CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Saturday, January 29, 2011

:: Ayam Semo ::

Salam semua...
Dah makan ke belum?Mesti ada yang dah makan,sedang makan,sedang memasak dan ada yang belum makan sebab berdiet kan.Malam ni,afie fieza masak ayam semo,memang selalu nya menu masakan saya 2 ke 3 jenis sahaja sebab family tak ramai.Tapi malam ni..jeng3,1 jenis je..hehehehe..sebab kalau malam selalu nya tak makan banyak,jadi 1 jenis lauk dah memadai.Apa2 pun,kalau nak tahu resepinya,kenalah rujuk dkt bawah ok..selamat mencuba..
>.<
BAHAN2NYA:
1 DADA AYAM(DIPOTONG IKUT SUKA ANDA)
1-2 SUDU BESAR SERBUK KUNYIT
2 SUDU TEPUNG BERAS
SEDIKIT GARAM
2 BIJI CILI MERAH(BELAH DUA DAN BUANG BIJI NYA)
1 BIJI BAWANG BESAR(BELAH 4)
2 ULAS BWG PUTIH( DIHIRIS HALUS)
2 BIJI BWG MERAH(DIHIRIS HALUS)
1 INCI HALIA(DIHIRIS HALUS)
2 SUDU BESAR SOS TIRAM
3-4 SUDU BESAR KICAP MANIS
SEDIKIT AIR
CARA2NYA:
AYAM DILUMUR DENGAN SEDIKIT GARAM,SERBUK KUNYIT DAN TEPUNG BERAS.GORENG AYAM SAMPAI MASAK DAN ANGKAT.TUMIS BWG MERAH,BWG PUTIH,HALIA DLM SEDIKIT MINYAK SELEPAS MENGGORENG AYAM TADI.TUMIS HINGGA KEKUNINGAN SEDIKIT BARULAH DIMASUKKAN CILI,BWG BESAR.GAUL SEKEJAP,KEMUDIAN MASUKKAN SOS TIRAM,KICAP MANIS DAN SEDIKIT JE GARAM,JGN BYK2.MASUKKAN AYAM YG TELAH DIGORENG TADI,GAUL2 KAN.AKHIR SEKALI SEDIKIT AIR,BIAR KUAH AGAK PEKAT SEDIKIT.TUTUP API DAN BOLEH DIHIDANGKAN.


0 comments:

Post a Comment