gambar guna handphone,sebab tu lah pic nya tak cantik sangat.Tapi takpe,janji nampak lah jugak gambar yang saya ambil tu.Petang kemarin saya ada buat donat,macam biasa saya kan tersangat suka makan donat ni..so petang kemarin terasa nak makan donat lah,so buat lah dlm 16 biji gitu.Sebelum ni saya dah pernah masukkan resepi donat dlm ni,tapi kali ni saya akan masukkan lagi sebab mungkin sukatan ada yang tak sama seperti sebelumnya...jom layan sekejap!!....... =)

Bahan2:
3 mangkuk kecil tepung gandum
2 sudu besar planta
2 sudu besar shortening vegetable
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
6 gm yis
1 sudu kecil b.powder
1 mangkuk kecil air suam2 kuku
gula halus/dulce de leche(untuk mengaul donut bila dah digoreng)

Gaulkan semua bahan kecuali gula halus dan dulce de leche.Lepas itu tekan kan doh dgn acuan donat dan biar kan selama 1 jam,tunggu doh kembang.Bila dah kembang bolehlah digoreng,siap digoreng boleh gaul dgn gula halus ataupun dgn dulce de leche.Dulce de leche ni saya pernah masukkan resepi nya dkt blog saya ni,boleh rujuk bila2 masa. >.<

Sunday, March 20, 2011

:: REHAT SEBENTAR...... ::

Salam semua....
Buat sementara waktu ni,SDP nak berehat dari berblog atas sebab2 camera takde untuk ambil gambar lauk pauk yang saya masak....huhuhuhu...
Hubby bawak pergi Taiping Perak,buah hati saya tu pergi ke Taiping sebab ada urusan kerja selama seminggu.Baru sekejap tadi saya call dia,tanya dah makan belum...huhuhu,rindu lah,bila dia tkde dkt rumah sunyi lah pulak.Ok lah setakat ni je,see u all next week...... >.<

Friday, March 18, 2011

:: SAYAP AYAM GORENG REMPAH BARIANI ::



Salam petang jumaat...
Untuk menu tengahari ni saya masak ayam goreng rempah bariani.Bahan untuk resepi ni tak banyak dan tak memeningkan kepala.Tak percaya ke??betul ni??tak caya takpe...tengok sendiri,jom layan!! =)

Bahan2nya:
9 sayap ayam
garam
1 pkt kecil serbuk rempah bariani(faiza)

Gaul kesemua bahan dan biar selama 1jam.Selepas itu bolehlah digoreng hingga garing,makan bersama nasi putih atau nasi bariani ataupun nasi yang sewaktu dgn nya.Sekarang dah percaya kan??....... ( > .<)

Thursday, March 17, 2011

:: SARDIN DI KARIKAN & TELUR DADAR MASAK KICAP ::




Salam 11:25mlm.....
Aku lagi2 lewat masukkan n3,menu utk lunch..malam baru dapat masukkan.Hari2 lewat,hheemm.....kalau lah aku kerja makan gaji,memang dah lama kena pecat,mana tak nya hari2 lewat...hehehehe...,nasib baik lah tak.Oleh kerana dah lewat,mata dah mengantuk pun ni,aku nak cepatkan lah bahan2 utk 2 resepi diatas,tak payah cerita panjang2 k..jom layan! =)


Bahan sardin di karikan:
1 tin besar sardin dlm tomato sos
1 biji bwg besar dihiris
2 biji bwg merah(tumbukkan)
2 ulas bwg putih(tumbukkan)
2 sudu besar serbuk kari daging
garam


Tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan masukkan pula bwg besar dan gaul sebentar.masukkan pula serbuk kari tadi dan kacau lagi,last sekali masukkan sardin,garam dan sedikit air.biar mendidih dan boleh dihidangkan.


Bahan telur dadar masak kicap:
5 biji telur ayam(pukul dan buat telur dada,kemudian hiris halus atau ikut suka anda)
1 biji bawang besar dihiris halus
2 biji cili padi hiris halus
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat manis
sedikit garam


Tumiskan cili padi dan bwg besar tadi hinggan naik bau,dan masukkan pula telur yang dah siap dipotong tadi.selepas itu masukkan sos tiram dan kicap pekat,gaul rata2.last sekali masukkan garam.siap dihidangkan..... >.<

Wednesday, March 16, 2011

:: MEE CINA VERSI MAGGI ::


Salam Malam...


Adik saya tadi(Asna),dia masak maggi mee perisa sup ayam,tapi dia buat macam mee kampua.Masa saya nak masukkan n3 ni,saya tanya dia,nak bagi nama apa resepi ni,dia kata mee cina.Memang pun nama asal ibuanda kita bagi mee cina pun.Saya,kalau beli maggi sup ayam ni,jarang nak masak seperti yang selalu kita buat,selalu nya saya buat yang macam ni lah,mee cina,sedap sangat2,ada kelainan dari biasa2 kita buat.Kadang2 kita boleh ubah ikut kreatifviti masing2 kan...jom layan!! =)



Bahan2nya:
1 bungkus maggi mee sup(ayam)
1 biji telur
2 biji bwg merah(buat bwg goreng)
air/lada/minyak
daun sup hiris halus(optional)



Goreng terlebih dahulu bwg merah supaya menjadi bwg goreng.Ambil dlm 2 sudu minyak lepas menggoreng bwg tadi dan masukkan kedlm pinggan,selepas itu masukkan sedikit bwg goreng tadi dan sedikit perencah ayam manggi tadi,kalau ada daun sup masukkan juga.rebus mee tadi hingga masak,toskan dan masukkan kedlm pinggan yang berisi minyak tadi,gaul semuanya sampai sebati.Air lepas rebusan mee tadi,diambil 1 mangkuk kecil utk dijadikan sup,dan campurkan lada,juga perencah maggi tadi.Gorengkan telur mata dan letak diatas mee tadi,makan bersama dgn sup dan sos cili. >.<

:: AYAM MASAK SEMO.....RESEPI ULANG TAYANG ::


Salam petang rabu.....
Time macam ni,cuaca redup je,kalau duduk dekat luar rumah,tengok kanak2 bermain kejar2 riuh betul suasana.Eeemmm...sebenarnya bukan nak cerita pasal tu,ayat yang diatas tu cuma untuk pembukaan kata,saya ni dah hilang idea....hehehehe...,pagi tadi kan,saya ada masukkan n3 tentang nasi lemak untuk kita org breakfast,nak dijadikan cerita,oleh kerana dah kenyang so saya masak 1 menu je utk lunch hari ni,itupun saya dah pernah masukkan resepi ni dulu.Apa-apa pun saya akan masukkan sekali lagi bahan2nya dibawah..... (* .*)
Bahan2:
10 sayap ayam(dipotong 2)digaul dgn kunyit dan garam,goreng hinggan garing,toskan..
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap pekat manis
sedikit air/garam
2 sudu besar serbuk kunyit
Bahan hiris:
2 biji cili merah
2 ulas bwg putih
1 inci halia
1 labu bwg besar(potong 4)
1 biji cili merah hiris memanjang buang bijinya
Tumis semua bahan hiris dalam minyak lepas manggoreng ayam tadi,biar sampai kekuningan sedikit dan anik baunya.Selepas itu masukkan sos tiram,kicap pekat manis,gaul sebati dan masukkan ayam yang dah digoreng tadi.Kemudian masukkan sedikit air dan biar mendidih,last sekali masukkan sedikit garam.Siap untuk dihidangkan... =)

:: NASI LEMAK...HUBBY BELI ::


Salam Morning.....
Pagi ni,hubby beli nasi lemak dekat RCBM untuk kita orang breakfast.Lepas hantar kakak ke sekolah pagi tadi,hubby singgah sekejap beli nasi lemak ni,selain nasi lemak ada karipap dan kuih sikit,cukup2 utk kita org makan.Time cuti sekolah ni,budak2 lain bercuti cuma yang akan menduduki UPSR tahun ni yang perlu ke sekolah tambahan,sebab tu anak saya,kakak ke sekolah time cuti ni.Sambung balik cerita nasi lemak ni,dah lama jugak tak makan nasi lemak ni,sebab bila nak beli,selalu warung kakak yang jual nasi lemak ni tak bukak,kebetulan hari ni adalah pulak,alhamdulilah...harga macam biasa rm1.50,kalau dah harga rm1.5o tu,faham2 je lah isi kandungnya,timun,kacang,telur rebus,sambal.Tapi kalau harga rm3.5o,ada campur ayam,memang sedap nasi lemak ni,lebih2 lagi dibungkus dgn daun pisang...nyum2!!Thanks Dear coz beli buat sarapan pagi ni.... =)

:: PERCUBAAN MEMBUAT KEK AISING TAPI TAK CANTIK...HUHUHU.. ::


Salam malam semua...
Huhuhuhuhuhu......jangan ketawa kalau tengok kek aising yang paling hodoh dekat dunia ni,hehehe...ini adalah percubaan pertama nak buat kek birthday,takde sapa pun yang birthday,saja je buat untuk suka2.Tak sangka lah pulak kek aising yang aku buat ni hodoh benar rupanya.Hahahahaha...aku nak gelak besar,walaupun hodoh tapi aku nak letak jugak dalam n3 aku ni,bukannya apa pun,hodoh2 pun aku bangga dengan diri aku sebab sekurang-kurang nya aku dapat jugak buat kek aising,kau ada tak cik mirae(adik ku),hahahaha...aku cakap macam ni sebab bila kau tengok kek aku ni,mesti kau gelak besar kan....kan...kan??Alah..tak kisah pun,walaupun tak cantik tapi dari juri2 yang memakan kan kek aising yang aku buat ni,rata2 mengatakan aisingnya sedap lah!!Wah!!bangga nya aku,tak cantik takpe yang penting rasanya sedap,kek nya pulak aku guna pandan flavour.Aku tak masukkan resepi nya sebab aku rasa,kerana ketidak cantikkan kek ku ini,jadi tak payah lah nak letak resepinya,aku masukkan n3 ni cuma nak kongsi cerita,hasil kerja pertama kali buat kek aising...hahahahaha...,kesian betul rupa kek tu...huhuhuhu!!Ok lah,cukuplah setakat ni,bagi sapa2 yang nak gelak,kau org gelak lah,aku tak kisah pun sebab aku pun gelak jugak tengok kek aising ni...hahahahaha...gudnite! =)

Tuesday, March 15, 2011

:: SAMBAL GORENG SOTONG KERING & SOSEJ BERKUAH KICAP ::


Salam petang selasa....
N3 ni nak masukkan 2 menu yang saya masak utk makan tengahari ni.Macam biasa,resepi yang simple je,hari2 simple tapi jangan bosan pulak ye dgn n3 hari ni.Saya ni bukannya tukang masak yang profesional,biasa2 je so masak pun yang biasa2 jugak,cuma saya nak kongsi kan apa yang saya pandai masak,saya sajikan dlm blog SDP ni.Harap-harap dapat jadi panduan utk diri saya sendiri dan untuk wanita2,isteri2,kakak2,adik2 dan yang bakal jadi isteri.Jadi kalau nak belajar memasak,kita mulakan dengan masakan yang simple2 dahulu,barulah ke masakan yang hebat2,betul tak?Jom layan!!! =)

Bahan sambal goreng sotong kering:
3 keping sotong kering(rendam dgn air panas selama 4jam/potong)
1 labu bawang besar dihiris halus
1 sudu kecil bijan
2 sudu besar kacang tumbuk
1 sudu gula
1 sudu kecil garam

Bahan tumbuk:
3 biji bwg merah
2 ulas bwg putih
sedikit belacan
2 sudu besar cili boh

Goreng bijan terlebih dahulu,kemudian masukkan terus bahan tumbuk dan tumis hingga naik bau.Kemudian masukkan bwg besar dan gaul rata,selepas itu masukkan sotong dan gaul lagi.last sekali masukkan gula,garam dan kacang tumbuk.Boleh dihidangkan..nyum2!


Bahan sosej berkuah kicap:
5 batang sosej(potong halus2)
1 biji bawang merah hiris
1 ulas bwg putih diketuk dicincang halus
1 biji bwg besar dihiris halus
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat manis
1 mangkuk kecil air
garam/lada hitam

Gorengkan sosej hingga garing,selepas itu masukkan bwg merah,bwg ptih dan bwg besar,kacau2.masukkan pula soa tiram,kicap,gaul.last sekali masukkan garam,lada hitam dan air,biar mendidh dan boleh dihidangkan. >.<

Monday, March 14, 2011

:: UMAI TELUR PADI/SUP AYAM TELUR & TIMUN MASAK SOS ::




Salam Monday Afternoon.....
Hari ni masak apa ye??Mesti masak yang sedap2 kan?Ataupun bagi yang ibu2,isteri2 yang sibuk berkerja,masak makanan simple,macam yang saya masak malam tadi,makanan dlm tin,hehehe..takpe lah kan,sekali sekala..nak lebih cepat beli je lauk tunjuk,nak kari ayam 2 ketul,sayur rm2...tapau lah tu!hehehehe...,ok lah,n3 hari ni saya masukkan 3 menu simple yang saya masak untuk makan tengahari ni,kalau sudi boleh cuba,kalau tak pun sudi2kan lah ye... =)
Bahan untuk umai telur padi:
2 biji telur padi(kupas kulitnya,basuh dan potong)
2 ulas bwg putih hiris halus
2 biji bwg merah hiris halus
1 biji cili merah hiris halus
1 biji cili hijau hiris halus
2 biji limau kasturi(belah 2 dan ambil jusnya/kulit limau jgn dibuang hiris halus)
sedikit halia hiris halus
2 sudu besar kicap pekat manis
Taburkan semua bahan hiris ke atas telur padi yang dah dipotong tadi,perahkan jus limau keatasnya dan tuangkan kicap.simple dan sedap!
Bahan utk sup ayam telur:
7 sayap ayam(dipotong 2 atau 4)
2 biji kentang(dipotong 4 atau 6)
serbuk lada hitam kasar
garam/perasa secukup rasa
2 sudu tepung jagung(bancuh dgn sedikit air)
2 mangkuk air
1 biji telur dipukul
rempah 4 sekawan(kulit kayu manis/bunga lawang/bunga cengkih/buah pelaga)
Bahan tumbuk:
3 biji bwg merah
2 ulas bwg putih
1 inci halia
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu ketumbar
Tumis bahan tumbuk dan rempah 4 sekawan hingga naik bau dan kekuningan.Selepas itu masukkan ayam dan kentang,gaul rata.kemudian masukkan air,biar mendidih dan sampai ayam dan kentang masak.selepas itu masukkan garam/lada hitam,last sekali masukkan tepung jagung.bila kuah dah nampak barulah masukkan telur yang dah dipukul tadi,gaul2kan.siap dihidangkan...
Bahan utk timun masak sos:
1 biji timun(kupas kulitnya dan potong bulat2)
1 biji bwg merah dihiris halus
1 biji bwg putih dihiris halus
cili merah dihiris halus
sedikit ikan bilis
3 sudu besar sos cili
garam/sedikit air
Tumis bahan hiris dan ikan bilis hingga naik bau dan kekuningan dan masukkan timun,gaul sebentar.Maukkan sos cili,garam dan sedikit air,biar mendidih dan boleh dihidangkan.

:: KERANG PANGGANG DLM TIN GORENG TELUR......SEMPAT SHOPPING JUGAK!! ::

Kerang dlm tin,menu aku malam ni,hehehe..jgn menyesal ye!!

aisya(anak),asna(adik),amira(adik)
Nak masukkan n3 last utk malm ni,lepas ni nak masuk tidur,mengantuk betul dah mata aku ni.Tadi lepas jalan2 cari makan,kita orang sempat jugak pergi shopping.Adalah dapat 3,4 barang,seronok shopping dgn anak2 dan adik2 ni,lama jugak dah jalan2 dengan adik2 macam hari ni,maklumlah busy dgn diri masing2 kan.Ok lah,nak tidur lah,ngantuk ni,salam malam semua,gud night!!sweet dream...oh ya utk kerang tu cuma 1 tin kerang panggang dlm tin,1 biji telur,1 biji bwg besar dihiris halus,tumis bwg,pecahkan telur dan masukkan 1 tin kerang panggang..... =)

Sunday, March 13, 2011

:: JALAN-JALAN CARI MAKAN ::

mee belacan sarawak
(rm3.50)
rojak buah(rm5.00)



umai jelly fish(rm5.00)


rojak sotong kangkong( rm5.00)
Salam 12.00malam...
Saya nak kongsi cerita,siang tadi kita jalan2 cari makan.Lama betul dah tak makan dekat swee kang,teringin lah pulak.So,saya dan hubby petang tadi bawak anak2 dan adik2 pergi makan rojak sotong,rojak buah,umai jelly fish,mee belacan,white lady dan ais jagung.Sedap betul kalau time panas2 macam ni,makan ais jagung dan white lady,yang lain tadi saya sempat ambik gambar,white lady dan ais jagung je yang saya tak sempat ambik gambar sebab terlupa nak ambik,haus sangat u...hehehehe....tapi takpe,next time kalau pergi lagi minum petang dkt swee kang,saya akan cuba ambik pic nya ya!




:: PISANG GORENG/SUP KENTANG/GRIMY BURGER ::


pisang goreng ni saya buat untuk sarapan pagi tadi....


sup kentang utk makan tengahari tadi,lauk sampingan..ikan masin kering dan telur masin

burger untuk makan malam
Salam malam semua...
Kemarin saya tak berblogger sebab saya cuti masak.Bawa anak2 makan dekat luar lepas tu petang sikit pergi rumah parents.Kakak call,dia kata ada buat pau kari dan ibuanda kita orang ada buat donat susu,so singgah lah sekejap,lagipun nak ambik adik yang no3(cik mirae)nak tidur 2 malam dkt rumah saya,lagipun sabtu,ahad dia tak kerja,adik yang no5 pun ada sama(cik asna),dia dah 4 malam dekat rumah saya,yang ni pulak tengah tunggu keputusan spm keluar,agaknya hari isnin ni keluar kot keputusan spm.Harap2 dapat keputusan yang baik,insyaallah...nak cita pasal menu hari ini,saya masukkan n3 hari ni sekali gus,dari sarapan pagi ke menu tersangat simple(lunch) dan 1 menu yang adik2 serta anak saya buat utk makan malam ni grimy burger.Saya bagi nama grimy burger sebab kalau awak semua tengok pic burger dkt atas tu,burger ni nampak comot je,so bagi lah nama grimy burger.Comot2 tapi sedap tau,saya bagi 2 1/2 bintang dari 5 bintang ok lah tu!!Sekurang-kurangnya kita hargai hasil kerja tukang masak yang baru nak belajar masak ni...hehehe,teruskan usaha adik2 ku!Jom layan!!! =)
Bahan2 utk pisang goreng:
2o biji pisang kepok
2 mangkuk tepung gandum
4 sudu minyak masak
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
air
Gaulkan semua bahan sampai sebati kecuali pisang.lepas itu barulah masukkan pisang dlm adunan tepung,kemudian bolehlah digoreng dlm minyak panas.goreng sampai pisang garing dan masak.boleh dihidangkan..
Bahan utk sup kentang:
3 biji kentang(kupas kulit dan potong 6)
1 mangkuk kecil suun
lada hitam/garam/air
Bahan tumbuk:
3 biji bwg merah
2 ulas bwg putih
sedikit halia
sedikit ikan bilis
Tumis bahan tumbuk hingga kekuningan dan naik bau,masukkan kentang gaul sekejap dan masukkan air.Biar mendidih dan masukkan lada hitam dan garam.bila nampak kentang dah masak,bolehlah masukkan suun.tutup api,dan hidangkan..
Bahan utk burger:
10 biji roti burger(belah 2 jgn putus dan sapukan dgn planta,panaskan ats plat burger sampai kekuningan sedikit)
1 biji timun(potong nipis)
2 biji tomato(potong nipis)
1o biji daging burger
10 biji telur
lada hitam/garam halus
sos cili/sos tomato/mayonis
5 keping cheese slice
cara2nya,seperti burger2 yang biasa kita kita buat,isikan sahaja bahan2 yang dah sedia ada,dan boleh dimakan.daging burger jgn lupa dimasak ok,saya nak cepat ni,aisya dah menanggis...bye!


Thursday, March 10, 2011

:: MEE GORENG ( CINTAN ) ::



Salam malam sekali lagi...
Jam dah lewat,so saya cepatkan n3 last untuk malam ni,esok kalau unur panjang adalah saya masukkan n3 yang lain pulak ok.Malam ni kita orang menjamu selera dengan mee cintan kosong,tapi telah dijadikan mee goreng.Mee ni adik saya yang tolong gorengkan,untuk bahan2 mee goreng ni,jom kita layan bahan2 nya dibawah... =)

Bahan2:
1 pkt mee kosong(cintan)6pcs
1 biji bawang besar dicincang halus
1 mangkuk kubis yang dihiris halus
1 sudu besar cili boh
2 sudu besar cili sos
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap pekat
garam secukup rasa
3 biji telur
daun bawang utk hiasan
ayam kicap balance lunch hari ni
1 biji tomato dihiris


Tumis bawang besar dan cili boh hingga naik bau,kemudian pecahkan telur tadi dan hancurkan.selepas itu masukkan sos tiram,kicap,sos cili,garam,gaul sebati.kemudian masukkan kubis dan tomato juga ayam.last sekali masukkan mee cintan tadi yang dah siap direbus dan ditoskan.Gaul sebati semua bahan,bila dah cukup semua rasa,boleh dihidangkan dan hias dgn dau bawang. >.<

:: DONUT GEBU ::



Salam malam semua...
Siang tadi ada lah ternampak blog adik yang bongsu(Beautiful Green),masukkan n3 gambar donut yang ibuanda kita buat.So,saya kan pantang kalau tengok donat ni,favourite saya,lebih2 lagi donut yang ibuanda kita org buat.Petang tadi saya dengan pembantu saya yang baru nak berjinak2 dalam dunia masakan..cik asna(adik no5),memulakan operasi membuat donat.Tugas saya sediakan bahan dan campurkan semua bahan,manakala tugas adik saya pulak menguli doh menjadi donut.Haa...kerjasama yang sangat baik,sebab apa?Bila donut dah siap digoreng dan digaul dgn gula,apalagi kita org makan lah,eemmm...sedap,lembut dan berbaloi2..nyum2!Untung nya kalau ada assistant ni,keja jadi senang lah sikit...hehehe... =)
Bahan2:
400gm tepung gandum
20gm butter
2 sudu besar shortening vegetable
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
9gm yis
1 sudu kecil b.powder
air suam
gula halus
Gaul kan semua bahan dan masukkan air sedikit demi sedikit,bila doh dah tak melekat di tangan,biarkan doh seketika.kemudian uli doh,dan tekan dgn acuan donat.biar selama 40 minit,bila dah kembang,goreng donat sehingga kekuningan,kecoklatan.Toskan,dan biar sekejap dan kemudian gaulkan dgn gula.saya dapat dalam 22 biji,selamat mencuba...nyum2! >.<

:: CHICKEN BUTTER SOY SAUCE & LABU TUMIS BELACAN BERSAMA KCG PANJANG ::


Salam Thursday Afternoon...
Eeemmm....tengah buat apa tu??Saya tengah ada masa terluang ni,sebab tu nak masukkan n3 ni cepat2 sebelum si kecil Aisya terjaga dari tidur.Untuk lunch hari ni,saya sediakan 2 menu sederhana,kalau saya kata simple,nanti kau org kata2 hari2 SDP ni masak simple,walaupun hakikat nya sederhana dan simple tu sama ertinya,iaitu,yakni sama maksudnya....hehehehe....gila2 tak ayat aku,hahaha..ketawa lah,cpt2..hahahaha...ehem2..apa pulak kau org kata mereng ke aku hari ni,hehehe..takde lah,saja nak ceriakan suasana.Ok lah,nak tahu bahan2 utk resepi diatas,sila rujuk dekat bawah...hope sudi2 lah mencuba dan kalau view tu,mintak2 komen lah sikit ye..terima kasih,sila datang lagi... =)



Bahan chicken butter soy sauce:
8 sayap ayam(dipotong 4 atau 2)
3 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar lada hitam kasar
5 sudu besar butter
garam/air


Bahan tumbuk:
4 biji bwg merah
3 ulas bwg putih
1 inci halia
1 batang serai(dititik)


Panaskan butter dlm periuk sampai cair,kemudian masukkan serai dan bahan tumbuk,tumis hingga kekuningan.selepas itu masukkan lada hitam kasar,gaul sebentar.masukkan pula ayam tadi dan gaul sebati,biar seketika dan masukkan sos tiram,kicap,kacau rata2.masukkan air dan biar mendidih,dah nampak kuah agak2 pekat sedikit barulah dimasukkan garam.



Bahan utk labu tumis belacan bersama kcg pjg:
300gm labu kuning(kupas kulit,potong dan bersihkan)
5 batang kcg panjang(hiris memanjang atau ikut suka)
sedikit belacan dihancurkan
2 biji bwg merah(dihiris halus)
2 ulas bwg putih(dihiris halus)
1 biji cili merah(dihiris)
sedikit ikan bilis
garam secukup rasa/sedikit air


Tumis bahan hiris,ikan bilis dan belacan sampai naik bau.masukkan kacang panjang dan labu,gaul.selepas itu masukkan air,biar sampai labu masak,last sekali masukkan garam secukup rasa anda.. >.<




:: DULCE DE LECHE(VERSI REBUS) & ROTI CANAI SEGERA+KARI YEOS DLM TIN...HAHAHAHA ::

roti canai segera dan kari ayam yeos dlm tin....hehehe...
haaa...jgn menyesal!!.....


Dulce de leche..(versi rebus),nyum2!.............

Salam pagi khamis....
Walaupun saya lambat masukkan n3,tapi saya tetap masukkan jugak,yang penting kongsi cerita dan resepi.Tapi pagi ni,saya nak kongsi satu resepi yang mudah,kau duduk je sambil baca novel ke,majalah ke,atau sewaktu dgn nya pun dah boleh buat resepi ni.Resepi yang saya maksudkan ialah DULCE DE LECHE,sebenarnya nak buat ni ada kisah disebaliknya,nak kongsi cecerita,cecerita lah ni.Petang kemarin,saya buat dulce de leche ni selama 3 jam,dari 3:20ptg-6:20ptg..cun2 3 jam(bak kata org sarawak,cun2)mksdnya tepat2 3 jam,gas dapur saya habis,hahahaha...apalagi,macam iklan dalam tv tu,nasib baik ada Halim,tapi dalam kes saya ni Halim yang saya maksudkan bukannya penghantar gas sebenar tapi my hubby yang jadi Halim,hehehe....Kebetulan nak pergi hantar anak tuisyen,so saya suruh dia bawak sekali tong gas yang dah habis tu dan beli yang ada isian baru,hari dah nak malam,khidmat penghantaran gas dah tutup,kenalah angkat sendiri,thanks Dear!Berbalik pada resepi tadi,sekejap lagi saya taipkan,cecerita tentang menu makan malam pulak,saya saja je nak kongsi tapi takde resepinya ye,sebab semuanya segera,hehehe..,mana tak nya,tunggu tong gas sampai ke rumah 9:30mlm,dah lewat sangat2,so masak makanan segera tak ambik masa yang lama kan?adalah dlm 10 keping roti canai saya canaikan dari peti ais dan 1 tin besar kari ayam yeos yang saya tumiskan dahulu dgn bwg merah dan bwg putih,alhamdulilah..kenyang!Ok lah,jom layan bahan utk buat dulce de leche.... =)


Bahan2:
1 tin susu pekat manis
periuk
air
Buang pembalut tin susu pekat manis,masukkan tin dlm periuk dan isi dengan air.pastikkan tin susu tenggelam di dlm air,sentiasa isi kan air dlm periuk jika kurang airnya.rebus selama 3 jam atau lebih...selamat mencuba!oh ya,terlupa pulak,pastikan susu yang diguna susu pekat manis bukan susu krimer manis,sebab takut nanti hasil nya tak sama..berhati-hati dgn pemilihan susu,takut tersalah beli ye puan2.Satu lagi,saya dapat resepi ni dari blog Teratak Impian(versi kukus)thanks utk resepinya.Sebenarnya nak buat dulce de leche ni ada 3 versi,setahu saya lah,kukus,microwave dan rebus,boleh try antara 3 versi tu ye,kalau lama lagi kukus,rebus or microwave kan hasil warna nya lebih gelap. >.<

Wednesday, March 9, 2011

:: SOTONG KEMBANG MASAK KICAP & SAMBAL GORENG TEMPE ::






Salam petang rabu semua...
N3 hari ni,saya masukkan 2 menu untuk makan tengahari kita orang.................................................................saya takde idea ni,boring nye!!Eeemm......................tiba2,kosong takde idea nak tulis apa,tulis..tulis...takpe lah kita teruskan ke 2 resepi untuk saat ini,detik ini...jom tengok,jom lihat,jom nangga...hehehe.. =)


Sotong kembang masak
kicap
Bahan2:
1 ekor sotong kembang(dihiris ikut saiz yang anda suka)
1 biji kentang(potong 6)
4 biji cili kering
4 ulas bwg putih(diketuk dan cincang halus)
1 biji bawang besar(dihiris halus)
1 sudu besar tepung jagung(dibancuh dgn air)
3 sudu besar kicap pekat manis
3 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
sedikit lada hitam


Goreng cili kering dlm minyak sampai garing sedikit(cili kering biar sebiji2 jgn dipotong),kemudian masukkan bwg putih dan bawang besar hingga naik bau.Selepas itu masukkan sotong dan kentang,gaul sebentar.masukkan sos tiram,kicap,lada hitam dan biar mendidih.last sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan sedikit garam.
Bahan sambal goreng tempe:
1 pkt tempe(dipotong ikut suka)
1 biji bwg besar(dihiris halus)
1 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos cili life
1 mangkuk ikan bilis
garam/ajinomoto secukup rasa anda

Goreng tempe yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam,angkat dan toskan.selepas itu tumiskan ikan bilis dan bwg besar hinggan naik bau,masukkan cili boh gaul lagi sebentar,masukkan sos cili,gaul lagi.last sekali masukkan tempe dan sedikit garam. >.<

:: BINGKA LABU ::







Salam awal pagi rabu(sesudah subuh)....
Bingka ni saya buat petang kemarin untuk minum petang,tapi macam biasalah,saya ni selalu je tak sempat nak nak masukkan n3,bila ada masa terluang sedikit tu,cepat2 lah upload kan.Resepi bingka ni saya dapat dari my resepi tapi telah di ubah suai sedikit untuk menepati citarasa saya.Berbaloi jugak sebab rasanya not bad!Sempat jugak saya hantarkan bingka ni ke rumah parents dan kakak sulung saya petang kemarin,lepas tu bawak adik yang no3 pergi shopping barang dapur sikit.Haa...cik mirae adik saya yang no3 ni,masih serumah dgn parents kita org,belum kahwin tapi dah ada yang punya..hehehe..dialah antara sudi komen dkt blog saya ni..hehehe,thanks mirae.So..kita tengok bahan2 utk bingka labu ni..layan!! =)



Bahan2nya:
450gm labu kuning(kupas kulitnya dan rebus hingga lembut)
3 sudu besar majerin
1 mangkuk gula kasar(size m)
5 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla
2 mangkuk tepung gandum
1 kotak(200ml)santan pekat(kara)
50ml air
1 sudu kecil garam



Labu yang dah siap direbus,ditoskam airnya dan dilecek halus ketika masih panas dan gaulkan dgn 3 sudu majerin tadi,tepikan.Blendkan telur,santan,gula,tepung,garam,air,esen vanilla,hingga sebati.Selepas itu masukkan dlm bekas labu tadi dan gaul semua bahan sebati.Tuangkan kedalam acuan/loyang dan bakar sampai masak. >.<




Tuesday, March 8, 2011

:: SELAMAT HARI WANITA ::


Selamat Hari Wanita Untuk Semua Wanita Diseluruh Dunia Yang Ke 100.Semoga Tabah Mengharungi Liku2 Kehidupan Setiap Hari......

Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta telah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang Maha Kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

:: AYAM MASAK CILI BERCARROT & UDANG GORENG BARIANI ::


Ayam cili ber-carrot ni,pedas..i likessss!!!


Udang 6 ekor yang tinggal...goreng je!


Salam petang selasa...
Pagi2 lagi saya dah keluar sebab ada urusan nak dibuat,tapi tak lama sekejap je.Pastu sampai rumah,saya mulakan aktiviti memasak.Mula dengan mencari lauk apa yang ada dlm peti sejuk.Haaa....dapat 1 dada ayam.dan ada tinggal 6 ekor udang.Heemmm...saya pun mula berfikir??(macam karangan budak
sekolah rendah lah..hehehe),lidah ni rasa nak makan pedas2 lah,kalau masak pedas2 pun hubby dan kakak ok je,dia org berdua boleh masuk pedas2 ni.So,no hal lah,jadi saya mulakan operasi memasak ayam cili ber-carrot(nama yg saya ubah sendiri),dan udang goreng bariani..nyum2!Sedap..dah makan tadi,puji sendiri ni,takpe lah sekali sekala kan,apa lah salah(utk menaikkan semangat),jom layan bahan2 nya,rujuk dkt bwh ye.... =)



Bahan utk ayam cili ber-carrot:
1 dada ayam(potong 8,gaul dgn tepung jagung+garam+serbuk kunyit dan goreng sampai masak,toskan)
1 biji carrot besar(parutkan)
2 biji cili merah(belah 2)
1 biji bawang besar(potong 4)
rempah tumis(bunga cengkih/bunga lawang/kayu manis/buah pelaga)


1 mangkuk air
garam/perasa/gula

Bahan blend:
3 biji cili merah
5 biji cili padi
8 biji cili kering
sedikit halia
4 biji cili merah
4 ulas bwg putih


Tumis bahan blend dan rempah tumis hinggan naik bau.selepas itu masukkan carrot,cili,bwg besar yang dh dihiris tadi,gaul.kemudian masukkan ayam yang dah siap digoreng tadi,gaul sebati.masukkan pula air,biar mendidih,last sekali masukkan sedikit gula,garam,dan perasa(ajinomoto).



Bahan udang goreng bariani:
6 ekor udang(dibersihkan)
sedikit garam/perasa
1 sudu besar serbuk rempah bariani(faiza)
1 sudu tepung jagung
2 sudu besar telur yang telah dipukul


Gaulkan kesemua bahan hingga sebati,biar dlm 10 minit,kemudian bolehlah digoreng hingga garing..selamat mencuba,nyum2! >.<




Monday, March 7, 2011

:: KARIPAP GIANT @ KARIPAP TELUR ::

tengok inti telur tu,nyum2!!menyelerakan.......


karipap giant @ karipap telur yang dah siap digoreng..

langkah2 utk membuat karipap giant @ karipap telur..



Salam malam semua...
Untuk n3 malam ni,saya nak sajikan karipap giant @ karipap telur.Resepi ni adalah resepi family,ni first time masukkan dalam n3.Nak tahu tak,2 biji karipap sudah mengenyangkan,mungkin saiz karipap yang besar dan dalam satu karipap inti satu biji telur.So,tak nak cerita banyak sebab mata dah mengantuk sangat2,kepenatan jugak,melayan kerenah si kecil aisya maira,kadang2 buat saya rasa geram,tapi bila lihat kecerdikannya..al-maklumlah,org baru nak belajar bercakapkan..time saya taip ni pun,mulut dia macam bertih jagung je,bercerita dengan daddy nya,apa yang dicakap pun kita org tak paham,bunyi pingu pun ada jugak...hahahaha..,ok lah,jom layan bahan2 utk karipap giant @ karipap telur.... =)

Bahan utk kulit karipap:
3 mangkuk tepung gandum
1 sudu besar mentega
1 sudu besar shortening vegetable
1 sudu kecil garam
1 mangkuk air suam2

Bahan inti:
7 biji telur ayam
lada sulah
maggi secukup rasa(optional)boleh guna

garam kalau takde
Gaul semua bahan kulit karipap sampai jadi doh,dan rehatkan dlm 30minit.Canaikan seperti gambar diatas,kemudian letakkan kedlm pinggan,pecahkan telur dlm bekas lain terlebih dahulu,barulah dimasukkan keatas doh yg telah dicanai tadi,taburkan garam dan serbuk lada hitam,lipatkan dan tekan dgn garfu.Angkat pelahan-lahan dan pastikan minyak didlm kuali sudah panas,dan minyak mesti banyak.Balik2 kan semasa menggoreng karipap tadi.Angkat bila dah pasti karipap atau telur didlm nya sudah masak,toskan dan hidangkan bersama sos cili(life),atau sos kegemaran anda...nyum2!.... >.<

:: SUP AYAM 7 REMPAH.....LAMA BETUL TAK MAKAN ULAM2 ::



Salam petang yang mendung2 gitu.....
Kalau aku cakap aku malas hari ni,kau orang percaya tak?Haaa...jawab2??Lah..tak tahu ke?takpe lah,nanti aku jawab sendiri ye.Hari ini aku tak malas,rajin sangat2,sebab apa?sebab hari ini hari rajin aku..hehehe.Mesti ada yang cakap,ada aku kesah,kau rajin ke tak?Kesah tak kesah,aku pun tak kesah..huhuhuhu....,hari ni kan,aku masak menu simple,simple lagi??yelah..memang favourite aku yang simple2 ni,senang nak masak dan tak perlu ambik masa lama2 kan?Antara menu untuk lunch hari ni,sup ayam 7 rempah,ulam pucuk...pucuk..pucuk??pucuk apa ye,aku lupa lah,aayoyoo!!mcm mana boleh lupa?hehehe..kau orang tengok lah gambar dkt atas tu,mana tau,ada yang tau pucuk daun apa kah itu?aku lupa ke..aku tak tahu nama daun pucuk yang aku ulam tu?sebenarnya aku tak tahu nama daun pucuk apa yang aku ulam...hahahaha...gila2.Malam tadi adalah tanya dkt ibuanda,tapi tak fokus pulak,haaii..dah tanya tapi tak fokus(nang gasak!!).Takpe lah kita sambung lagi,aku ulam dgn sambal belacan,eemmm..nyum2!lama betul tak makan ulam2 ni,memang berselera hubby dan anak2 tadi,sampai tambah nasi 2-3 pinggan,hehehe...lebih2 lagi ada telur masin rebus,apalagi berselera benar2 lah makan.Panjang pulak aku celoteh hari ni,happy kot...heheheh..jom layan!
=)

Bahan sup ayam 7 rempah:
6 pcs sayap ayam(potong 4 or 2 )
2 biji kentang (kupas kulit dan potong 4)
garam/perasa
1 sudu besar lada hitam kasar
1 mangkuk air
rempah tumis(kayu manis/bunga lawang/buah pelaga/bunga cengkih)


Bahan tumbuk:
4 biji bawang merah
4 ulas bwg putih
sebesar ibu jari halia
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar
Bahan hiasan:
daun sup/daun bwg hiris halus
bwg goreng


Tumis bahan tumbuk dan rempah tumis sampai kekuningan sedikit dan naik bau.Kemudian masukkan kentang dan ayam yang dah dibersihkan.Gaulkan sebati,selepas itu masukkan air.Biar seketika,sampai mendidih.Bila dah mendidih masukkan garam/perasa dan lada hitam.Biar sampai ayam dan kentang cukup masak.Barulah dihidangkan dan tabur dgn daun sup,daun bawang dan bwg goreng.


Sambal belacan:
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
2-3 biji cili padi
2 genggam ikan bilis
2 kiub belacan(dibakar terlebih dahulu)
sedikit sahaja gula


Tumbuk semua bahan sampai lumat.Untuk telur masin,semua orang dapat buat,rebus je...nyum2!Selamat Mencuba... >.<


Sunday, March 6, 2011

:: AYAM LULUN ::

Salam night sekali lagi..
Nak kongsi satu resepi ayam yang sangat mudah untuk disediakan iaitu ayam lulun,ayam lulun adalah resepi asal dari masyarakat iban di sarawak.Ayam tua yang dimasak didalam buluh antara masakan yang sangat digemari oleh semua masyarakat di sarawak,tak kira tua atau muda.Resepi yang sangat simple.Tapi kali ini saya tak masak dalam buluh,saya guna periuk je,maaf lah ye,kerana aku telah menderhakakan resepi asal nya.,sorry!Tetap sedap,tapi tak sesedap kalau di masak dalam buluh..jom layan! =)


Bahan tumbuk:
Halia
serai

Bahan lain:
1/2 ekor ayam(dipotong)
garam
ajinomoto
sedikit air


Rebus ayam dgn semua bahan dalam 1 jam didalam periuk,kalau lebihkan lagi jam nya,lebih lembut lah ayam itu.Sentiasa tambahkan air nya,kalau nampak macam kurang sedikit.selamat mencuba..nyum2! >.<



:: UBI KAYU REBUS(GULA) ::

Salam malam semua...
Kalau nak ikut good morning untuk n3 sarapan pagi ni,tapi oleh kerana kebusy-an saya hari ini,jadi saya tak sempat untuk masukkan n3 pagi tadi.Bukannya busy apa pun,biasalah kan kalau hari ahad macam ni,suami cuti..so keluar lah bawak anak2 pergi shooping complex,jalan2 cari makan dan singgah sekejap ke rumah atok dan nenek dia orang.Sembang2 dan sempat jugak saya masak untuk ayahanda,ibuanda dan adik2.Sambung menu utk sarapan pagi tadi,menu yang simple sangat2,ubi kayu rebus cecah dgn gula.Bila saya tanya hubby dan anak,nak cecah dgn sambal goreng atau gula,dia orang jawab GULA...haii..senang kerja aku,jom layan!!

Bahan2:
Ubi kayu( kupas kulitnya,bersihkan dan potong)
garam
gula

Rebus ubi kayu dan masukkan garam kedalam air rebusan.rebus sampai ubi kayu masak.lepas tu boleh lah makan bersama dgn gula.Senang sangat,budak sekolah rendah pun pandai buat...hehehe..betul lah tu. (* . *)

Saturday, March 5, 2011

:: MEE KOLOK BUMI KENYALANG ::

Salam Petang Sabtu Semua...
Macam mana hari ini,semua nya sihat kan?Alhamdulilah...saya dan family semuanya sihat2 belaka.Time ni,sunyi betul kawasan rumah saya,maybe jiran2 pergi ke rumah parents,bawak ank2 jumpa atok dgn nenek,ataupun ada yang tidur sebab nak balas dendam dari isnin sampai jumaat busy memanjang,so masa ni lah nak rehat2kan badan dan minda kan?betul lah tu...hehehe....Untuk menu makan tengahari ini saya nak kongsi resepi yang dekat sarawak je ada,yang famous kalau orang2 luar datang ke sarawak,mee kolok lah yang mesti nak try.Penyediaan nya mudah,senang dan tak memerlukan masa yang agak lama,so nak tahu bahan2 nya...jom layan,lepas makan zzzassss lah!!hehehehe.... =)


Bahan mee kolok:
6 keping mee kolok kering(direbus dlm air mendidih,toskan cuci dgn air sejuk dan rendam seketika lagi dlm air panas,tujuannya supaya mee tidak melekat)
3 sudu besar sos cili
4 sudu besar kicap pekat manis
daun sup dan daun bawang dihiris halus
1 sudu besar lada hitam
garam/ajinomoto secukup rasa
6 biji bawang merah dibuat bwg goreng
4 sudu minyak lepas menggoreng bwg tadi


Gaulkan mee dgn semua bahan diatas sampai mee betul2 sebati dgn semua bahan diatas.


Bahan utk sup:
350gm daging lembu
6 keping hirisan halia
1 btg serai diketuk
1 labu bwg besar dipotong 4
garam/perasa
lada hitam/air


Rebus semua bahan diatas sehingga daging masak dan lembut.Angkat daging,toskan dan hiris nipis2.Susunkan hirisan daging diatas mee seperti didalam gambar diatas.Hias dgn hirisan tomato dan hidang bersama sup dan boleh makan bersama sos cili.SELAMAT MENCUBA >.<


Friday, March 4, 2011

:: BLUEBERRY CHEESE/CHOCOLATE PASTRY PUFF ::



Salam Malam Semua...
Tak dapat nak celoteh lama2 ni,sebab mata dah mengantuk,jam pun dah menunjukkan 11.02mlm.Sebelum masuk tido,saya nak masukkan n3 terakhir untuk malam ni.Kalau umur saya panjang esok ada lagi lah n3,insyaallah...,lepas masukkan n3 ni,ada sikit lagi keja yang saya nak buat,iron baju..esok pagi2 dah nak ke sekolah anak sebab ada meeting,penat jugak lah rasa nya,ingatkan nak relak2 lah hari sabtu..sebab hari sabtu dan ahad adalah hari yang saya nanti2 kan,nak berehat sikit.Heemmm...apa boleh buat,terpaksa lah jugak.Tapi takpe,itu dugaan nama nya kan,haa...jom layan bahan2 utk blueberry cheese pastry puff dan chocholate pastry puff... =)

Bahan2 nya:
Kulit puff pastry (saya guna kawan brand )
Blueberry jam
chocolate jam
cream cheese gaul dgn gula aising
1 biji telur digaul dgm sedikit susu segar(utk sapu atas pastry sebelum dibakar)
sedikit gula aising utk hiasan


Ambil dlm 3 keping kulit pastry,kenudian masukkan inti cream cheese dan blueberry jam.,lipatkan dibahagian lapisan inti tadi disapu sedikit telur utk melekatkannya.Untuk puff chocolate,sama juga proses nya,ambil dlm 3 keping kulit pastry,masukkan inti chocolate,lipat 2 sapu dgn telur dipermukaan kulit pastry.Kemudian bolehlah dibakar sampai masak,setelah masak untuk chocolate puff tabur gula aising keatas puff.Saya dapat dalam 4pcs blueberry cheese puff dan 2 pcs chocolate puff.Kalau tak nak guna sampai 3 keping kulit pastry,boleh guna sekeping2 dan tekan dgn garfu,ikut citarasa masing2.Makan puff sambil tengok raja lawak dan minum dgn air coklat panas..nyum2! >.<