Thursday, November 10, 2011
:: LAKSA SARAWAK ::
Wednesday, November 9, 2011
NASI KERABU ALA SYURGA D' PINGGAN....LAMA DAH TAK UPDATE BLOG
Sunday, March 27, 2011
:: GARLIC PRAWN FRIED & IKAN ASAM PEDAS NYONYA ::
Hari ni,saya masak special sikit sebab hubby balik dari KL hari ni...suka..suka...hehehehe...miss my hubby so much!Tak sabar rasa nya,flight dia pukul 2ptg sampai Kuching dalam pukul 3.30ptg.Mesti banyak ole2 dr KL buat saya dan anak2...hehehe...,yang paling penting hubby selamat sampai ke distinasi..amin2... =)
Bahan utk garlic prawn fried:
Friday, March 25, 2011
:: SAMBAL TELUR MATA ::
Salam petang jumaat...
Diharap semuanya sihat,hari ni saya teringin nak makan sambal telur mata.Haaa...ni antara makanan kegemaran adik saya cik mirae,berselera makan kalau sambal telur ni ada depan mata,dapat tambah nasi 2 pinggan...hehehe,ok lah saya tak nak banyak celoteh dkt sini,sebab tak sihat,kena selsema,batuk.Kalau sapa2 yang sudi,boleh lah try resepi simple ni ye! =)
Bahan2:
3 biji telur
4 biji bwg merah ditumbuk
3 ulas bwg putih ditumbuk
2 biji cili kering ditumbuk
1 sudu besar cili boh
1 sudu besar gula
sedikit garam
Goreng terlebih dahulu telur tadi sebiji2,letakkan dlm pinggan.Tumis bahan tunbuk dan cili boh hingga naik bau dan selepas itu masukkan gula dan garam.biar sebentar,selepas itu tuangkan ke atas telur tadi. >.<
Thursday, March 24, 2011
:: BITTERBALLEN NASI ::
Salam malam semua...
Malam ni saya nak kongsi resepi yang saya dapat dari buku resepi ibuanda saya tapi telah saya derhaka kan bahan2nya...hehehehe,maksud saya saya ubah kebanyakkan bahannya...hehehehe....jahatnya aku!Takde lah,mana ada jahat pun,ubah ikut kreatifviti masing2 kan.tak salah kan?kan?.....jom lah layan bahan2 utk resepi malam ni...... =)
Bahan2nya:
2 mangkuk kecil nasi
2 sudu planta
3 ulas bwg merah dicincang
3 biji bwg merah dicincang
1 biji bwg besar dicincang
2 sudu sebuk lada putih
3 sudu kecil maggi secukup rasa
3 sudu tepung gandum
3 keping daging burger cincang halus
1/2 cawan cheese parut
1 1/2 cawan air
1 biji telur dipukul
japanese bread crumbs
Panaskan planta dan tumis bwg putih dan bwg merah hinggan naik bau,selepas itu masukkan bwg besar dan gaul lagi hingga sewdikit kekuningan.Masukkan pula tepung gandum dan kacau sehingga berketul-ketul,masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga licin.masukkan maggi secukup rasa,lada putih,nasi dan daging burger tadi,kacau lagi sehingga bergumpal,lepas itu masukkan cheese parut,gaul.Bentukkan menjadi bulat dan celupkan dlm telur kemudian gaulkan japanese bread crumbs,goreng dlm minyak sederhana byk sehingga berwarna kuning keemasan.Boleh makan bersama mayonis dan sos cili...selamat mencuba! >.<
Wednesday, March 23, 2011
:: KETIAW GORENG SOTONG & SOTONG MASAK KICAP ::
Salam Malam Semua....
Siang tadi saya masak sotong kicap untuk makan tengahari,dan malam ni pulak saya masak ketiaw goreng sotong untuk kita org makan malam.Hari ni makan sotong je lah....hehehehe...,hubby takde dirumah,so masak ala kadar je lah,kalau nak diikutkan malas nak masak,takde selera,anak2 pun mcm tu jugak,rindu dekat daddy dia org lah tu,mummy pun rindu daddy...hehehehe...,eeemmmm...,jom layan bahan2 utk resepi diatas! =)
Bahan sotong masak kicap:
850gm sotong(dibersihkan dan dipotong)
1 biji bwg besar(potong 4)
2 ulas bwg putih hiris halus
3 biji bwg merah hiris halus
1 inci halia hiris halus
2 biji cili hijau belah 2
1 biji kentang potong dadu
2 sudu sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair
garam/gula
1 sudu lada hitam kasar
Tumis bahan hiris hingga naik bau dan kekuningan,selepas itu masukkan kentang dan gaul rata.masukkan pula sotong,gaul lagi.selepas itu masukkan sos tiram,kicap pekat,kicap cair,lada hitam dan gaul rata.kemudian masukkan pula bwg besar dan cili hijau tadi,biar mendidih dan kuah nampak pekat sedikit,last sekali masukkan garam dan gula.
Bahan ketiaw goreng sotong:
20 gm sotong(dibersih dan dipotong)
4 batang sayur sawi dipotong
1 biji kentang(potong dadu dan digoreng toskan)
2 biji telur ayam
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar kicap cair
garam secukup rasa
Bahan tumbuk:
3 biji bwg merah
2 ulas bwg putih
1 sudu besar cili boh
Tumis bahan tumbuk hingga naik bau,masukkan sotong dan gaul sebentar.kemudian masukkan kentang yg dah didoreng tadi,pecah telur dah hancur2kan.Masukkan pula kentang,sos tiram,sos cili,kicap pekat,kicap manis,garam.gaul semua bahn rata2,last sekali masukkan ketiaw dan gaul sebati. >.<
:: DONUT LEMBUT ::

Salam semua....
Dah 3 hari tak berblog,kalau ikut seminggu rehat berblog ni,tapi tak tahan nak uploadkan pic masakan saya.Last2 saya ambil gambar guna handphone,sebab tu lah pic nya tak cantik sangat.Tapi takpe,janji nampak lah jugak gambar yang saya ambil tu.Petang kemarin saya ada buat donat,macam biasa saya kan tersangat suka makan donat ni..so petang kemarin terasa nak makan donat lah,so buat lah dlm 16 biji gitu.Sebelum ni saya dah pernah masukkan resepi donat dlm ni,tapi kali ni saya akan masukkan lagi sebab mungkin sukatan ada yang tak sama seperti sebelumnya...jom layan sekejap!!....... =)
Bahan2:
3 mangkuk kecil tepung gandum
2 sudu besar planta
2 sudu besar shortening vegetable
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
6 gm yis
1 sudu kecil b.powder
1 mangkuk kecil air suam2 kuku
gula halus/dulce de leche(untuk mengaul donut bila dah digoreng)
Gaulkan semua bahan kecuali gula halus dan dulce de leche.Lepas itu tekan kan doh dgn acuan donat dan biar kan selama 1 jam,tunggu doh kembang.Bila dah kembang bolehlah digoreng,siap digoreng boleh gaul dgn gula halus ataupun dgn dulce de leche.Dulce de leche ni saya pernah masukkan resepi nya dkt blog saya ni,boleh rujuk bila2 masa. >.<





