CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Monday, February 28, 2011

:: IKAN BAWAL PUTIH KUKUS TOMATO ::

Salam petang...
Dah lunch ke?Saya dah...hari ni makan ikan kukus.Ikan ni saya beli malam tadi dekat supermarket.Teringin pulak nak makan ikan bawal putih,selalu nya saya beli ikan bawal hitam,kita org sekeluarga lebih gemar bawal hitam berbanding bawal putih sebab isinya lebih sedap,lebih tebal,lebih manis.Tapi kali ni,saja je nak tukar selera,so beli lah bawal putih,not bad but bawal hitam tetap pilihan utama...hehehe..ikut selera masing2 lah ye!Ada 2 perbezaan antara ikan bawal hitam dan putih,bawal hitam lebih sesuai kalau digoreng,dibakar dan buat masak merah,kari,kicap,sweet n sour,mcm yg saya buat hari tu.Lain pulak kalau bawal putih,ia lebih sesuai dikukus,mungkin sebab isi nya yg nipis je so kukus je lah yg sesuai,tapi..tapi..kukus dlm pelbagai cara,ikut kreatifviti masing2..jom layan bahan2 utk ikan bawal putih kukus tomato... =)




Bahan2 nya:
2 ekor ikan bawal putih(550gm)bersihkan
4 biji limau kasturi( ambil jusnya )
1 batang serai dihiris halus
1 biji bwg besar dihiris halus
2 biji bwg merah hiris halus
1 biji cili merah potong dua buang biji nya
sebesar ibu jari halia dihiris halus2
1 helai daun limau purut hiris halus
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar soy sos seafood
1 sudu besar sos ikan
sedikit garam/ajinomoto
2 biji tomato dipotong 6
beberapa helai daun sup dihiris halus


Cara-caranya:

Ikan digaul dgn garam dan ajinomoto terlebih dahulu,letakkan dlm pengukus.selepas itu tabur kan semua bahan hiris atas ikan.perah kan jus limau,masukkan tomato,sos ikan,sos seafood,minyak bijan ke atas ikan.sedia utk dikukus,kukus dlm 15 minit.siap utk dimakan.selamat mencuba. >.<

Saturday, February 26, 2011

:: ROTI JALA ( KUIH JALA ) & KARI AYAM ::


Salam Malam ...
Jangan hairan dan jangan rasa pelik pulak,ni lah versi roti jala SDP.Malam ni saya buat roti jala ni untuk makan malam ni bagi menggantikan nasi.Selalu nya roti jala ni warna kuning tapi saya tukarkan ke warna hijau,guna paste pandan.Waktu masakkan roti jala ni,bau harum semerbak,bukannya memuji diri sendiri tapi memang betul bau nya harum.Anak saya yang sulung,makan sampai 10 keping,haaa...jgn terkejut,sebenarnya saya buat kecik2 je,sebab tu lah agaknya bedal sampai 10keping...hehehe...Hubby pun piji sedap sangat2,alhamdulilah...lain kali nak buat lagi. =)
Bahan2 utk roti jala:
2 mangkuk tepung gandum
1 mangkuk santan cair
1/2 mangkuk susu cair
1 sudu teh garam
1 sudu besar paste pandan
1 biji telur
1 sudu besar minyak jagung
Blendkan semua bahan hingga sebati,panaskan non stick pan,sapu sedikit minyak dan tuangkan adunan roti ikut corak yang anda suka.kemudian lipat kan roti jala dah masak tadi atau gulungkan,ikutlah bentuk yang anda suka.
Bahan utk kari ayam:
1/2 ekor ayam(dipotong dan dibersih )
3 biji kentang dipotong 4 setiap sebiji
segenggam daun kari
rempah tumis
6 sudu besar serbuk kari daging( faiza )
2 sudu besar kerisik
1 mangkuk air
garam/gula
Bahan tumbuk:
4 biji bwg merah
4 ulas bwg putih
halia/lengkus/serai
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar cili kering blend
Tumis bahan tumbuk,daun kari dan rempah tumis hinggan naik bau dan sedikit kuning.kemudian masukkan serbuk kari yang dah dibancyh dgn air,kerisik.biar sampai pecah minyak,selepas itu masukkan ayam dan kentang,gaul sebati.kemudian masukkan air,biar mendidih dan sampai ayam dan kentang masak.last sekali masukkan garam dan gula,selamt mencuba...
>.<

:: KETAM MASAK MERAH ::

Salam Afternoon..
Ni nak kongsi resepi ketam masak merah.Selalu nya lah saya kalau ada ketam,saya masak kicap dan masak merah.Kadang2 ada jugak sesetengah org ketam masak rendang,kari dan macam2 lagi versi ketam yg dapat dibuat.Tapi bagi saya lah,saya lebih gemar masak ketam kicap dan masak merah.Itu terpulang pada lidah masing2 lah ye.Berbalik pada resepi diatas jom kita layan..... =)

Bahan tumbuk:
3 biji bwg merah
3 ulas bwg putih
sebesar ibu jari halia
1 btg serai dititik
6 biji cili kering

Bahan2 lain:
2 helai daun limau purut
6 ekor ketam suri(dibersihkan dan dipotong)
3 sudu sos tomato
5 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
2 biji telur
1 sudu gula
garam
daun sup utk hiasan
sedikit air

Tumis bahan tumbuk dan dau limau purut hingga naik bau dan kekuningan.Kemudian pecah telur dan hancur2kan.Masukkan pula sos tomato,sos cili,sos tiram,gula,garam,gaul rata dan masukkan ketam,gaul lagi dan masukkan sedikit air.Biar sampai ketam masak dan kuah nampak pekat sikit.bolehlah diangkat dan sedap makan time masih panas2.selamat mencuba.... >.<



:: BUTTERMILK PANCAKE ::

Salam morning ...
Percubaan kali ke 2 untuk membuat pancake buat sarapan pagi ini.Kali ini saya buat buttermilk pancake....hehehee...menjadi dan adalah nampak cantik sikit dari sebelum ni.Saya makan 2 keping,cukuplah ye sebab kalau benda yang manis2 ni,saya kurang berminat sikit utk breakfast.Saya paling suka kalau breakfast makan karipap,roti canai atau nasi lemak.Cerita pasal roti canai,haaii...memang favourite saya,lama dh tak makan roti canai,nyum2!eehh!berbalik pada pancake tadi,jom layan bahan2 nya dibawah.... =)

Bahan2nya:
300gm tepung gandum
sedikit b.powder
sedikit b.soda
sedikit garam
1 sudu gula
2 sudu buttermilk powder
1 biji telur
susu segar utk bancuhan tepung

Cara2nya:
Blendkan semua bahan,dan biarkan dlm 3 minit.lepas itu masak dlm non stick pan.Makan bersama madu dan mentega... >.<



Thursday, February 24, 2011

:: FISH SWEET N SOUR ALA SDP ::

Salam sayang n petang semua...
Awal2 tadi plan nak masak ikan utk menu lunch hari ni,tapi tak tahu nak masak apa pulak.Pastu cari2 lah bahan apa yang ada dkt almari dapur,peti sejuk...eemmmmm???Haa...dpt lah idea nak masak ikan sweet n sour,apa je bahan yang ada,yang sesuai saya masukkan dlm resepi ni,last2 menjadi jugak fish sweet n sour ala sdp ni..saya masak 1 menu je hari ini,tak payah byk2,satu pun dah cukup,anak2 dan hubby tak banyak kerenah,saya masak dia org makan je,janji sedap!...sedap ke??sedap kot??sedap lah agaknya ye??kalau tak sedap tak kan habis kot?hehehehe.... =)

BAHAN2 NYA:
1 EKOR IKAN BAWAL HITAM(700GM)
2 SUDU SERBUK KUNYIT(ADABI)
SEDIKIT GARAM

GAUL SEMUA BAHAN KE IKAN KEMUDIAN GORENG SAMPAI MASAK DAN TOSKAN.

BAHAN LAIN:
1 BIJI KENTANG(DIPOTONG DADU DAN GORENG SAMAPI GARING DLM BEKAS MINYAK MENGGORENG IKAN TADI,TOSKAN DAN TABUR ATAS IKAN YG DH DIGORENG TADI)
1 BIJI CARROT DIHIRIS MEMANJANG
1 BIJI BWG BESAR POTONG 4
2 BIJI BWG MERAH HIRIS HALUS
2 ULAS BWG PUTIH HIRIS HALUS
HALIA HIRIS HALUS
3 SUDU JAGUNG LIGO DLM TIN
1 SUDU GULA
4 SUDU SOS TOMATO(LIFE)
6 SUDU SOS CILI(LIFE)
1 SUDU SOS PLUM(LIFE)
1 SUDU SOS TIRAM(MAGGI)
SEDIKIT GARAM

TUMIS BAHAN HIRIS HINGGA NAIK BAU DAN KEKUNINGGAN SEDIKIT.KEMUDIAN MASUKKAN BWG BESAR,CARROT,GAUL SEBENTAR.SELEPAS ITU MASUKKAN SOS CILI,SOS TOMATO,SOS PLUM,SOS TIRAM,GULA,GARAM.KACAU SEBENTAR,LAST SEKALI MASUKKAN JAGUNG LIGO SERTA DGN AIR JAGUNG SEDIKIT.KACAU SAMPAI MENDIDIH DAN TUANGKAN KE ATAS IKAN DAN KENTANG TADI.NYUM2!! >.<



Tuesday, February 22, 2011

:: KEK PISANG MADU ::



Salam Malam Semua...
Petang tadi sempat lah saya buat kek pisang madu untuk kita orang makan,sambil menonton tv dan minum pulak dengan teh 0 panas.Eemm...sedap nye!!Rasa kek yang lemak2 manis dan lembut.Mak oii,angkat bakul sendiri pulak,hehehehe..untuk bahan2 nya pulak,jom kita layan!! =)


Bahan2 nya:
6 biji pisang embun(dilecek)
2 1/2 gelas tepung gandum
125gm butter
1/2 gelas minyak
1 1/2 gelas gula aising
4 biji telur gred A
secubit garam
sedikit b.soda dan baking powder
2 sudu besar madu
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil ovelate



Cara-caranya:
Pukul gula dan butter hingga putih,selepas itu masukkan minyak dan pukul lagi.Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hinggan sebati.Kemudian masukkan tepung,baking powder/b.soda dan pukul lagi.Selepas itu masukkan pisang embun yang telah dilecek dan dicampur dengan esen vanilla dan sedikit garam,pukul lagi.Last sekali masukkan madu dan ovelate,pukul sebentar dan masukkan dlm acuan dan bakar sampai masak. >.<


:: NASI LEMAK ALA KADAR ::

Menu ni saya masak utk makan tengahari semalam,
sebenarnya,tak tahu nak masak apa,fikir2...dapat lah idea nak buat nasi lemak.Walaupun nasi lemak ni tak cukup bahan tapi sedap jugak masuk dlm mulut ni...hehehehe...,timun takde pun takpe,hantam je lah labu!!sodap lah jugak,tak caye,cuba lah sendiri ye,bahan2 nye sila rujuk dkt bawah,seperti biasa.... =)

Bahan utk nasi:
3 mangkuk berasa wangi(basuh)
2 helai daun pandan ikatkan
1 batang serai dititik
6 keping halia yang telah dihiris
1pkt serbuk santan
sedikit garam

Semua bahan dicampur dan masukkan sukatan air utk beras tersebut,gaul2 dgn sudu dan masakkan nasi dlm periuk nasi.

Bahan utk ikan masin yu:
1 batang carrot dipotong memanjang
1 sudu serbuk kunyit
1kan masin yu dibasuh dan dipotong kecil2
garam/perasa
2 sudu cuka
1/2 biji bwg besar dipotong kecil2

Gorengkan ikan masin yu hingga garing,kemudian masukkan bwg besar,carrot dan serbuk kunyit.selepas itu masukkan pula cuka,garam dan perasa.


Bahan utk sambal:
6 biji bawang merah*
4 ulas bwg putih*
2 kiub belacan*
segenggam ikan bilis*
2-3 sudu besar cili boh*
1 biji bwg besar dihiris halus
2 sudu gula
sedikit garam

Bahan bertanda(* ) adalah bahan blend

Tumis bwg besar terlebih dahulu.selepas itu masukkan bahan blend.tumis hingga naik bau dan pecah minyak,masukkan garam,gula.siap dihidangkan,telur goreng buat telur mata...selamat mencuba >.<




:: SUP 4 COLOUR ROLL & TELUR SIMPLE ::.....RESEPI 2 HARI LEPAS


Salam afternoon semua...
Nak share menu simple yang saya masak 2 hari lepas.Haa...ni baru nak masuk dlm N3 sebab beberapa hari ni busy dan tiba2 rasa malas pulak nak membloggerkan diri ni....heeemmm......???entah??malas sebab malas lah agaknya ye??Jom...kita tengok bahan2 utk 2 menu yang saya buat ni,very simple!! =)


BAHAN UTK SUP 4 COLOUR ROLL:
1 BATANG 4 COLOUR ROLL(DIPOTONG)
2 BATANG DAUN KUCAI
SEDIKIT HALIA DIHIRIS HALUS
2 ULAS BWG PUTIH DIHIRIS
2 BIJI BWG MERAH DIHIRIS
1/2 BATANG CARROT POTONG IKUT SUKA
3 BIJI SHIITAKE MUSHROOM POTONG IKUT SUKA
GARAM/PERASA/LADA HITAM


CARA2 NYA:
TUMIS BHN HIRIS HINGGA NAIK BAU,MASUKKAN CARROT,MUSHROOM,DAN 4 COLOUR ROLL.SELEPAS ITU MASUKKAN AIR BIAR MENDIDIH,KEMUDIAN MASUKKAN GARAM,PERASA DAN LADA HITAM.TUTUP API BARULAH DIMASUKKAN DAUN KUCAI.


BAHAN UTK TELUR SIMPLE:
3 BIJI TELUR
1 BIJI BWG BESAR DIHIRIS HALUS
2 SUDU SOS TIRAM
1 SUDU KICAP PEKAT MANIS
1 MANGKUK KECIL JAGUNG DAN KACANG PEAS
GARAM

CARA2 NYA:
TUMIS BWG BESAR HINGGA SEDIKIT LAYU KEMUDIAN PECAH TELUR SATU PERSATU,GAUL2KAN.MASUKKAN PULA JAGUNG DAN KACANG PEAS,KEMUDIAN MASUKKAN SOS TIRAM DAN KICAP,SEDIKIT GARAM DAN PERASA.SELAMAT MENCUBA.... >.<




Monday, February 21, 2011

:: HAPPY BIRTHDAY 2 MY CUTE PRINCESS (Aisya Maira) 2 YEARS OLD ::




Salam rindu semua..
3 hari dah tak membloggerkan diri sebab busy yg teramat sangat untuk persiapan birthday anak ke dua saya Aisya Maira pada 19 februari 2011,ulang tahun yang ke 2 si kecil saya.Hari sebelum birthday berlangsung,saya,suami dan ank2 sibuk mengemas apa yang patut utk persiapan hari jadi aisya.Alhamdulilah....majlis berlangsung dgn baik,semua jemputan hadir dan suasana amat meriah sebab semua family berkumpul.Terima kasih banyak2 buat semua tetamu yang hadir..... =)


Thursday, February 17, 2011

:: KARAPEN ASAM PEDAS DGN TERUNG IBAN & EGG ROLL SHIITAKE MUSHROOM ::




Salam petang semua..
Berfikir???nak masak apa hari ini ye??Hari2 kena fikir nak masak pe ye....eemmm,penat kepala otak beta,tak kan nak masak menu ulang tayang lagi kan?Kemarin adalah beli sebiji terung iban,dkt sarawak panggil terung iban..alah,yang bulat2 tu,warna kuning.Ada jugak panggil terung asam,haa..yg ni tahu kan?Saya beli sebiji..sebiji je kau beli labu??hehehehe...yelah sebiji,kalau aku beli byk2 pun,bukan nya ada org nak makan,cukup lah sekali masak,al maklumlah isi rumah nya ada 4 org je,yang makan pun 3org,yang seorang lagi baby,mkn bubur.Jadi nak dipendekkan cerita,saya masak lah dgn karapen(daging lembu yg campur lemak2 tu),masak asam pedas,satu menu lagi,telur..gulung2kan jd lah egg roll shiitake mushroom,Simple.... =)
BAHAN UTK KERAPEN ASAM PEDAS DGN TERUNG IBAN:
370GM KERAPEN(DAGING)
1 BIJI TERUNG IBAN(TERUNG ASAM)POTONG IKUT SUKA
2 HELAI DAUN LIMAU PURUT
GARAM/AJINOMOTO
1 BIJI BWG BESAR POTONG 4
BAHAN TUMBUK:
4 BIJI BWG MERAH
5 ULAS BWG PUTIH
SEBESAR IBU JARI HALIA/LENGKUAS
1 BATANG SERAI DITITIK
1 KIUB BELACAN
2 SENDUK CILI KERING KISAR
2 SUDU SERBUK KUNYIT
CARA2 NYA:
TUMIS BAHAN TUMBUK,SERAI,DAUN LIMAU PURUT HINGGA NAIK BAU.KEMUDIAN MASUKKAN DAGING KERAPEN GAUL2 SEBATI.MASUKKAN AIR 3 CAWAN KECIL.BIAR MENDIDIH SEBENTAR,BARULAH DIMASUKKAN TERUNG IBAN(TERUNG ASAM)TADI.BIAR KAN SEKETIKA,MENDIDIH LAGI.LAST SEKALI MASUKKAN BWG BESAR,GARAM,AJINOMOTO.
BHN UTK EGG ROLL SHIITAKE MUSHROOM:
3 BIJI TELUR AYAM
1 BIJI BWG BOMBAY(CINCANG HALUS)
2 BIJI SHIITAKE MUSHROOM(CINCANG HALUS)
2 BTG DAUN KUCAI(HIRIS HALUS)
1 BTG DAUN SUP(HIRIS HALUS)
GARAM/LADA HITAM
CARA2 NYA:
PUKUL SEMUA BAHAN HINGGA SEBATI,GORENG HINGGA MASAK,ANGKAT DAN GULUNGKAN.BIAR SEKETIKA KEMUDIAN POTONGKAN.SELAMAT MENCUBA.... >.<




Wednesday, February 16, 2011

:: BLUEBERRY MUFFIN (INSTANT) ::



Seperti yang di janjikan tadi,ini lah dia blueberry muffin yang saya buat tadi.Walaupun busy sangat hari ini,penat sangat2 tapi saya sempat jugak buat muffin ni utk bekal anak ke sekolah esok.Saya guna brand Nona(muffin blueberry),cuma perlu tambah minyak,telur dan air.Senangkan? =)


BAHAN2:
1 KOTAK MUFFIN BLUEBERRY(BRAND NONA)
3 BIJI TELUR
140ML MINYAK MASAK(RESEPI ASAL 120ML)
120ML AIR(RESEPI ASAL 100ML)

PUKUL SEMUA BAHAN HINGGA KEMBANG DAN MASUKKAN DLM PAPER CUP,BAKAR SAMPAI MASAK.DAPAT DALAM 30 BIJI MUFFIN. >.<



:: HATI AYAM MASAK KICAP BEREMPAH & TOFU BEAN CRUSHED SWEET N SPICY ::


Salam malam....
Hari yang sangat busy sampai saya tak sempat nak masukkan N3 hari ni.Dan sekarang baru ada masa terluang nak masukkan 2 menu yang saya masak untuk lunch hari ini.Antara menu nya,hati ayam masak kicap berempah dan tofu bean crushed sweet N spicy.Malam ni,saya sempat jugak buat muffin blueberry(instant) dan baru je siap masak.Lepas ni,saya masukkan pula resepi muffin tu,tunggu ye!Ok,sekarang nak tahu kedua2 resepi diatas sila rujuk dekat bawah utk bahan2 nya. =)


BAHAN UTK HATI AYAM MASAK KICAP BEREMPAH:
300GM HATI AYAM BERSIHKAN DAN POTONG(REBUS TERLEBIH DAHULU)
2 BIJI BWG MERAH DIHIRIS
2 ULAS BWG PUTIH DIHIRIS
HALIA DIHIRIS
1 BATANG SERAI DITITIK
SEDIKIT DAUN KUCAI DIHIRIS
1 BIJI BWG BESAR POTONG 4
REMPAH TUMIS
2 SUDU KICAP PEKAT MANIS
2 SUDU SOS TIRAM
1 SUDU SERBUK KARI
1 SUDU GULA
GARAM

CARA2 NYA:
TUMIS BAHAN HIRIS,SERAI,REMPAH TUMIS HINGGAN NAIK BAU.MASUKKAN SERBUK KARI,DAN HATI AYAM,GAUL SEBENTAR DAN MASUKKAN KICAP,SOS TIRAM.BIAR MENDIDIH SEBENTAR DAN MASUKKAN BWG BESAR,GARAM DAN GULA.AKHIR SEKALI MASUKKAN DAUN KUCAI,TUTUP API,HIDANGKAN.


BAHAN UTK TOFU BEAN CRUSHED SWEET n SPICY:
1 PKT TAUHU LEMBUT(TOFU)
2 BIJI BWG MERAH DIHIRIS HALUS
2 ULAS BWG PUTIH DIKETUK
2 BIJI CILI PADI DIHIRIS HALUS
2 BATANG DAUN KUCAI DIHIRIS HALUS
1 BIJI TELUR
1 MANGKUK KECIL DAGING CINCANG
2 SUDU BESAR SOS TIRAM
1 SUDU BESAR KICAP PEKAT
2 SUDU BESAR SOS CILI(LIFE)
1 SUDU MINYAK BIJAN
1 SUDU GULA
1 SUDU CILI BOH
GARAM

CARA2 NYA:
TUMIS BAHAN HIRIS HINGGAN NAIK BAU,KEMUDIAN MASUKKAN DAGING CINCANG DAN CILI BOH,GAUL SEBENTAR.SELEPAS ITU PECAHKAN TELUR,HANCUR2KAN TELUR,DAN MASUKKAN KICAP,SOS TIRAM,SOS CILI,GARAM,GULA DAN MINYAK BIJAN.LAST SEKALI MASUKKAN TAUHU LEMBUT DAN DAUN KUCAI GAUL SEBENTAR.SIAP DIMASAK.... >_<





Tuesday, February 15, 2011

:: CUCUR DONAT SWEET POTATO ::

Salam malam semua...
Sekali lagi saya buat cucur donat sweet potato.Kali ni lembut lagi dari yang sebelum nya,saya makan sampai 6biji.Bukannya besar pun,mcm donat tu,saya buat kecik2 je.Sebenarnya buat ni nak balas pinggan jiran siang tadi,jiran kita bagi buah asam kuwini.Saya ni tak pandai nak simpan pinggan org lama2,mcm tak elok lah pulak,nanti tuan punya pinggan tercari2 dgn pinggan dia..hehehe.
Tak elok jugak kalau kita bagi balik pinggan kosong tanpa isi nya kan,betul kan,saya cakap ni kan??Sekurang kurangnya budak2 lah yang paling seronok kalau nampak ada isi dlm pinggan yg kita balas.Ok,kita berbalik pada resepinya,walaupun saya dah pernah masukkan resepi asalnya dlm ni,tapi takpe lah kan,saya masukkan sekali lagi utk bahan hari ni,manalah tahu kot2 ada perubahan sikit. =)

BAHAN2 NYA:
350GM TEPUNG GANDUM
100GM TEPUNG BERAS
1 SUDU KECIL GARAM
2 SUDU BESAR MINYAK MASAK
1 BIJI TELUR
5GM YIS
1 BIJI UBI KELEDEK(KARIBANG)KUPAS KULIT,REBUS DAN LENYEKKAN
AIR SUAM
GULA AISING

CARA2NYA:
GAULKAN SEMUA BAHAN KECUALI GULA AISING.ADUNAN SEPERTI ADUNAN CUCUR.BIARKAN SELAMA 30MINIT,SELEPAS ITU GORENG DLM MINYAK SAMPAI MASAK.TOSKAN MINYAK DAN GAULKAN DGN GULA AISING. >.<



:: SAMBAL GORENG ASAM KUWINI ::

Salam Petang....
Tadi kan,pintu rumah ada yang ketuk....ingatkan sapa lah yang ketuk,rupa2nya anak jiran datang nak bagi buah asam kuwini.Macam tu lah kalau berjiran,orang memberi kita merasa,kan??Adalah dalam 4 biji asam kuwini yang jiran saya bagi,semuanya dh masak,dah boleh makan dah.Jiran saya ni,selalu lah jugak bagi buah dari kampung dia,kadang2 buah betik,mangga,yang selalu nya buah asam kuwini ni.Eemm...saya ni pantang kalau tengok ada buah asam kuwini yang dah masak,mesti saya buat sambal goreng.Resepi ni dapat dari ayahanda saya Encik Ahmad Ibrahim,seorang bekas tentera laut diraja malaysia.Ayahanda saya ni orang nya pandai memasak,kalau dia dkt dapur,tak perlu kita org nak masuk campur sebab dia tak suka kita adik beradik ni kacau dia masak...hehehehe..tapi yang pasti air tangan masakan dia tu memang sedap,berselera benar kalau dia masak,kita org yg makan...hahahaha..
Haa....sebab tu kot saya jugak pandai memasak,tapi tak lah pakar memasak sangat,kalau masak simple2 tu ok lah jugak..hehehe..,berbalik kepada resepi sambal goreng asam kuwini tadi,nak tahu bahan2 nya sila rujuk dkt bawah =)

BAHAN2NYA:
2 BIJI BUAH ASAM KUWINI(KUPAS KULIT NYA DAN POTONG)
SEDIKIT GARAM
2 SUDU GULA


BAHAN TUMBUK:
3 BIJI BWG MERAH
2 ULAS BWG PUTIH
IKAN BILIS
1 KIUB BELACAN
2 SUDU BESAR CILI BOH

CARA2NYA:
TUMIS BAHAN TUMBUK SAMPAI NAIK BAU,KEMUDIAN MASUKKAN BUAH ASAM KUWINI,GAUL SEBENTAR.SELEPAS ITU MASUKKAN GULA DAN SEDIKIT GARAM.MAKAN BERSAMA NASI PUTIH,NYUM2! >.<




:: BIODATA NABI MUHAMMAD S.A.W & PROFIL ::


Tarikh Lahir : Tanggal 12 Rabiul Awal / 20 April 571 Masehi
Nama Ayah : Abdullah bin Abdul Muthalib
Nama Ibu : Aminah binti Wahab
Nama Datuk : Abdul Muthalib
Nama Pakcik : Abu Thalib
Gelaran : Al Amin / dapat dipercayai
Nama Isteri Pertama : Siti Khadijah
Umur Menikah : 25 Tahun (isteri 40 tahun) 6 anak( putera )
Diangkat Menjadi Nabi : 40 Tahun di Gua Hira / Hiro


Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.

Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).

Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.


Rujukan dari internet





:: MEE MAGGI SUP SPECIAL... SALAM MAULIDUR RASUL ::


Salam Maulidur Rasul buat semua
Umat Islam diseluruh dunia..................
Pagi ni,keadaan sejuk2 je,damai dan tenang.Bunyi burung2 berkicauan,walaupun sekejap tadi hujan turun renyai2 tapi tak menghalang pun kita semua dari menyambut hari kelahiran nabi yang tercinta dan disayangi kita semua.Nanti saya nak sambung biodata dan profil Nabi Muhammad s.a.w dalam jom kongsi cerita.Ni nak kongsi sedikit menu breakfeast pagi ni,mee maggi sup special.????????mesti rasa pelik kan??mana tak nya mee maggi,tak kan tu pun nak kongsi kan?Takde lah,cuma nak kongsi cara saya masak mee maggi sup,selalunya org letak telur je dh cukup.tapi yang ni lain sikit,lain yg mcm mana ye?haa...kena lah tengok bahan2 nye ye.. =)
BAHAN2NYA:
1 BUNGKUS MEE MAGGI SUP AYAM
1 BIJI BWG MERAH DIHIRIS HALUS
1 ULAS BWG PUTIH DIHIRIS HALUS
1 BIJI TELUR
2 BIJI MUSHROOM DIHIRIS NIPIS
2 BATANG DAUN KUCAI DIHIRIS
3 HIRIS 4 COLOUR ROLL(YG SAYA BUAT HARI TU)
1 BIJI TOMATO POTONG 4
SEDIKIT LADA HITAM
CARA2NYA:
TUMIS BWG MERAH,BWG PUTIH HINGGAN NAIK BAU,MASUKKAN MUSHROOM,DAN AIR.BIAR MENDIDIH SEBENTAR BARULAH DIMASUKKAN MEE TADI, TELUR DAN PERENCAH NYA SEKALI.KEMUDIAN MASUKKAN HIRISAN ROLL TADI.LAST SEKALI MASUKKAN TOMATO,DAUN KUCAI DAN LADA HITAM,TUTUP API SEBAB TAK NAK DAUN KUCAI DAN TOMATO JADI LAYU.BOLEH MAKAN DGN SOS CILI @ SAMBAL KICAP,TERPULANG PADA SELERA MASING.RESEPI SIMPLE TAPI SEDAP DIMAKAN.SELAMAT MENCUBA...... >.<

Monday, February 14, 2011

:: IKAN SEMO ::

Salam sayang semua..
Dah malam ni,baru dapat nak masuk N3.Line internet ada masalah pulak,sebab tu lah baru dapat masukkan menu hari ini.Hari ini saya masak 1 menu je sebab tadi nak cepat kuar hantar anak tuisyen.Ni pun baru sampai 1 jam yang lepas..hehehe..ok lah,tadi SDP sempat masak ikan semo.Resepi ni saya pernah masukkan dulu,cuma tukar kan ayam ke ikan.Sangat2 simple tapi sedap,nyum2! =)

Bahan2nya:
1 ekor ikan tongkol(potong 8)
2 sudu serbuk kunyit
garam/perasa
1 biji bwg besar(potong 4)
sebesar ibu jari halia dihiris halus
2 biji bwg merah dihiris halus
2 ulas bwg putih dihiris halus
2 biji cili merah(belah 2 buang bijinya)
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap pekat manis

Cara2nya:
Ikan dilumur dengan kunyit dan sedikit garam.goreng hingga masak,angkat dan toskan minyak nya.kemudian baki minyak menggoreng ikan tadi digunakan utk menumis bahan hiris hinggan naik bau.selepas itu masukkan bwg besar,gaul sekejap.kemudian masukkan sos tiram,kicap,dan sedikit air.last sekali masukkan ikan yang dah digoreng tadi.sedia dihidangkan.... >.<




Sunday, February 13, 2011

:: SUP KENTANG SUUN & 4 COLOUR ROLL ::



Salam night everybody....
Petang tadi sempat lah keluar sekejap,pergi beli barang2 dapur sikit.Pastu singgah sekejap dekat rumah parents.Sampai je rumah,sempat lah saya masak 2 jenis lauk yang ala kadar untuk di jamu kami 4 anak beranak.Nak tahu resepi nye,sabar ye.Malam ni SDP masak sup kentang suun dan 4 colour roll,sup kentang ni saya dpt dr blog resepi nannie,cuma saya tambahkan 2,3 bahan sikit.Terima kasih lah utk resepi yang simple dan sedap ini ye.Untuk 4 colour roll pulak saya baru je first time buat,menjadi lah jugak,not bad!hehehe.. =)


BAHAN UTK SUP KENTANG SUUN:
2 BIJI KENTANG(DIPOTONG 6)
2 BATANG DAUN KUCAI(POTONG 1INCI2)
4 BIJI CHINESE MUSHROOM POTONG 4
1 MANGKUK KECIL SUUN
2 BIJI BWG MERAH DITUMBUK
2 ULAS BWG PUTIH DITUMBUK
SEDIKIT HALIA DITUMBUK
SEDIKIT IKAN BILIS DITUMBUK
GARAM/PERASA/LADA HITAM
2 MANGKUK AIR
CARA2NYA:
TUMIS BAHAN TUMBUK HINGGAN KEKUNINGAN SEDIKIT.MASUKKAN KENTANG DAN MUSHROOM.KEMUDIAN AIR,BIARKAN MENDIDIH DAN KENTANG CUKUP MASAK.SELEPAS ITU MASUKKAN SUUN,BIAR SEKEJAP,BARULAH MASUKKAN DAUN KUCAI,GARAM/PERASA DAN LADA HITAM.
BAHAN UTK 4 COLOUR ROLL:
20 BIJI FISH BALL VEGE
1 BIJI TELUR
1-2 SUDU MINYAK
GARAM/PERASA
SEDIKIT LADA HITAM
5 SUDU TEPUNG UBI
KESEMUA BAHAN DIBLEND SAMPAI HALUS.
BAHAN INTI:
1O BATANG CRAB STICK
10 KEPING SEAWEED
BEBERAPA BATANG DAUN SUP
5 KEPING KULIT TAUHU
CARANYA:
BAHAN BLEND TADI MASUKKAN KEATAS KEPINGAN KULIT TAUHU,SETEBAL YANG ANDA MAHU.SUSUNKAN SEAWEED,KEMUDIAN CRAB STICK,LAST SEKALI DAUN SUP.GULUNG2KAN DAN SAPU DGN TELUR UTK MELEKATKAN KULIT TAUHU TADI.REBUSKAN ROLL TADI,LEPAS ITU TOSKAN.SELEPAS ITU BOLEH DIGORENG.BOLEH MAKAN BERSAMA SOS.ROLL INI SETELAH DIREBUS BOLEH DI BEKUKAN DLM FREEZER,BOLEH DIGUNA BUAT SUP,DAN APA2 MASAKAN YG ANDA NAK MASAK.IKUT KREATIF MASING2.SELAMAT MENCUBA.... >.<



:: KARI KERANG & MIDIN BELACAN.......DAPAT MAJALAH DARI ENFA MAMA CLUB







Salam Sunday Semua...

Dapat majalah dari Enfa Mama Club,haa...mesti ada yang tertanya2,hari ahad macam ni ada posmen ke??Heemm....memang hari ahad takde posmen,majalah ni dah datang hari jumaat lepas cuma hubby saya baru je ambik dekat tempat kerja dia hari ni,al maklumlah ye..suami saya ni hari ahad pun kerja,ikut division kata kan.Minggu ni division dia on,minggu dpn division dia off.So,hari ini saya masak 2 menu simple,simple lagi??hehehe..itulah hakikatnya,simple2 pun masuk dalam mulut jugak,kenyang..alhamdulilah.Menu SDP hari ini,kerang kari dan midin belacan.Simple kan,simple kan??hehehe...resepi nye dkt bawah ye....selamat mencuba =)


:: KERANG KARI ::
Bahan2nya:
1 mangkuk isi kerang yang dh direbus terlebih dahulu
3 biji bwg merah dihiris
2 ulas bwg putih dihiris
sedikit halia dihiris
1 batang serai dititik
2 sudu serbuk kari bancuh dgn sedikit air(faiza)
1 sudu besar kerisik
rempah tumis
1 sudu kicap pekat manis
garam/perasa

Cara2nya:

Tumis rempah tumis dan bahan hiris juga serai hinggan naik bau dan kekuningan sedikit.kemudian masukkan serbuk kari dan kerisik,gaulkan sebentar sampai pecah minyak.selepas itu masukkan kerang dan air,biar mendidih seketika.barulah dimasukkan kicap,garam/perasa.
:: MIDIN BELACAN ::
Bahan2nya:
2 biji bwg merah
2 ulas bwg putih
2 biji cili padi
1 kiub belacan
sedikit ikan bilis
sedikit udang kering
garam/perasa
Cara2nya:
Semua bahan ditumbuk kecuali midin,garam/perasa.tumiskan bahan tumbuk hinggan naik bau,masukkan midin gaul sebentar dan masukkan garam/perasa.






Saturday, February 12, 2011

:: KEK PISANG GULA HANGUS ::



Salam dan gud malam...
Baru sekejap tadi kek yang saya buat siap dimasak.Simple,sedap dimakan bersama dengan madu dan secawan teh 0 panas.Malam ni saya cuti memasak,sebab hubby tapau ayam kfc utk mkn malam.Hai......dapatlah berehat sikit,tu pasal lah saya buat kek sebab ada masa yg terluang sikit,hehehe...so malam ni SDP buat kek pisang gula hangus,nak try?rujuk resepi nya dibawah. =)

BAHAN2NYA:
1/2 CAWAN GULA DIBUAT GULA HANGUS(PASTIKAN JGN TERLAMPAU HANGUS,DAN DICAMPUR DGN 1/2 CAWAN AIR)
1/2 CAWAN MINYAK MASAK
2 SUDU MENTEGA
1 BIJI TELUR
1 SUDU KECIL BICARBONATE SODA
1 CAWAN TEPUNG GANDUM
2 BIJI PISANG EMBUN
2 SUDU SUSU MANIS

CARA2NYA:
BLEND KAN TERLEBIH DAHULU GULA HANGUS,TELUR,MINYAK DAN MENTEGA SAMPAI SEBATI BAHANNYA.KEMUDIAN MASUKKAN TEPUNG GANDUM,B.SODA,PISANG,SUSU MANIS.BLEND LAGI SAMPAI ADUNAN SEBATI.MASUK DLM ACUAN DAN BAKAR HINGGA MASAK. >.<

:: NASI GORENG BELACAN ::

Salam Afternoon....
Eemmm,tiba2 perut rasa lapar sebab tak makan tengahari agaknya!Lagipun hari ni sabtu, pagi tadi dah breakfeast makanan yg berat2,so tak masak utk lunch.Haa....sekarang baru lapar,baru je lepas makan petang,dah kenyang..alhamdulilah.Petang ni SDP masak nasi goreng belacan,nasi baki semalam ada dlm 3 mangkuk.Malam semalam kan makan makaroni,so nasi tak di usik pun,masih elok,dan ambil keputusan buat nasi goreng. =)
BAHAN2NYA:
3 MANGKUK NASI PUTIH
1 MANGKUK KECIL MIX VEGETABLE
4 CHINESE MUSHROOM(POTONG 4)
1 BIJI TELUR
1 SUDU BESAR SOS TIRAM
1 SUDU BESAR KICAP PEKAT
GARAM/PERASA

BAHAN TUMBUK:
2 BIJI BWG MERAH
2 ULAS BWG PUTIH
2-3 BIJI CILI PADI
SEDIKIT IKAN BILIS
1 KIUB BELACAN

CARA2NYA:
TUMIS BAHAN TUMBUK HINGGAN NAIK BAU,PECAHKAN TELUR DAN HANCUR2KAN TELUR.MASUKKAN MUSHROOM,MIX VEGETABLE,GAUL RATA.SELEPAS ITU MASUKKAN NASI DAN GAUL RATA2,LAST SEKALI MASUKKAN GARAM,PERASA,SOS TIRAM DAN KICAP.BOLEH DIHIDANGKAN,SUDILAH MENCUBA.... >_<



Friday, February 11, 2011

:: BAKED MACARONI BBQ CHEESE ::


Salam malam semua...
Malam ni saya buat baked macaroni bbq cheese,resepi yang dibuat sendiri.Cara nak buat sangat mudah,tak peningkan kepala,cuma apa je yang sesuai utk saya campur,tambah,saya masukkan je dlm resepi ni.Lepas je makan macaroni ni,ada dessert nye...jeng...jeng...jeng...swiss roll,tapi yang ni bukan saya yang buat,saya beli je...hehehehe..nak tahu bahan2 utk baked macaroni bbq cheese,sila rujuk dkt bawah..selamat mencuba =)


BAHAN2NYA:
1/2 PKT MAKARONI (DIREBUS DGN SEDIKIT MINYAK DAN GARAM)
1 BIJI BWG BESAR DIPOTONG DADU
1 MANGKUK MIX VEGETABLE
1 MANGKUK DAGING CINCANG
2 SUDU BBQ SOS
1 SUDU KICAP MANIS
2 SUDU SOS TIRAM
1 SUDU LADA HITAM
GARAM DAN PERASA SECUKUP RASA
1 SUDU MIXED HERBS(OPTIONAL)
8 KEPING CHEESE BBQ
MAYONIS(IKUT SUKA NAK BYK OR SIKIT)
3 BIJI TELUR(DIPUKUL)

CARANYA:
REBUS MAKARONI TERLEBIH DAHULU(TOSKAN),TUMIS BWG BESAR SEBENTAR,MASUKKAN DAGING CINCANG DAN MIX VEGETABLE.GAUL SEBENTAR,SELEPAS ITU MASUKKAN SOS BBQ,SOS TIRAM,KICAP MANIS,GARAM/PERASA,MIXED HERBS.GAUL SEBATI,LAST SEKALI MASUKKAN MAKARONI,GAUL LAGI.MASUKKAN 3 SENDUK MAKARONI DLM ACUAN ALUMINIUM,LETAKKAN BBQ CHEESE ATAS NYA DAN TUANGKAN TELUR DIATAS LAPISAN PERTAMA MAKARONI TADI.SELEPAS ITU,MASUKKAN 3 SENDUK LAGI MAKARONI,LETAKKAN CHEESE DAN MAYONIS,TUANG LAGI TELUR.MASUK DLM OVEN DAN BAKAR SAMPAI MASAK.BOLEH DIMAKAN DGN SOS CILI... >.<




:: DAGING ALA THAI & TAUGE IKAN MASIN YU ::




Selamat petang....
Hujan dari tengahari tadi masih belum berhenti sampai sekarang,masih lebat dan cuaca menjadi gelap,macam nak malam lah pulak.Program nak keluar tergendala sebab keadaan cuaca tidak mengizinkan.Tapi takpe,kalau keluar,duit pun keluar...hehehehe....jimat lah!!Hujan itu kan rahmat dari allah.So utk lunch hari ini SDP ada 2 menu yang senang je nak masak.Haa...daging ala thai dan tauge ikan masin yu.Tauge ni resepi nya macam ala2 SCR gitu!Jom layan resepi SDP..... =)
::BAHAN UTK DAGING ALA THAI::
DAGING HIRIS NIPIS2
1 BATANG SERAI DIKETUK SIKIT
2 BIJI BWG MERAH DIHIRIS HALUS
2 ULAS BWG PUTIH DIHIRIS HALUS
SEBESAR IBI JARI HALIA HIRIS HALUS2
SEDIKIT DAUN KUCAI DIPOTONG 1 INCI
1 BATANG CILI MERAH HIRIS HALUS
1 BIJI BWG BESAR POTONG 4
2 SUDU SOS IKAN
2 SUDU SOS TIRAM
1 SUDU MINYAK BIJAN
SEDIKIT LADA HITAM
SEDIKIT AIR
1 HELAI DAUN LIMAU PURUT
CARA2NYA:
TUMISKAN SERAI,SEMUA BAHAN2 HIRIS DAN DAUN LIMAU PURUT.HINGGA NAIK BAU DAN KEKUNINGAN SEDIKIT,MASUKKAN DAGING GAUL RATA.SELEPAS ITU MASUKKAN SOS IKAN,SOS TIRAM DAN LADA HITAM.MASUKKAN AIR BIAR MENDIDIH,BILA DAGING DAH MASAK MASUKKAN BWG BESAR,DAUN KUCAI DAN MINYAK BIJAN.UTK PENGETAHUAN SEMUA,RESEPI NI TAK MEMERLUKAN GARAM SEBAB SOS IKAN SUDAH MENGGANTIKAN GARAM.



:: BAHAN2 UTK TAUGE IKAN MASIN YU ::
RM 1.30 TAUGE
3 ULAS BWG PUTIH DIKETUK DAN CINCANG HALUS
1 BIJI CILI MERAH DIHIRIS
SEDIKIT GARAM/PERASA
SEDIKIT IKAN MASIN YU HIRIS KECIL2
CARA2NYA:
GORENGKAN IKAN MASIN YU TERLEBIH DAHULU HINGGAN GARING.KEMUDIAN MASUKKAN BWG PUTIH DAN CILI MERAH,TUMIS HINGGA KEKUNINGGAN.BARULAH DIMASUKKAN TAUGE,MASAK DGN API YG BESAR SUPAYA TAUGE TIDAK PERLU MASAK LAMA SANGAT.LAST SEKALI GARAM DAN PERASA... >.<




Thursday, February 10, 2011

:: GARLIC BREAD & BAKED BEAN ::


Selamat malam semua...
Malam ni dinner apa ye??Rasanya malam ni saya tak rasa nak makan nasi,rasa nak makan roti lah,hehehehe....so,SDP malam ni buat menu simple.Garlic bread & baked bean,sebenarnya menu ni paling sesuai utk breakfeast.Tapi saya buat utk hidangan malam ni,entah kenapa tekak rasa tak nak makan nasi malam ni.Tak pelah,janji makan,janji perut kenyang,alhamdulilah..... =)

BAHAN2 UTK GARLIC BREAD:
1 BATANG BAGUETTE BREAD( DIPOTONG )
2-3 SUDU BESAR BUTTER
1 ULAS BWG PUTIH(DITUMBUK HALUS)
1 SUDU DAUN BASLI KERING(DLM BOTOL)
CARA2NYA:
GAULKAN SEMUA BAHAN KECUALI ROTI.SAPUKAN BUTTER YG DH DIGAUL DGN BHN2 LAIN TADI KE PEMUKAAN ROTI TG DH DIPOTONG.BAKAR ATS PAN SEHINGGA KEKEUNINGAN SEDIKIT DAN ANGKAT.
BAHAN2 BAKED BEAN:
1 BIJI BAWANG BESAR ( DIPOTONG HALUS )
2 BIJI TELUR AYAM
1 TIN KACANG PANGGANG( SAYA GUNA AYAM BRAND )
2 SUDU BESAR SOS CILI LIFE
SEDIKIT GARAM SEDIKIT LADA HITAM
CARA2NYA:
TUMIS BWG BESAR HINGGA NAIK BAU,MASUKKAN TELUR DAN PECAH2KAN TELUR HINGGAN HANCUR.KEMUDIAN MASUKKAN KACANG PANGGANG.GAUL SEBATI,LAST MASUKKAN SOS CILI,GARAM,LADA HITAM,DAN SEDIKIT AIR.BIAR MENDIDIH,BILA AGAK2 PEKAT SIKIT,TUTUP API DAN MAKAN BERSAMA GARLIC BREAD.NAK TAMBAH DGN SOSEJ BLACK PEPPER PUN SEDAP U!!SELAMAT MENCUBA.... >_<


:: SUP AYAM CENDAWAN....PENAT NYE!! ::

PENAT NYE!!...KEMAS BILIK ANAK2,KEMAS DAPUR,NAK BAGI NAMPAK ELOK.BUKAN NYA SEBELUM NI TAK KEMAS,TAPI NAK KEMAS2 KAN LAGI.DARI PAGI SAMPAI LAH NAK MASUK MAKAN TENGAHARI,AKHIRNYA SIAP JUGAK.NASIB BAIK ADA ANAK SAYA YANG SULUNG TU TOLONG,KALAU TAK LAMBAT LAH NAK HABIS,TU PUN ESOK NAK KEMAS STOR.KEMARIN DAN HARI INI SEKOLAH ANAK SAYA CUTI SEBAB ADA HARI SUKAN,ESOK PULAK CUTI PERISTIWA,SABTU AHAD MACAM BIASA LAH SEMUA SEKOLAH CUTI,SEBAB TU LAH SAYA ADA PEMBANTU HARI NI.EEMMM.....JOM CITA PASAL MENU SAYA TENGAHARI NI,HARI NI SAYA MASAK 1 MENU JE,SUP AYAM CENDAWAN.SELAMAT MENCUBA =)
BAHAN2NYA:
1 PAHA AYAM POTONG 6
1 BIJI KENTANG POTONG 6
REMPAH TUMIS
SEDIKIT LADA HITAM
GARAM/PERASA
AIR
4 BIJI CHINESE MUSHROOM(POTONG NIPIS2)
BAHAN TUMBUK:
HALIA
2 BIJI BWG MERAH
2 ULAS BWG PUTIH
1 SUDU KECIL KETUMBAR
1 SUDU KECIL JINTAN MANIS
1 SUDU KECIL JINTAN PUTIH
CARA2NYA:
TUMIS REMPAH TUIMIS(KAYU MANIS,BUNGA LAWANG,CENGKIH)DAN BAHAN TUMBUK TADI HINGGA KEKUNINGAN DAN NAIK BAU.SELEPAS ITU MASUKKAN AYAN,KENTANG DAN MUSHROOM TADI.GAUL SEBATI,DAN MASUKKAN AIR.BIAR SAMPAI MENDIDIH,BARULAH MASUKKAN GARAM/PERASA/LADA HITAM. >.<

Wednesday, February 9, 2011

:: PANCAKE BLUEBERRY ::

Salam semua...
Malam tadi sebelum masuk tidur,saya on9 cari resepi dalam internet.Nak buat apa ye untuk breakfeast esok??Lepas tu nampak lah resepi pancake blueberry dalam blog DTS(mat gebu),terima kasih lah abg mat gebu dgn resepinya yg sedap ini.Cuma saya ubahkan sikit2 bahan yang saya takde ke bahan yang saya ada.Dan...dan..pancake yang saya buat tak secantik yang abg mat gebu buat,tapi rasanya ok.Selamat Mencuba... =)
BAHAN2NYA:
1 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 BIJI TELUR
1 SUDU ESEN VANILLA
3 SUDU SUSU MANIS(CAMPURKAN DGN AIR SUAM SUPAYA MENJADI 1 CWN SUSU)RESEPI ASAL GUNA 1 CAWAN SUSU SEGAR..
SECUBIT GARAM
SECUBIT B.SODA
2 SUDU BESAR JEM BLUEBERRY(RESEPI ASAL GUNA BUAH BLUEBERRY)
2 SUDU MENTEGA DICAIRKAN
1 SUDU BESAR GULA(RESEPI ASAL 2 SUDU BESAR GULA)
MADU/MENTEGA UTK HIASAN
CARA2NYA:
GAULKAN KESEMUA BAHAN KECUALI UTK BAHAN HIASAN TADI.MASAK DLM PAN.MAKAN DGN MADU DAN MENTEGA.. >_<



Tuesday, February 8, 2011

:: AYAM GORENG SAMBAL UDANG ::


Salam semua & selamat petang...
Macam mana hari ini,sihat ke?harap2 sihat semuanya ye.Saya,suami dan anak2 semuanya sihat,alhamdulilah.Eemm,masak apa untuk lunch hari ini?Mesti sedap2 kan?Hari ini SDP,nak kongsi resepi yang dimasak untuk makan lunch hari ini.Tapi...nak kongsi sikit cerita ni,sebenarnya hari ini adalah hari istimewa buat hubby saya,sebab hari ini hari jadi dia.HAPPY BIRTHDAY MY DARLING...muuaahhhh!!!!hehehehe...,berbalik semula pada resepi kita hari ini,hari ini saya masak ayam goreng sambal udang dan sayur bak choi jeruk goreng telur.So,seperti biasa..nak tahu resepinya sila rujuk dekat bawah.. =)
BAHAN2 UNTUK AYAM GORENG SAMBAL UDANG:
2 PAHA AYAM(SAYA POTONG 4,KALAU TAK NAK POTONG PUN TAKPE)
3 SUDU BESAR TEPUNG BERAS
2 SUDU BESAR TEPUNG GANDUM
SEDIKIT GARAM/LADA HITAM/SERBUK HALIA
::GAUL KESEMUA BAHAN,KEMUDIAN GORENG SAMPAI MASAK.ANGKAT DAN TOSKAN

BAHAN SAMBAL UDANG:
6 BIJI BWG MERAH*
2 ULAS BWG PUTIH*
10 BIJI CILI KERING*
1 MANGKUK UDANG KERING(DIRENDAM DGN AIR TERLEBIH DAHULU)*
BELACAN(SEMUA BAHAN DITUMBUK HALUS)
:: TUMIS SEMUA BAHAN YANG DH DITUMBUK TADI HINGGA NAIK BAU,KEMUDIAN MASUKKAN BAWANG BESAR YANG DAH DIHIRIS HALUS.KEMUDIAN MASUKKAN AIR BIAR MENDIDIH DAHULU,SELEPAS ITU MASUKKAN GULA,DAN SEDIKIT GARAM,AKHIR SEKALI MASUKKAN AYAM TADI.SELAMAT MENCUBA. . >.<





Monday, February 7, 2011

:: KERABU PERUT ALA SYURGA D' PINGGAN ::

Salam kasih sayang utk anda semua...
Apa khabar agaknya ye,harap2 semua sihat.Hari ini afie fieza nak kongsi resepi kerabu perut ala syurga d' pinggan.Kerabu ni,saya masukkan je bahan2 yang sesuai utk saya campurkan dalam kerabu perut ni.So,hasilnya seperti yang kita nampak dekat gambar di atas.Harap2 sudi lah menjenguk blog saya,dah mencuba resepi yang ada dalam blog saya.Ye lah,sapa lah saya?? >_<

Bahan2nya:
Perut sapi/lembu(direbus hingga lembut dan potong ikut suka anda)
1 biji cili merah dihiris halus
3 biji bwg merah dihiris halus
3 biji bwg putih dihiris halus
2 biji bwg besar dihiris halus
1 helai daun limau purut dihiris halus
2 helai daun kunyit dihiris halus
1 mangkuk bwg goreng
5 biji limau kasturi ambil jus nya
sedikit garam/perasa/lada hitam
3 sudu besar kacang tumbuk

Cara2nya:
Gaul semua bahan sampai semua nya sebati,hidangkan dan selamat mencuba............

Sunday, February 6, 2011

:: IKAN REMPAH KUNYIT BUNGA KANTAN ::




Salam sejahtera semua dan selamat petang...
Hari ini afie fieza tak dapat nak coloteh panjang2 sebab nak keluar kejap je lagi.Jadi sempat2 kan diri nak masukkan resepi ala kadar yang saya masak untuk makan tengahari ini,antara nya ikan rempah kunyit bunga kantan.Nak masak ikan ni,tgh cari2 ikan apa yg ada dlm peti sejuk,terjumpa lah 2 ekor ikn kembung dan 1 hiris ikan kerapu,jadi saya campurkan kan lah kedua 2 jenis ikan ni dlm satu periuk.Haa...ape nak kata,ikan2 ni yang tek bersua muka dkt laut tiba2 masuk dlm satu periuk,jadilah ikan dilaut asam didarat,dalam periuk bertemu jua..hehehehe...panjang jugak coloteh saya,tadi kata nak cepat..hahahahaha.Menu kedua pulak simple je,sayur sawi pahit tumis kering dan yang satu lagi ni BUAH ENGKALAK,haa...pernah dengar tak,kalau dekat sarawak buah ni dipanggil buah engkalak.Tak tahu lah pulak,kalau dekat semenanjung ada buah ni atau tak.Ok lah,nak berundur ni..nak tahu resepi,sila rujuk dekat bawah nye,ye...selamat mencuba... =)
BAHAN2 UTK IKAN REMPAH KUNYIT BUNGA KANTAN:
2 EKOR IKAN KEMBUNG DIPOTONG 2
1 HIRIS IKAN KERAPU
2 HELAI DAUN LIMAU PURUT
2 HELAI DAUN KUNYIT HIRIS HALUS
1 BUNGA KANTAN HIRIS HALUS
4 KEPING ASAM KEPING
1 KIUB TOM YAM KNORR
SEDIKIT GARAM
BAHAN TUMBUK:
2 BIJI BAWANG MERAH
3 ULAS BWG PUTIH
7 BIJI CILI KERING
SEBESAR IBU JARI HALIA MUDA
1 BATANG SERAI DITITIK
1 SUDU SERBUK KUNYIT
CARA2NYA:
TUMIS BAHAN TUMBUK HINGGA NAIK BAU,MASUKKAN DAUN LIMAU PURUT,DAUN KUNYIT,BUNGA KANTAN DAN ASAM KEPING.GAUL SEKETIKA,KEMUDIAN MASUKKAN AIR.BIAR MENDIDIH SEKETIKA,KEMUDIAN MASUKKAN IKAN2 TADI.BIAR MENDIDIH,SELEPAS ITU MASUKKAN KIUB TOM YAM DAN GARAM.
BAHAN UTK SAYUR SAWI TUMIS KERING:
1 IKAT SAYUR SAWI POTONG IKUT SUKA ANDA
2 BIJI BAWANG MERAH HIRISKAN
2 ULAS BWG PUTIH HIRISKAN
1 BIJI CILI MERAH HIRISKAN
SEGENGGAM IKAN BILIS
GARAM/PERASA
CARA2NYA:
TUMIS SEMUA BAHAN HIRIS DAN IKAN BILIS HINGGA NAIK BAU.MASUKKAN SAYUR,GAUL DAN MASUKKAN GARAM/PERASA.DAH MASAK,ANGKAT,HIDANGKAN.UNTUK BUAH ENGKALAK,CUMA PERLU RENDAM DGN AIR 15 MINIT,TOSKAN DAN GAUL DGN SEDIKIT GARAM.RASA BUAH NI,MANIS2 LEMAK2 SIKIT. . >.<




Saturday, February 5, 2011

:: SUP WANTAN ALA SYURGA D' PINGGAN ::


Salam semua dan selamat petang..
Buat kuih apa untuk minum petang ni?Mesti buat kuih yang sedap2 ataupun beli je dekat gerai berdekatan kan,paling2 pun beli pisang goreng pastu minum pulak dengan teh 0/kopi o,sedapnya!Tapi petang ni,afie fieza tak buat kuih pun sebab masih kenyang.Sekarang ni pun saya nak masukkan yang saya masak untuk lunch hari ini.Hari ini,saya masak sup wantan ala syurga d' pinggan dan ayam goreng maxicana.Nak resepinya,macam biasalah rujuk dekat bawah ok kawan2.. =)
BAHAN UNTUK INTI WANTAN:
KULIT WANTAN
DAGING CINCANG
1 SUDU BESAR SOY SAUCE SEAFOOD
SEDIKIT GARAM
1 SUDU TEPUNG JAGUNG
SEDIKIT SERBUK HALIA
1 SUDU MINYAK BIJAN
SEDIKIT LADA HITAM
GAULKAN KESEMUA BAHAN KECUALI KULIT WANTAN.KEMUDIAN MASUKKAN INTI NYA KEDALAM KULIT WANTAN DAN BENTUK KAN IKUT SUKA.KETEPIKAN...
BAHAN UNTUK SUP:
BROCOLI
MUSHROOM
3 ULAS BWG PUTIH DIKETUK
HALIA MUDA DIHIRIS
SEDIKIT SOS TIRAM
GARAM/AJINOMOTO
1 SUDU TEPUNG JAGUNG YG DIBANCUH DGN SEDIKIT AIR
TUMISKAN BWG PUTIH DAN HALIA DALAM SEDIKIT MINYAK,SELEPAS ITU MASUKKAN BROCOLI DAN MUSHROOM,GAUL SEBENTAR DAN MASUKKAN AIR.BIAR MENDIDIH DAHULU BARULAH DIMASUKKAN WANTAN TADI.BIAR MENDIDIH LAGI,MASUKKAN GARAM/AJINOMOTO DAN SOS TIRAM.AKHIR SEKALI MASUKKAN BANCUHAN TEPUNG JAGUNG TADI.SIAP DIHIDANGKAN.,OH YA,BAGI BAHAN2 UNTUK AYAM GORENG MEXICANA,CUMA GAULKAN SAYAP AYAM DGN SERBUK AYM GORENG MEXICANA DAN GORENG SAMPAI MASAK,MUDAH BUKAN?SELAMAT MENCUBA... >.<

:: CUCUR DONAT SWEET POTATO ::

Salam everyone...
Macam mana dengan rutin hari ini,ok?Saya ok,alhamdulilah....
Pagi ni afie fieza sebenarnya nak buat donat sweet potato,tapi ada masalah ckit,adunan donat terlebih air,hehehehe..macam adunan cucur lah pulak.Last2 saya goreng je jadi cucur,sebab tulah namanya bertukar jadi cucur donat sweet
potato.Haa...kreatif tak saya,puji sendiri..huhuhu..,jadi bagi sesiapa yang berminat nak tahu resepi rekaan tak seberapa ni,sila2 lah rujuk dkt bawah ye.. =)
BAHAN2NYA:
2OOGM TEPUNG GANDUM
8GM YIS
SEDIKIT GARAM
1 BIJI SWEET POTATO(DIKUPAS KULIT,DIREBUS DAN DILECEK HALUS)
2 SUDU BESAR MINYAK MASAK
AIR SUAM
GULA AISING
BAHAN2NYA:
GAUL TEPUNG GANDUM,GARAM,YIS,MINYAK MASAK DAN AIR SAMPAI SEBATI,ADUNAN MACAM ADUNAN CUCUR YE.MASUKKAN SWEET POTATO YANG DH DILECEK TADI.GAUL RATA2,BIAR ADUNAN DLM 10MINIT-15MINIT DAHULU.SELEPAS ITU BARULAH DIGORENG DALAM MINYAK YANG SEDERHANA BYK NYA.BENTUKKAN DGN SUDU,GORENG HINGGA KEKEUNINGAN.ANGKAT TOSKAN DAN GAUL DGN GULA AISING.RASANYA LEMBUT,RANGGUP. . . >.<

:: EGG MIX WITH BROCOLI & MUSHROOM ::


Salam tengah malam ..

Mata ni belum lagi mengantuk,so layanlah internet.Hubby pulak layan cita2 dlm tv.Tiba-tiba.....perut lapar,hehehehe...jadi saya masak main campak je,pastu jadi lah egg mix with brocoli & mushroom.Hubby pun join sama makan,sampai 2 pinggan dia bedal,hehehe..lepas makan dah basuh semua pinggan,mangkuk,mata masih belum mengantuk jugak,saya masukkan lah resepi simple ni.Sila lah cuba ye,boleh rujuk resepinya dibawah. =)

Bahan2nya:

2 ulas bawang putih diketuk

1 biji bawang besar potong 4

2 biji telur

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar kicap pekat manis

1 sudu kecil mix herbs(McCORMICK)

sedikit garam dan lada hitam

brocoli potong ikut suka

mushroom potong 4

1 biji cili merah potong 2 buang bijinya

Cara-caranya: Tumiskan bwg putih seketika kemudian pecahkan 2 biji telur dan hancurkan telur.selepas itu masukkan bwg besar,kacau sebentar.masukkan pula mushroom,brocoli dan cili,kemudian masukkan sos tiram dan kicap pekat.gaul lagi,biar semua sebati dan masak.bila dah cukup masak tambahkan garam dan mixed herbs.boleh dihidangkan ketika perut lapar..selamat mencuba. >.<


Friday, February 4, 2011

:: TELUR SAMBAL BERKUAH ::

Salam 1 Malaysia...
Apa khabar semuanya?Hope semua sihat sejahtera hendaknya.Saya,alhamdulilah..sihat,anak2 sihat,suami sihat.Cuaca hari ini sekejap panas,sekejap hujan,sekejap panas,sekejap hujan.Tu maknanya allah menguji kita supaya bersabar.Bersabar jemur baju,lepas tu kena angkat balik jemuran tu,bila panas balik jemur lagi dan bila hujan kena angkat balik jemuran tu..hehehehe,itu pun sebahagian daripada senaman ye kawan2.Disebalik rasa penat tu,ada kebaikannya kerana dapat membuat kita berpeluh walaupun sedikit.Panjang pulak saya berceramah,nanti org cakap resepi nye,mana?hehehe..sabar ye,hari ini afie fieza masak telur sambal berkuah,resepi simple je,tapi boleh membangkitkan selera anda sebab saya ada menu sampingan ulam kacang bendi dgn sambal belacan bakar dan ikan masin goreng.Tapi,saya cuma masukkan resepi telur sambal berkuah,kerana menu yang lain tu semua org boleh buat kan?So,nak tahu resepi nya sila rujuk dkt bawah...=)
BAHAN2NYA:
4 BIJI TELUR
1 SUDU BESAR CILI BOH
1 BIJI BAWANG BESAR DIHIRIS HALUS
3-4 KEPING ASAM KEPING
4 ULAS BWG PUTIH DITUMBUK
4 BUJI CILI KERING DITUMBUK
1 SUDU BESAR GULA
GARAM
1 CAWAN AIR
CARA2NYA:
TUMIS BAHAN TUMBUK SEKEJAP KEMUDIAN MASUKKAN CILI BOH DAN GAUL SEKETIKA.MASUKKAN BWG BESAR,KACAU SAMPAI LAYU SEDIKIT.MASUKKAN GULA,GARAM DAN ASAM KEPING.SELEPAS ITU MASUKKAN AIR.BIAR MENDIDIH SEDIKIT,BARULAH PECAHKAN TELUR SATU PERSATU KEDALAM NYA.BIAR MENDIDIH,JGN SAMPAI KUNING TELUR PECAH.BILA KUAH AGAK BERKURANGAN BOLEHLAH TUTUPKAN API DAN HIDANGKAN.SELAMAT MENCUBA... >.<