Salam semua..
Maaf sangat2 sebab baru sekarang sempat masukkan resepi menu yang saya masak siang tadi...hehehehe
Lunch tadi masak biasa2 je,simple sangat2..penyakit malas tu dah nak datang,tapi saya cepat2 elak.Penyakit malas ni memang biasa akan datang sekali sekala..betul tak??tapi sekejap je,jgn lama2 tau..hehehe..
Berbalik semula pada resepi diatas,dkt bawah tu bahan2 untuk dirujuk..selamat mencuba..
BAHAN2NYA:
2 BIJI TELUR TOFU(DIPOTONG BULAT2)
1 BIJI TELUR AYAM
TEPUNG JAGUNG
SEDIKIT GARAM
MINYAK UNTUK MENGGORENG
SOS TIRAM
KICAP MANIS
SEDIKIT SERBUK LADA HITAM
1 BIJI CILI MERAH(CINCANG HALUS)
SEDIKIT AIR
CARA2NYA:
TOFU DICELUP DLM TELUR YG TELAH DIPUKUL,KEMUDIAN GAUL DGN TEPUNG JAGUNG.GORENG DLM MINYAK SAMPAI GARING,GORENG SAMPAI HABIS DAN TOSKAN MINYAKNYA.KEMUDIAN MASUKKAN CILI DLM SEDIKIT MINYAK LEPAS MENGORENG TOFU TADI,SOS TIRAM DLM 3 SUDU BESAR,DAN KICAP MANIS DLM2 SUDU BESAR.MASUKKAN SEDIKIT SAHAJA GARAM DAN LADA HITAM DAN SEDIKIT AIR.BIAR KUAH AGAK PEKAT SEDIKIT,BARULAH TUANG KE ATAS TOFU TADI.SELAMAT MENCUBA..
Friday, January 28, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment