CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Monday, January 31, 2011

:: 2 Hidangan Sederhana T.hari ini ::


Salam satu malaysia...

Hujan baru je berhenti,cuaca sejuk 2-3 hari ni,macam duduk dekat oversea lah pulak.Lebih2 lagi dekat kediaman saya ni,Puncak Borneo..sejuk,dan lagi2 kalau musim hujan.Kalau dekat semenanjung ada Genting Highlands dan Cameron Highlands,dekat Bumi Kenyalang pulak ada Borneo Highlands.Tempat sejuk,ada kabus2 gitu macam berada di Bollywood pulak,bila berlari2 dekat taman bunga nya...hehehehe..mula lah berangan tu.Eeemm....berbalik kepada resepi lunch saya dan family hari ini ialah,jeng..jeng..jeng......sayur peria telur dan ayam buttermilk.

:: SAYUR PERIA TELUR ::

Bahan2nya:

1 biji peria(dihiris nipis2,terpulang pada citarasa masing2)

1 biji cili merah dihiris

1 biji telur

2 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

sedikit ikan bilis

garam/ajinomoto secukup rasa anda

sedikit minyak untuk menumis

Cara2nya:

Tumis ikan bilis,bwg merah,bwg putih,dan cili hingga sedikit kekuningan.pecah kan telur dan kacau.kemudian masukkan peria,gaul sebati dgn telur dan last sekali masukkan garam dan perasa.angkat dan hidangkan.Untuk bahan ayam buttermilk pulak ialah...
:: AYAM BUTTERMILK ::
Bahan2nya:
4 ketul ayam drumstick(dicuci dan setiap drumstick potong 3)
*gaulkan ayam dgn sedikit garam,serbuk kunyit 1 sudu besar dan tepung beras 2 sudu besar,goreng kan sampai masak,angkat dan toskan*
2 biji bawang merah ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
5-6 biji cili kering ditumbuk
1 batang serai dititik
15 helai daun kari
3 sudu butter(saya guna butter snow)
1 cawan susu cair
sedikit garam dan perasa
Cara2nya:
Cairkan butter dalam periuk kemudian tumis serai dan bahan tumbuk juga daun kari hingga naik bau.selepas itu masukkan ayam yang dah siap digoreng,juga susu cair.gaul rata2,masukkan garan dan perasa,bila dah agak2 creamy boleh lah ditutup api dan dihidangkan.Selamat Mencuba.. >.<



0 comments:

Post a Comment