Salam petang isnin...
Tengah buat apa semua?Apa khabar?Harap sihat semua k,N3 hari ni saya nak masukkan resepi nasi lemak sambal udang yang saya buat utk makan tengahari ni.Walaupun belum sihat sangat tapi saya gagah kan diri utk masak di dapur.Bukan apa,mengenangkan suami balik kerja utk makan tengahari,takde pulak lauk nak dijamah,mahu tak mahu kena kuatkan diri..huhuhuhu...,ok lah resepi nya simple je,so if nak try boleh rujuk kat bwh k...
Bahan utk nasi lmk:
5 cawan beras wangi
5 keping hirisan halia
1 batang serai dititik
1 kotak santan (ayam brand)
sedikit garam
beberapa helai daun pandan
air
Bersihkan beras terlebih dahulu,kemudian campurkan semua bahan diatas,masak nasi.
Bahan sambal udang:
2 biji bwg besar dihiris bulat2
1 kilo udang (buang kulit)
10 biji bwg merah
5 ulas bwg putih
1 mangkuk sederhana cili boh
garam dan perasa secukup rasa anda
2 sudu besar gula(ikut selera masing2)
2 kiub belacan bintulu (belacan lain pun boleh)
Tumis bahan blend (bwg merah/bwg putih/belacan)dan cili boh sampai pecah minyak.Selepas itu masukkan udang dan biar seketika,kacau2.last sekali masukkan bwg besar,garam/perasa/gula.biar seketika,barulah diangkat.
Bahan lain:
1 biji timun hiris bulat2
6 biji telur ayam direbus
5 ekor ikan masin kembung digoreng
kari daging lembu(yang ni semua pandai buat kan,so tak perlu saya masukkan resepi nya ok,tapi nak tukar dgn lauk lain pun boleh.)selamat mencuba.. =)
0 comments:
Post a Comment