Sayur Campur......
Udang kicap pekat......
Salam semua....
Tengah nak masuk n3 ni,sambil2 tu saya layan lagu seribu sesalan by jackly victor,shila hamzah & ning baizura,gabungan 3 suara yang mantop gitu.Sekali sekala layan lagu jiwang ni,best jugak.Lagipun saya memang minat dgn lagu ni,lirik nya best!!Ok lah,lunch hari ni saya masak sayur campur,udang kicap pekat & chicken tampura(yang ni beli segera punya,tinggal nak goreng je).Saya masukkan bahan2 utk sayur campur & udang kicap pekat je k...ish...ish..ish....best nye lagu ni,tersentuh hati gue...huhuhuhu.... =)
BAHAN2 UTK SAYUR CAMPUR:
Kubis
Bunga kubis
Brokoli
Carrot
Asparagus
Kacang pis
sayur jagung
cili merah
1 biji telur
bwg merah/bwg putih(dihiris)
1 biji cili merah
garam/perasa secukup rasa
lada hitam kasar
Tumis bwg merah dan bwg putih hingga naik bau dan kekuningan.Pecahkan telur dan hancur2kan,masukkan lada hitam,kacau sebentar.Selepas itu masukkan kesemua sayur yang telah siap dipotong dan dibersihkan.Last sekali masukkan garam dan perasa,boleh dihidangkan.
**Kesemua jenis bahan saya tak masukkan sukatan,ikut banyak mana anda nak masak,so agak2 sendiri.
BAHAN2 UTK UDANG KICAP PEKAT:
500gm udang dibuang kulit dibersihkan
5 biji cili kering
2 biji bwg merah dihiris
2 ulas bwg putih dihiris
sebesar ibu jari halia hiris halus2
1 biji bwg besar potong 4
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 mangkuk kecil kicap pekat
2 sudu gula perang
garam/perasa secukup rasa
minyak utk menumis
Tumis cili kering terlebih dahulu,kemudian masukkan bahan hiris sehingga naik bau dan kekuningan.Selepas itu masukkan udang dan gaul2 rata.Masukkan pula sos tirem,sos cili dan kicap,gaul lagi.Kemudian masukkan garam/perasa dan gula perang.Biar sebentar,dan bila kuah nampak agak2 pekat sedikit barulah masukkan bwg besar,biar bwg masak sedikit,jgn layu,barulah ditutup api dan dihidangkan...selamat mencuba... =)
0 comments:
Post a Comment