CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Monday, December 19, 2011

:: KARI TELUR REBUS ::


Detik jam 10:27 am.......
Sekarang ni nak masukkan n3,takut nanti takde masa nak masukkan n3,so bila peluang ada kenalah cepat2,kalau takde masa,nanti kemalasan datang bertandang,tak baik kan?Tapi,untuk awak2 semua,saya cuba masukkan resepi,walaupun update 1 kali sehari,kalau kadang2 tu dalam sehari takde update,tu maksudnya busy sangat2 ye...hehehe..,nak kata busy sangat tak lah jugak tapi seminggu 2 ni,kepala ni asyik pening2 je,terasa berat je...huhuhu,ok lah kita ke resepi hari ni...jom!!

BAHAN2 NYA:
6 biji telur direbus dan dikupas kulitnya
2 btg daun kari
4 sudu besar serbuk kari dibancuh dgn air
1 sudu besar kerisik
garam/gula/perasa secukup rasa anda
minyak utk menumis
air
sedikit serbuk jintan manis/jintan putih/ketumbar bancuh bersama dlm serbuk kari tadi.

Bahan blend:
5 biji bawang merah
3 ulas bwg putih
6 biji cili kering
2 inci halia
1 batang serai
1 inci lengkuas

Tumis bahan blend hingga kekuningan dan naik bau,kemudian masukkan daun kari dan campuran serbuk kari tadi bersama dgn kerisik,biar hingga pecah minyak,Kemudian masukkan air dan biar mendidih,air agak2 jgn terlampau cair dan jgn terlampau pekat.Bila dah mendidih masukkan gula/garam dan perasa.last sekali masukkan telur yang dah siap direbus tadi dan di potong 2.selamat mencuba..... =)

Sunday, December 18, 2011

:: SAMBAL GORENG SOTONG KERING ::


BAHAN BLEND:
15 biji cili kering( direbus dgn air panas )
7 biji cili merah
4 ulas bwg putih
2 kiub belacan

BAHAN LAIN;
2 biji bwg besar dipotong
4 keping sotong kering saiz sederhana( direndam dgn air panas selama 1 jam dan selepas itu guntingkan ikut suka)
minyak untuk menumis
gula/garam/ajinomoto secukup rasa

Tumis bahan blend hingga naik bau dan pecah minyak,kemudian masukkan sotong dan bwg besar.Gaul2 hingga rata,last sekali masukkan gula/garam dan perasa.. =)

Thursday, December 15, 2011

:: MASAK LEMAK KOBIS & SAMBAL BELACAN ::

Salam khamis semua.....
Sambal belacan...eeemmmm,kecor air liur,hari ni masak lauk kampung,sekali sekala kan makan lauk kampung ni,memang sedap,ditambah dgn masak lemak kobis,dan ikan masin memang boleh tambah 2-3 pinggan nasi.Tapi oleh kerana ikan masin takde,saya gantikan dgn telur masin,ssssss.....sedap nye.


Tadi..masa kita orang lunch memang berselera betul,habis lauk hari ni...hehehe.Walaupun masakannya nampak ringkas je tapi boleh buat kita tambah nasi 2-3 pinggan,tak caye ke?tak caye try lah... =)

SAMBAL BELACAN:
4 biji cili merah
2 kiub belacan
1 mangkuk kecil ikan bilis
sedikit gula

Tumbuk semua bahan...

MASAK LEMAK KOBIS:
1 biji kobis saiz kecil(potong dan cuci)
3 batang sosej(potong/boleh tukar dgn udang,sotong,isi ayam)
1 kotak santan(kotak kecil)
garam/perasa
sedikit suun

Bahan Tumbuk:
3 biji cili padi
2 biji bwg merah
2 ulas bwg putih
ikan bilis

Tumis bahan tumbuk hingga kekuningan dan masukkan sosej atau udang/sotong/isi ayam ikut selera anda.kemudian masukkan santan dan air,kacau2 jgn sampai santan pecah,sentiasa digaul.kemudian masukkan kubis,dan biar kubis masak,jgn terlampau layu nanti tak sedap.last sekali masukkan perasa dan garam.Bolehlah dihidangkan bersama sambal belacan,ikan masin atau telur masin...

Wednesday, December 14, 2011

:: KARI KEPALA IKAN MANCONG ::


Salam semua...
Apa khabar?Semoga dikurniakan kesihatan yang baik hari2 ye..time ni saya duduk sorang2 dekat dpn laptop,sunyi sangat,baru je lepas hujan,pastu dengar pulak bunyi burung2 berkicauan.Dah beberapa hari tak masukkan n3 kat sini sebab sibuk sangat2.Bawak anak2 pergi beli barang2 sekolah,nanti takyah nak fikir lagi,bila semua dah siap sedia,tunggu nak ke sekolah je lagi.Ok lah,bagi penggemar ikan,hari ni saya nak kongsi resepi kepala ikan mancong yang telah saya masakan kari.Takde masakan lain yang lebih sesuai dengan kepala ikan ni,kalau tak kari,asam pedas,tapi kalau kepala ikan yg besar memang sesuai masak kari.Eeemmm...kalau makan kat kedai mamak memang kari kepala ikan ni RM 40++...jom layan bahan2 nya kat bawah..... >.<

BAHAN2 NYA:
900gm kepala ikan mancong(dibersihkan)
2-3 batang daun kari
5 batang ladies finger (dipotong 2 setiap satu)
2 biji cili merah (dibelah 2)
3 biji tomata (belah 2)
6 sudu besar serbuk kari(dibancuh dgn air)
Rempah tumis(kayu manis/buah pelaga/cengkih/bunga lawang)
2 sudu besar kerisik
garam/perasa/gula secukup rasa
air

BAHAN BLEND:
5 biji bawang merah
4 ulas bwg putih
halia
lengkuas
serai
6 keping cili kering
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih

Tumis kan daun kari terlebih dahulu,dan rempah tumis,kemudian masukkan bahan blend,tumis hingga naik bau.Selepas itu masukkan pes kari dan kerisik,biar hinggan pecah minyak.Masukkan pula air dan biar mendidih seketika,barulah di masukkan kepala ikan tadi.Biar lagi seketika,selepas itu masukkan ledies finger.Akhir sekali masukkan bahan2 perasa dan buah tomato.Selamat mencuba dan menjamu selera.....nyum2!!

Thursday, December 8, 2011

:: JAPANESE HOME BEANCURD ::


Selamat malam semua...
N3 hari ni saya nak kongsi resepi japanese home beancurd.Resepi ni lebih kepada sayur-sayuran,boleh tengok dekat pic atas tu,sampai tak nampak egg tofu nye kan...Sebenarnya resepi ni ada kuahnya,tapi oleh kerana dah dipenuhi sayur-sayuran yang banyak maka kuahnya dah tak nampak,kuahnya tu bukan lah melimpah ruah,tapi yang pekat2 gitu...nampak macam tak sedap ke?eemmm...saya tengok pic nya memang nampak tak sedap,lebih2 lagi bagi yang tak gemar nak makan sayur,tapi sebenarnya memang sedap yang bahagian tofu tu...saya suka sangat...jom!

BAHAN2 NYA:
3 pkt tofu egg(beancurd)hiris gaul dgn tepung jagung,goreng garing dan toskan.
sedikit isi ayam @ udang(saya guna isi ayam je)
1/2 batang carrot dihiris
6 biji cendawan butang potong 4
2 keping fungus kering (rendam dah kembang potongkan)
5 batang kacang buncis potong 2
1 biji cili merah hiris memanjang
3 ulas bwg putih dicincang halus
sos tiram/garam/perasa/lada hitam
1 sudu besar tepung jagung bancuh dgn sedikit air

Tumis bwg putih hingga kekuningan dan masukkan isi ayam yang dah dipotong kecil2.kemudian masukkan semua jenis sayur-sayuran yang dah sedia ada,gaul rata2.masukkan sos tiram,gaul lagi.last sekali masukkan garam,lada hitam,perasa dan tepung jagung yang dah dicampur dgn air.dah masak tuangkan ke atas egg tofu yang dah hias bersama sayur salad.

:: SOTONG MASAK KICAP ::


Apa khabar semua??Salam pagi khamis.....
Dah masak ke belum?Lunch hari ni nak masak apa ye kawan2,kalau takde idea nak masak apa,boleh lah bukak blog2 masakan yang ada dalam internet ni.Dekat situ anda semua boleh cari apa2 je resepi yang ingin anda cuba kan?Saya pun kekadang macam tu jugak,kalau dah hilang idea nak masak apa,memang saya akan cari dalam blog2 masakan kawan2 yang lain.Bila dah jumpa yang kenan di hati tu,saya akan copy dalam satu buku,dan bila rasa nak try saya akan cari dlm buku tersebut.Ok lah hari ni nak kongsi resepi sotong masak kicap yang sesuai kita makan dgn nasi putih time lunch or dinner pun boleh...sarapan pagi???Tak sesuai...tak sesuai...Jom!!

BAHAN2NYA:
1 biji bawang besar dipotong 4
2 biji bawang merah dihiris
3 ulas bwg putih dihiris
2 inci halia hiris halus2
4 keping cili kering besar
6 ekor sotong saiz king(dibersih,potong)
kicap pekat/sos cili/sos tiram
garam secukup rasa
2 sudu gula perang
minyak utk menumis

Goreng sebentar cili kering tadi,angkat.Tumis bwg merah/bwg putih dan halia hinggan kekuningan.Setelah itu masukkan sotong gaul rata2,masukkan pula kicap pekat,sos cili,sos tiram dan gaul lagi.Bila dah sebati dgn sotong masukkan pula gula dan garam.Biar mendidih,tak perlu masukkan air,kerana air dari sotong sudah ada.Last sekali masukkan bwg besar dan cili kering yang digoreng tadi.Biar bwg besar masak sebentar,kemudian tutup api,dah boleh dihidangkan... =)

Tuesday, December 6, 2011

:: KEK MARBLE YAM/DURIAN/PANDAN ::


Salam semua...
Saya akan masukkan resepi kek marble yam/durian/pandan yang saya janjikan kemarin.Kemarin nak uploadkan tak dapat2,tak tahu kenapa,so hari ni baru dapat upload kan.Rujuk bahan2 utk kek ni dkt bawah.. =)

BAHAN2NYA:
2 biji telur gred A
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar majerin
1 1/2 cawan gula perang
2 sudu besar susu pekat manis
2 cawan tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
1 sudu teh soda bicarbonate*
3 sudu serbuk keju
1 cawan air
pewarna purple/hijau/kuning
perisa yam/pandan/durian

note: * bahan yg bertanda diayak dan disatukan

CARA2NYA:
Pertama blendkan semua bahan kecuali bahan yg bertanda* ,pewarna dan perisa.Selepas itu barulah masukkan bahan bertanda * sedikit demi sedikit.Bila dah sebati bahagikan adunan kepada 3 bahagian.Bahagian pertama diwarnakan purple dan diberi perisa yam,bhgian kedua diwarnakan hijau dan perasa pandan(boleh gunakan pandan paste dan tak perlu ditambah pewrna hijau lagi),bhgian ketiga diwarnakan kuning dan perisa durian.Bila dah siap semua,masukan adunan hijau terlebih dahulu ke dalam acuan yg dah di sapu majerin dan tepung,kemudian kuning dan akhir sekali purple.Gunakan chopstick utk membentuk marble.Bakar dalam oven sampai masak..

Monday, December 5, 2011

:: PARU GORENG KERING & SAYUR CAMPUR ::


Salam isnin...
Ada 2 menu simple saya nak kongsikan dengan anda semua hari ni iaitu paru goreng kering dan jugak sayur campur.Alah menu biasa pun nak kongsi kan?Tapi takpe saya memang buat blog ni nak kongsi apa2 je resepi untuk kita rujuk bersama,buat yang baru2 nak belajar masak tu,dari masakan yang simple barulah ke yang lebih susah tu kan?Dan jugak yang baru kahwin tapi basic memasak tu takde,bolehlah mula kan dgn memasak sayur,dan goreng2 ikan,ayam kan.....




Sambung balik,sebernanya...walaupun resepi simple kalau yang tersayang tu makan berselera,tu dah cukup bermakna buat yang memasak.Eeemmm....lauk yang ni sebenarnya lauk yang saya masak semalam,tapi tak sempat nak kongsi sebab kemarin ada cousin2 datang kat rumah,so riuh betul lah kemarin.Kemarin pun saya sempat buat kek utk jamu dia org dtg,nanti saya kongsikan resepi nya.Oklah saya masukkan resepi paru goreng kering tapi sayur campur saya tak masukkan coz saya dah pernah masukkan resepinya sebelum ni,sila rujuk dkt lebel disebelah kanan. =)

BAHAN2NYA:
1 kilo paru (direbus terlebih dahulu sehingga masak/toskan)

BAHAN PERAPAN:
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
garam/perasa secukup rasa anda
3 sudu besar air
*minyak untuk menggoreng

Setelah paru direbus dan ditoskan,biar sejuk sedikit kemudian hiris baru nipis2 dan lebar2.Kemudian masukkan semua bahan perapan kecuali minyak,gaul sebati.Panaskan minyak,dan goreng paru hingga garing.Angkat dan boleh dihidangkan...selamat mencuba...

Sunday, December 4, 2011

:: MEE KARI AYAM ::


Salam sayang ....
N3 kali ni nak kongsi resepi mee kari ayam,hasil air tangan sendiri.Resepi ni simple,senang je nak buat.Simple but sedap,coz hubby boleh tambah 2 mangkuk,sedap lah tu!!hehehehehe...apa2 pun jom kita rujuk bahan2nya dekat bawah ok....bahan2 utk kuah kari nya hampir sama dgn rendang ayam yang saya pernah masukkan dulu,cuma ada beza sikit je,tapi saya akan masukkan jugak bahan2nya..=)

BAHAN2 UTK KUAH KARI:
1/2 ekor ayam(dipotong & dibersihkan)
3 biji kentang(kupas kulitnya,bersih,potong)
4 sudu besar serbuk kari (dicampur dgn air)
4 sudu besar kerisik
rempah tumis(bunga cengkih/bunga lawang/kayu manis/ketumbar)
1 kotak santan pekat
minyak utk menumis
2 cawan air
garam/gula secukup rasa anda

BAHAN TUMBUK:

4 biji bwg merah

4 ulas bwg putih

2 inci halia

1 batang serai

1 inci lengkuas

5 keping cili kering(dibuang biji)

Tumis bahan tumbuk bersama rempah tumis hinggan naik bau dan kekuningan.Masukkan pula,serbuk kari yang dh dibancuh dgn air tadi,gaul rata2,dan masukkan kerisik.Biar sampai pecah minyak barulah di masukkan ayam dan kentang.Selepas itu masukkan air biar mendidih sebentar,barulah dimasukkan pula santan pekat tadi.Bila dah benar2 mendidih,dan garam/gula ikut cukup rasa masing2.

BAHAN2 LAIN:

2pkt mee kuning(dicelur)

6 biji telur (direbus )

rm 1.00 tauge (dicelur )

2 biji cili merah ( dihiris )

7 biji limau kasturi ( potong 2 )

daun bwg/daun sup dihiris halus

bwg goreng utk hiasan

Thursday, December 1, 2011

:: PANDAN VS VANILA CUPCAKE ::


Selamat malam semua....
N3 malam ni saya nak kongsi cupcake dgn anda semua,tak nak cerita panjang sebab siang tadi dah panjang lebar saya bercerita.Cupcake ni saya dah buat hari ahad lepas tapi baru sekarang nak masukkan.Resepi ni pun saya dapat dari internet,tapi lupa pulak kat mana.Biasalah saya ni,kalau dah dapat resepi yang berkenan mesti nak try,and saya memang siap salin dlm buku resepi saya.Sebab tu lah lupa dkt blog siapa or kat mana saya terambil resepi ni.Bukan apa pun bila dah tulis dlm buku senang lah saya nak rujuk,tak perlu lah saya nak buka laptop bila nak mencuba resepi baru,kan?ok lah jom layan....

BAHAN2NYA:
150 gm mentega
130 gm gula kastor
2 biji telur
1/4 cawan susu segar
1 camca teh esen vanila
1 camca teh pes pandan
160 gm tepung gandum**
1/2 camca teh baking powder** (** disatukan diayak )

BAHAN CREAM/HIASAN:
Whipping cream
choclate rice
colour rice
strawberry roll


Pukul gula dan mentega hingga putih dan kembang,pecahkan telur dan pukul lagi.Selepas itu masukkan tepung yang diayak bersama b.powder tadi,pukul lagi.Kemudian masukkan susu segar,pukul lagi sampai sebati semua bahan.Lepas itu bahagikan adunan cupcake kepada 2 bahagian,satu bahagian dicampur dgn esen vanila,satu bahagian lagi dicampur dgn pes pandan.Masukkan kedua2 adunan kedlm kertas cawan(keras),sudukan.Bakar samapai masak,biar betul2 sejuk,barulah letak whipping cream,tabur dgn choclate rice,colour rice dan strawberry roll.

p/s: hiasan ikut kreatif masing2...

:: RENDANG AYAM 888 ::


Nak tahu kenapa saya letak rendang ayam 888??Nak tahu ke tak nak ni??Pas ni saya beritahu k,tapi sebelum tu saya nak bagi salam dulu,tiba2 je beri soalan,salam lupa pulak...hehehe..Assalammualaikum....mcm mana hari ni,sihat ke?Hope,semua nya dalam keadaan sihat,eemmm...macam tulis surat lah pulak.Zaman dulu2 kan,guna surat kalau nak lepaskan rindu dkt buah hati yang jauh dimata tapi dekat dihati,tapi sekarang guna sms,mms,internet,fb,twitter,ym dan sebagainya.Tak perlu nak susah2 kan nak pergi pejabat pos tu.Haaa...aku dh keluar tajuk lah pulak,nanti apa pulak org kata,dia ni kalau bercerita memang selalu menyimpang ke tempat lain,hehehe...tapi kat sini je aku menyimpang,kalau hakikat hidup sebenar,aku lebih suka duduk dkt dlm rumah,kalau kuar pun dgn hubby dan anak2.Paling2 aku pergi rumah parents dan family selalu dtg bertandang ke rumah aku.Time mcm tu je lah,sempat bersembang dan cecerita,kalau tak aku tak tahu cecerita dkt sekeliling.Bukan tak nak bergaul mesra dgn org sekeliling,cuma lebih suka duduk rmh dr kuar melepak,pas tu tak pasal2 dgr org mengumpat kan??tak baik,betul tak??Kan dah cakap,makin jauh pulak jln cerita nye kan...hhmmm..ok lah,rendang ayam tu aku bagi nama rendang ayam 888 sebab aku guna serbuk kari cap 888,selalu nya guna serbuk kari faiza tapi oleh kerana hari tu singgah ke gaint tujuan nak beli serbuk kari coz stock kat rm dh habis,cari punya cari takde lah pulak brand faiza,so try lah brand 888 ni,sebab ada yg cakap ni jenama kari lama2 punya brand,sedap.So try lah,and hasil nya not bad,memang sedap pun,tak caye?try lah sendiri k... =)

BAHAN2 NYA:
1/2 ekor ayam(dipotong & dibersihkan)
3 biji kentang(kupas kulitnya,bersih,potong)
4 sudu besar serbuk kari 888(dicampur dgn air)
4 sudu besar kerisik
6 keping daun kunyit(dihiris halus2)
rempah tumis(bunga cengkih/bunga lawang/kayu manis/ketumbar)
1 kotak santan pekat
minyak utk menumis
1 cawan air
garam/gula secukup rasa anda

BAHAN TUMBUK:
4 biji bwg merah
4 ulas bwg putih
2 inci halia
1 batang serai
1 inci lengkuas
5 keping cili kering(dibuang biji)

Tumis bahan tumbuk bersama rempah tumis hinggan naik bau dan kekuningan.Masukkan pula,serbuk kari yang dh dibancuh dgn air tadi,gaul rata2,dan masukkan kerisik.Biar sampai pecah minyak barulah di masukkan ayam dan kentang.Selepas itu masukkan air biar mendidih sebentar,barulah dimasukkan pula santan pekat tadi.Bila dah benar2 mendidih,kuah nampak dh cukup pekat,bolehlah dimasukkan daun kunyit dan garam/gula ikut cukup rasa masing2.

P/S: kalau nak rendang nya lebih kering biar lama sedikit mendidih,bila nampak agak2 nak kering,tutupkan api.Saya buat berkuah tapi kuah yg pekat coz anak2 dan hubby suka rendang yg ada berkuah.