CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Friday, November 25, 2011

:: PERFUME YG DAH PERNAH AKU MILIKI ::








Salam semua..
Saya nak kongsi cerita pasal PERFUME...saya adalah antara manusia di muka bumi ini yang tersangat lah minat dengan perfume.Perfume pertama yang saya pernah pakai perfume CK ONE,saya memang suka sangat dgn bau ck one ni,time tu masih anak dara,zaman remaja katakan,but sampai sekarang saya still pakai dan beli perfume ck one ni.Yang beza nya sekarang saya ada macam2 jenis perfume,bukan ck one saja tapi ada yang lain lagi.Gambar di atas tu adalah sebahagian dari perfume yang saya dah guna.Perfume live by Jlo,baunya very sweet,saya suka...hehehe..,tapi buat masa sekarang dah habis,Lencome hypnose,davidoff cool water,paris hilton classic juga antara perfume yg saya gemar.Sekarang ni saya tengah pakai perfume Black XS(paco rabanne),very nice.Rasa2 nya lepas ni kalau perfume yg saya pakai sekarang dah nak habis,saya nak try perfume britney spears(midnight fantasy),nanti saya kongsi lagi dkt sini ok.Nak kongsi jugak perfume for man coz hubby saya pun perminat perfume & now hubby tgh pakai perfume David Beckham(intstinct),baru je beli,sebelum tu hubby guna Hugo boss.Ok lah,next time kita cita lagi pasal perfume,byk perfume yang saya nak kongsi dgn anda semua... bye =)

Tuesday, November 22, 2011

::SAYUR CAMPUR & UDANG KICAP PEKAT::

3 jenis lauk utk hari ini.......


Sayur Campur......


Udang kicap pekat......


Salam semua....
Tengah nak masuk n3 ni,sambil2 tu saya layan lagu seribu sesalan by jackly victor,shila hamzah & ning baizura,gabungan 3 suara yang mantop gitu.Sekali sekala layan lagu jiwang ni,best jugak.Lagipun saya memang minat dgn lagu ni,lirik nya best!!Ok lah,lunch hari ni saya masak sayur campur,udang kicap pekat & chicken tampura(yang ni beli segera punya,tinggal nak goreng je).Saya masukkan bahan2 utk sayur campur & udang kicap pekat je k...ish...ish..ish....best nye lagu ni,tersentuh hati gue...huhuhuhu.... =)

BAHAN2 UTK SAYUR CAMPUR:
Kubis
Bunga kubis
Brokoli
Carrot
Asparagus
Kacang pis
sayur jagung
cili merah
1 biji telur
bwg merah/bwg putih(dihiris)
1 biji cili merah
garam/perasa secukup rasa
lada hitam kasar

Tumis bwg merah dan bwg putih hingga naik bau dan kekuningan.Pecahkan telur dan hancur2kan,masukkan lada hitam,kacau sebentar.Selepas itu masukkan kesemua sayur yang telah siap dipotong dan dibersihkan.Last sekali masukkan garam dan perasa,boleh dihidangkan.

**Kesemua jenis bahan saya tak masukkan sukatan,ikut banyak mana anda nak masak,so agak2 sendiri.


BAHAN2 UTK UDANG KICAP PEKAT:
500gm udang dibuang kulit dibersihkan
5 biji cili kering
2 biji bwg merah dihiris
2 ulas bwg putih dihiris
sebesar ibu jari halia hiris halus2
1 biji bwg besar potong 4
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 mangkuk kecil kicap pekat
2 sudu gula perang
garam/perasa secukup rasa
minyak utk menumis

Tumis cili kering terlebih dahulu,kemudian masukkan bahan hiris sehingga naik bau dan kekuningan.Selepas itu masukkan udang dan gaul2 rata.Masukkan pula sos tirem,sos cili dan kicap,gaul lagi.Kemudian masukkan garam/perasa dan gula perang.Biar sebentar,dan bila kuah nampak agak2 pekat sedikit barulah masukkan bwg besar,biar bwg masak sedikit,jgn layu,barulah ditutup api dan dihidangkan...selamat mencuba... =)



Monday, November 21, 2011

:: HASH BROWN+BLACK PEPPER HOT DOG+SCRAMBLE EGG+ONION FRIED ::


Assalammualaikum...
Tengah buat apa semua?Ni mesti tengah duduk depan tv,tengok perlawanan bola sepak malaysia vs indonesia kan?Saya..sambil masukkan n3 ni sambil tu lah tengok tv,malaysia lwn indonesia tu,time ni masih 1-1,harap2 pasukan harimau malaya kita menang.Mula2 tengok tadi saya dah rasa stress,adui2 awal2 lagi indonesia dah gol,pastu msia dpt gol hilang stress aku,hehehehe...MALAYSIA BOLEH,GOL..GOL..GOL...,heemmm..sambung balik,n3 malam ni saya nak masukkan makan malam yang saya masak tadi,very2 simple,goreng je..nyum2! =)

Bahan2:
Hash brown
black pepper hot dog
onion
egg
chili sauce

** hash brown dan black pepper saya goreng je,semua pandai kan.pastu bwg besar saya potong bulat2 dan celupkan dgn tepung beras yang dicampur dgn sedikit air,lada hitam kasar,sedikit garam dan goreng.telur pulak saya campurkan dgn susu segar,lada hitam,sedikit garam dan mix herbs dan goreng dlm non stick pan dgn menggunakan sedikit majerin.Dah siap semua boleh makan bersama sos cili dan mayonis..simple..selamat malam.. =)

Sunday, November 20, 2011

:: DAGING BLACK PEPER ::


Salam ahad...
Kemarin ada lah beli daging lembu,niat tu memang nak masak black pepper.Lama betul dah tak masak masakan ni,so terlaksana lah jugak.Tengah memasak daging ni,saya terlupa lah pulak takde daun bwg,bagi saya lah,kalau takde daun bawang nampak mcm kosong je kan,tu pndpt saya lah.Last2 saya teringat yang anak saya ada tanam bwg merah,dah tumbuh pun daun bwg nya,nasib baik ada walaupun daun nya tak besar sangat tapi berbaloi lah jugak,thanks kakak.apa2 pun resepi ni simple,jom layan......

BAHAN2NYA:
Daging lembu dipotong(banyak daging ikut suka anda)
2 biji bwg besar hiris bulat2
1 ketul halia hiris halus
3 ulas bwg putih diketuk sahaja
1 pokok daun bwg
1 bungkus maggi black pepper
minyak/air

Daging digoreng dlm minyak terlebih dahulu bersama halia dan bwg putih,agak2 dah bertukar warna masukkan maggi black pepper yang dh dicampur dgn sedikit air.setelah itu gaul rata2.kemudian masukkan air 1 mangkuk kecil dan biar sampai mendidih dan daging cukup masak.Nampak macam kuah dh pekat,boleh lah masukkan bwg besar dan biar sebentar,Bila bwg dah nampak masak sikit,jgn sampai layu,tutup api dan masukkan daun bwg.tak perlu garam lagi sebab maggi black pepper dah ada perasa.

Saturday, November 19, 2011

:: OSAKA CAKE & MCD OH MCD (LUNCH) ::

Ni lah OSAKA CAKE yg saya cakap tadi..sedap!

yang ni kotak nya,dlm ada 6 biji rm 13 lebih..

lunch tadi makan big N tasty..nyum2...

gentang goreng....
si kecil aisya maira tgh layan chicken nuggets


Siang tadi kita org jalan2 bawak anak2 beli barang sikit,pastu jam dah lewat sebab asyik sangat dkt kedai buku,kakak nak beli beberapa buah buku utk dia baca time cuti sekolah ni,sekurang kurang nya adalah aktiviti yg berfaedah kan?Kerana dah lewat nanti balik rumah tak sempat nak masak so kita anak beranak makan lah dkt mcd.Macam biasa saya dgn menu yang biasa saya makan,hubby pulak selalu ikut apa yg saya makan dia pun makan,big n tasty,ambil yang set punya.Habis makan kita org balik,eemm...lupak pulak nak cita pasal osaka cake ni,lama dah saya nak beli cake ni tapi setiap kali nak beli mesti habis,kira kek ni masih baru dkt sini,so cepatlah habis kan.Tapi hari ni,sya dapat beli 1 kotak,tu pun last,nasib baik sempat..hehehe,dalam kotak tu ada 6 biji cake,harga nya dlm rm13.++,saya lupa pulak sen dkt belakang tu,tapi oleh kerana saya ada member card,so adalah less sikit price nya,ada lah dlm rm12.++,lupa jugak berapa sen dkt belakang nya,hehehe,jgn marah!!rasa nya sedap,soft n tak manis sangat,memang sedap,dlm nya ada inti cream castard,very nice,tak rugi kalau nak cuba...try lah!! =)

:: KETIAW GORENG KOSONG ::


Salam malam semua...
Malam ni rasa kurang sihat sikit,kepala ni berdenyut2 je.Tadi nak masak pun rasa malas,tapi perut lapar so cari lah apa yang ada,siang tadi adalah beli 1 pkt ketiaw,tapi bahan campuran takde lah pulak.Aduii...lapar ni,takpe masak je kosong campur dgn 2 biji telur.Bukan takde ayam atau daging,tapi masih beku,so masak kosong je lah kali ni,resepi ni utk yang terdesak nak masak tapi bahan takde,boleh lah coba resepi ni...hehehe,tapi sedap jugak,anak saya kata sedap lah mummy walaupun kosong,bila dah lapar,apa2 pun sedap,janji halal kan?Time saya taip ni,sambil2 saya makan OSAKA CAKE yang saya beli dkt THE GINGER BREAD HOUSE,sedap sangat2 dlm kek tu ada inti cream castard,nanti saya masukkan jugak pic nya k... =)

BAHAN2:
1 Pkt ketiaw(di asing2kan mee nya supaya tak bercantum)
2 biji telur ayam
sos cili
kicap pekat
sos tiram
maggi secukup rasa
gula
sedikit minyak utk menumis
bwg goreng utk hiasan

BAHAN TUMBUK:
3 biji cili kering
2 ulas bwg putih
3 biji bwg merah

Tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan kekuningan,pecahkan 2biji telur dan hancur2kan.Masukkan sos cili,kicap,sos tiram,gula,maggi secukup rasa,gaul rata.last sekali masukkan ketiaw,gaul sebati,angkat dan taburkan dgn bwg goreng,makan...

Friday, November 18, 2011

:: JALAN2 CARI MAKAN LAGI..NYUM2!! ::

Kakak & adik yang suka bergaya dpn kamera

Nilah hubby saya..heheh,tgh lyn makanan yg sedap2..

Yang ni chicken salad,sedap sangat2....

Nyum2......................................

Japanese home beancurd.....very nice!!

Fried rice schezcuan style...agk2nya mcm tulah nama nasi ni..
Tom yam campur.....sedap nye!!!!......

Time ni saya,hubby dan anak2 pergi dinner kat ORIENTAL KITCHEN.Restoran ni menyediakan makanan chinese food yang HALAL.Masuk kali ni dah 6 kali kita org makan kat sini.Sebenarnya lama jugak lah tak datang makan kat restoran ni sebab dah jauh dari rumah,so kali ni tadi berpeluang sekali lagi menjamu selera kat sini.Makanan kat sini sedap2 dan tak rugi kalau nak try,harganya pun berpatutan dan tak mahal pun,sebab tu kita suka makan kat sini.Next time kalau ada perluang nak pergi makan kat ORIENTAL KITCHEN lagi lah.Ok lah kawan2,nanti kalau saya ,hubby dan anak2 ada makan kat tempat lain,saya akan kongsi cerita lagi...bye2.. =)