CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Friday, November 18, 2011

:: BUBUR KACANG HIJAU DURIAN ::


Salam Jumaat...
N3 hari ni lewat sikit masuk sebab sibuk sikit.Hubby ada beli durian,pastu dia mintalah saya buatkan bubur kacang hijau,kemarin dah dibelikan kacang hijau,tapi baru hari ni nak buat.Kebetulan pulak hari ni,hari yang penuh keberkatan,hari jumaat,eloklah saya buat bubur kacang ni untuk sedekah kat jiran tetangga kan...ok lah tak payah nak panjang2 cerita,walaupun bubur kacang ni ramai yang pandai buat,tapi saya masukkan juga resepinya kat sini k,mudah2an ada yang nak cuba... =)

Bahan2nya:
1 mangkuk kacang hijau(direndam 1 jam)
1 kotak santan(ayam brand)
4 senduk kecil gula
sedikit garam
16 ulas durian
3 helai daun pandan di ikat
air
6 sudu tepung pulut (dicampur dgn 2 sudu gula aising dan sedikit air suam,digaul sampai jd doh,dan buat bebola kecil rebus dlm periuk dgn air mendidih.**seperti buat buah melaka)

Kacang hijau di rebus sampai masak bersama daun pandan,kemudian toskan.Masukkan ke dlm santan yg dh dicampur dgn air,biar mendidih.Setelah itu masukkan bebola dari tepung pulut tadi dan durian.masukkan pula gula dan garam.Biar mendidih dan kauh pekat sedikit.Boleh lah dihidangkan...

0 comments:

Post a Comment