Salam semua...
Apa khabar semuanya,hope semua sihat.Sepanjang hari ini saya tak on9,sekarang baru nak on9,sebab apa?Sebab baru je ada masa terluang nak menghadap laptop.Hari ini agak sibuk lah sikit,banyak keja nak dibuat,kemas rumah dan buat apa yang patut,jadi hari ini afie fieza masak untuk lunch lauk dalam tin sahaja,harap maklum ye,sekali sekala makan lauk dlm tin ni pun tak apa kan,hehehe...tapi..tapi,hari ini afie fieza sempat lah jugak buat kek kukus coklat yang juga dibantu oleh anak sulung saya Azyan Nadzira(pembantu dapur hari ini).Buat kek ni simple je,saya dapat resepi ni dari internet jugak,dalam my resepi.com,tapi saya ubah sedikit resepi nya,kalau nak tahu resepinya sila rujuk dkt bawah ye,seperti biasa...Selamat Mencuba.. >.<
BAHAN2 NYA:
5 BIJI TELUR
2 CAWAN TEPUNG GANDUM
2 CAWAN SERBUK KOKO
1 CAWAN MINYAK MASAK
1 SUDU BESAR OVERLATE
1 SUDU KECIL BAKING POWDER
1 SUDU KECIL B.SODA
2 CAWAN GULA AISING
1 CAWAN AIR PANAS
2 SUDU BESAR SUSU MANIS
TOPPING:
1 CAWAN SERBUK KOKO
1 CAWAN SUSU CAIR
1 CAWAN GULA AISING
3 SUDU BESAR TEPUNG JAGUNG(BANCUH DGN SEDIKIT AIR)
COKLAT CHIP UNTUK HIASAN
CARA2NYA:
PUKUL GULA DAN TELUR SAMPAI PUTIH,KEMUDIAN BARULAH DIMASUKKAN TEPUNG GANDUM,KOKO,BAKING POWDER,B.SODA YANG TELAH DIAYAK BERSAMA TADI.SETELAH ITU MASUKKAN AIR PANAS,KACAU LAGI.SELEPAS ITU MASUKKAN OVERLATE,SUSU MANIS DAN MINYAK MASAK.PUKUL SAMPAI BETUL2 SEBATI.MASUKKAN DALAM ACUAN 7'7 DAN KUKUS SELAMA 45MINIT.BIARKAN KEK SEJUK TERLEBIH DAHULU,BARULAH DITUANGKAN TOPPING KEATAS NYA DAN TABUR DGN COKLAT CHIP.
UNTUK MEMBUAT TOPPING,GAULKAN SEMUA BAHAN DAN KACAU DIATAS API YG KECIL,SENTIASA DIKACAU SUPAYA TIDAK BERKETUL.
Sunday, January 30, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment