CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Tuesday, November 29, 2011

:: BLUEBERRY CHEESE TART ::


Selamat petang & salam selasa...
Rasanya hari ni boring sangat2 coz 2 hari dah busy bawak anak2 pegi jalan2 & ada buat majlis tahlil arwah nenek lelaki sebelah mak pada hari ahad,iaitu 1 muharam.Kita org buat majlis tu dekat rumah mak su,dan hari isnin nya pulak masih dkt rumah mak su,lunch dkt sana dan rasa fun sangat2 coz lama dah tak bergumpul,so cecerita pun banyak tak habis2...hehehe,cuma ada jugak yg kurang time tu takde pak su n cousin(acin),coz ada yang di KL study & pak su pulak tak dpt balik kerja di bintulu.Apa2 pun tetap best,but 2 minggu dari sekarang kita org nak buat family gathering,insyaallah...time tu pak su dgn acin ada..hope acin join family gathering kali ni.Ok lah nak dipendekkan cerita nya,jom kita lihat bahan2 utk blueberry cheese cake ni,very simple!! Must Try!!

BAHAN2 UTK PASTRI:
125 gm mentega
65 gm gula
1 biji kuning telur
250 gm tepung gandum
1 sdb air sejuk
1/2 sudu teh esen vanilla

BAHAN UTK INTI:
250 gm cream cheese
20 gm mentega
60 gm gula
1 biji telur
hiasan:inti blueberry(boleh tukar dgn coklat/strawberry/nanas dll.

cara2nya:
Pukul mentega dan gula hingga putih,kemudian masukkan kuning telur dan pukul sekejap.setelah itu masukkan air sejuk dan esen vanila.Masukkan tepung sedikit demi sedikit,sehingga menjadi doh.Bungkus doh dgn plastik dan simpam dlm peti sejuk selama 1 jam.Setelah 1 jam doh dibentukkan dlm acuan tart dan bakar separuh masak.sementara membakar ,kita buat inti nya.Pukul cheese dan butter bersama gula hinggan sebati.kemudian pecahkan telur,pukul lagi,ketepikan.Bila pastri yang dah separuh masak tadi diangkat dari oven,masukkan adunan cheese tadi kedlm pastry dan letak inti blueberry ditengah2,nak corakkan ikut kretiviti masing2 pun boleh.Bakar sekali lagi sampai masak.Selamat mencuba!! =)

0 comments:

Post a Comment