CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Wednesday, November 9, 2011

NASI KERABU ALA SYURGA D' PINGGAN....LAMA DAH TAK UPDATE BLOG


Salam semua...
Lama betul kan saya tak update blog saya ni?eemmmm....busy sangat2,sebab tu lah takde masa nak update.Bukan setakat busy tapi + lazy coz bila dah lama tak bukak blog,bila da masa pulak kemalasan yg datang bertandang kat saya nak menulis...hehehe..tapi,hari ni hari rajin saya.Saya nak kongsi dgn kawan2 semua resepi nasi kerabu ala syurga d' pinggan,yang tersangat lah mudah nak buat coz saya ikut bahan yg saya ada,teringgin nak makan nasi kerabu so buat lah simple2 je.Tapi rasa nya tak jauh,sedap2!betul2..tak tipu...hehehe... =)

Bahan2 utk nasi:
5 cawan beras wangi(dibasuh bersih,masukkan beberapa titik pewarna biru)
**beras biasa pun boleh/masak mcm masak nasi biasa tu**

Bahan2 lain utk nasi kerabu:
kelapa parut putih rm2.00(di aru atas dapur,sebelum tu gaul dgn maggi secukup rasa,gaul sampai kecoklatan)
6 ekor ikan kembung(digaul dgn serbuk kunyit/garam/perasa dan goreng samapi masak)
4 biji telur masin(rebus sampai masak)
keropok ikan yang siap digoreng
rendang daging(cara buat rendang ni semua pandai buatkan,tak perlulah saya tuliskan)
air budu diperah dgn jus limau kasturi dan hirisan cili padi

Bahan sambal cili:
10 biji cili merah
jus limau
sedikit garam/gula
(blend semua bahan)

Bahan ulam:
timun
kubis
bunga kantan
kacang panjang
**semua bahan hiris halus2**

p/s: bahan ulam terpulang kpd masing2 yg nak tambah ulam2 yg lain.kalau tak nak guna daging rendang,boleh tukar dgn lauk2 yang lain.ikut selera masing2.simple kan nasi kerabu saya....selamat mencuba.. =)

0 comments:

Post a Comment