Salam khamis...
Haa...hari ni nak kongsi resepi laksa sarawak yang best sangat2.Lama betul tak buat laksa sarawak ni,selalu nya kalau teringin nak makan saya beli je dkt luar.Ni atas permintaan adik saya,saya rajin kan diri untuk membuat laksa sarawak ni.Inilah hasil nya,dan tak rugi buat sendiri coz saya boleh makan 3 mangkuk,utk hari tu..hehehehe..kalau nk try,tengok resepi dkt bwh k.. =)
Bahan2 utk mee:
4 pkt bee hoon(direndam dgn air panas,bila dah lembut toskan)
1 ikat sawi(dicelur)
1 kilo udang (kupas kulit dan rebuskan)
2 dada isi ayam (rebus sampai masak/bila sejuk isi ayam dikoyak2 halus)
8 biji telur ayam(dijadikan telur dadar dan dihiris halus2)
Bahan hiasan:
5 biji cili merah dan hijau dihiris
10 biji limau kasturi dipotong 2 setiap satu
daun sup/daun bawang dihiris halus
bawang goreng
Bahan utk kuah laksa:
1 pkt besar pes laksa sarawak(boleh pakai brand yg anda suka)
2 kotak santan kurang lemak(saya guna ayam brand)
1 kotak santan lemak
1 mangkuk besar air rebusan udang tadi
1 mangkuk besar air rebusan ayam tadi
garam/ajinomoto secukup rasa
sedikit gula
2 tin sambal udang
Bahan utk sambal belacan:
8 biji cili merah
2 kiub belacan
sedikit air dan sedikit gula
(blend kan semua bahan)
p/s: pes laksa tadi direbus sampai mendidih terlebih dahulu,bila dah betul2 mendidih,toskan dgn penapis supaya terasing kuah dgn bhn2 kasar didlm pes tersebut.Barulah boleh masukkan santan,air rebusan udang dan ayam,dan bahan2 lain utk kuah laksa tadi.biar mendidih sampai 1 jam atau lebih.
Cara penyediannya:
Mula2 masukkan bee hoon ke dalam mangkuk,kemudian sayur sawi,isi ayam,udang,telur.Selepas itu boleh tuangkan kuah laksa,taburkan dgn bwg goreng,daun bwg,daun sup,cili merah/hijau,limau kasturi.last sekali ambil sambal belacan,dan gaul rata2,boleh lah dimakan..nyum2...selamat mencuba..
0 comments:
Post a Comment