CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Friday, November 18, 2011

:: BUBUR KACANG HIJAU DURIAN ::


Salam Jumaat...
N3 hari ni lewat sikit masuk sebab sibuk sikit.Hubby ada beli durian,pastu dia mintalah saya buatkan bubur kacang hijau,kemarin dah dibelikan kacang hijau,tapi baru hari ni nak buat.Kebetulan pulak hari ni,hari yang penuh keberkatan,hari jumaat,eloklah saya buat bubur kacang ni untuk sedekah kat jiran tetangga kan...ok lah tak payah nak panjang2 cerita,walaupun bubur kacang ni ramai yang pandai buat,tapi saya masukkan juga resepinya kat sini k,mudah2an ada yang nak cuba... =)

Bahan2nya:
1 mangkuk kacang hijau(direndam 1 jam)
1 kotak santan(ayam brand)
4 senduk kecil gula
sedikit garam
16 ulas durian
3 helai daun pandan di ikat
air
6 sudu tepung pulut (dicampur dgn 2 sudu gula aising dan sedikit air suam,digaul sampai jd doh,dan buat bebola kecil rebus dlm periuk dgn air mendidih.**seperti buat buah melaka)

Kacang hijau di rebus sampai masak bersama daun pandan,kemudian toskan.Masukkan ke dlm santan yg dh dicampur dgn air,biar mendidih.Setelah itu masukkan bebola dari tepung pulut tadi dan durian.masukkan pula gula dan garam.Biar mendidih dan kauh pekat sedikit.Boleh lah dihidangkan...

Thursday, November 17, 2011

:: BERDEBAR-DEBAR....UPSR ::


Hari ini 17/11/20011...results UPSR dah pun keluar.Dari pagi tadi hati saya berdebar2,sebab takut apa yang diharapkan tak seperti yang kita inginkan.Jam 10.oo pagi tadi dikatakan results UPSR akan keluar.Tapi tunggu punya tunggu dekat sekolah kakak tak jugak ditampal keputusannya.Ramai dah ibu bapa menunggu,nak tahu apa yang anak2 dapat.Macam2 bermain difikiran,baik ke tak baik results nya nanti,mcm tu jugak saya.Dalam pukul 11 lebih,barulah keputusan ditampal oleh guru2 yg bertugas.Bila tengok results kakak,saya bersyukur sangat2,lulus...walaupun tak seperti yang diharapkan untuk mendapat 5A,tapi saya bersyukur,sebab saya tahu dia dah buat yang terbaik dan berusaha bersungguh2.
3A 2B,itulah keputusan upsr yang dia dapat,alhamdulilah...tahniah kakak,mummy sayang kakak!Hope lepas ni akan lebih berusaha supaya dapat lebih baik untuk peperiksaan seterusnya nanti.Sebelum UPSR,saya dan daddy dia dah janji nak bagi ganjaran kalau dapat 1A RM50, kakak dapat 3A,so dapat RM150.Pihak sekolah pun ada jugak memberi hadiah wang RM30 utk 3A yang diperolehi.Happy jugak lah dia,dapat wang saku,siap cakap nak beli macam2 lagi,tapi takpe itu wang hasil usaha dia.Saya ada jugak cakap kat kakak,beruntung tak kalau kita rajin belajar,dan rugi tak kalau kita malas belajar.Kakak jawab,betul..dan nampak jugak wajah nya sedih sebab dia target nak dapat 5A,paling tak pun nak dapat 4A 1B..nampak terkilan jugak diwajah nya.Tapi tak apa 3A 2B pun ok,tak teruk pun,lulus..nanti usaha kuat lagi utk PMR yang akan dtg 3 tahun lagi...TAHNIAH AZYAN NADZIRA,mummy bangga dgn kakak... =)

p/s: lupa pulak nak wish congrats buat anak buah saya yang sama dapat results upsr hari ni tadi,AINAA FARIDA (1A 4B),VALQIS (2A 2C 1D).TAHNIAH!!

Monday, November 14, 2011

:: NASI LEMAK SAMBAL UDANG ::


Salam petang isnin...
Tengah buat apa semua?Apa khabar?Harap sihat semua k,N3 hari ni saya nak masukkan resepi nasi lemak sambal udang yang saya buat utk makan tengahari ni.Walaupun belum sihat sangat tapi saya gagah kan diri utk masak di dapur.Bukan apa,mengenangkan suami balik kerja utk makan tengahari,takde pulak lauk nak dijamah,mahu tak mahu kena kuatkan diri..huhuhuhu...,ok lah resepi nya simple je,so if nak try boleh rujuk kat bwh k...

Bahan utk nasi lmk:
5 cawan beras wangi
5 keping hirisan halia
1 batang serai dititik
1 kotak santan (ayam brand)
sedikit garam
beberapa helai daun pandan
air

Bersihkan beras terlebih dahulu,kemudian campurkan semua bahan diatas,masak nasi.

Bahan sambal udang:
2 biji bwg besar dihiris bulat2
1 kilo udang (buang kulit)
10 biji bwg merah
5 ulas bwg putih
1 mangkuk sederhana cili boh
garam dan perasa secukup rasa anda
2 sudu besar gula(ikut selera masing2)
2 kiub belacan bintulu (belacan lain pun boleh)

Tumis bahan blend (bwg merah/bwg putih/belacan)dan cili boh sampai pecah minyak.Selepas itu masukkan udang dan biar seketika,kacau2.last sekali masukkan bwg besar,garam/perasa/gula.biar seketika,barulah diangkat.

Bahan lain:
1 biji timun hiris bulat2
6 biji telur ayam direbus
5 ekor ikan masin kembung digoreng
kari daging lembu(yang ni semua pandai buat kan,so tak perlu saya masukkan resepi nya ok,tapi nak tukar dgn lauk lain pun boleh.)selamat mencuba.. =)

Sunday, November 13, 2011

:: CUCUR SARDIN ::


Salam Ahad...
Sarapan pagi ni,saya buat cucur sardin.Actually,saya ni tak berapa sihat,so tulis yang ringkas2 je lah.Mungkin sebab keadaan cuaca yang tak menentu ni,sekejap panas,sekejap hujan,ni dah panas balik,sebab tu kot rasa tak sedap badan.Ok lah kita ke resepi hari ni...

Bahan2nya:
1 tin kecil ikan sardin(apa2 brand pun boleh)
1 labu bwg besar dihiris
1 mangkuk kecil bwg goreng
1 biji cili merah hiris halus
garam dan perasa secukup rasa
sedikit myk masak utk dicampur dlm adunan tepung
2 mangkuk kecil tepung gandum
minyak utk menggoreng
air utk mebancuh tepung

Gaul semua bahan kecuali minyak utk menggoreng,bila dah sebati goreng dlm myk panas sampai habis.selamat mencuba.. =)

Saturday, November 12, 2011

:: CHICKEN WITH OYSTER SAUCE & BUNCIS TUMIS BLACK FUNGUS ::



Selamat malam semua...
N3 malam ni nak kongsi 2 jenis lauk yang ibuanda dan adik saya cik mirae masak.Sebab apa,kenapa saya tak masak malam ni,why2??Sebabnya......malam ni kita org dinner dkt rumah parents,so saya bantu sikit2,yg lebih nya ibuanda dan adik yg masak...hehehe,rehat gue malam ni..huhuhu...sebelum masukkan n3 ni tadi,saya dah mintak kebenaran pada empunya resepi.Saya kata,saya nak masukkan dalam blog SDP,org tak lokek pun,boleh2..simple je resepi nye,boleh buat pejam mata,betul ke?Eeemm..tak caya try lah sendiri k...hehehe.. =)

Chicken with oyster sauce

Bahan2nya:
1 dada ayam dipotong
1 labu bawang besar dipotong nipis2
1 inci halia dihiris halus
2 biji cili merah potong memanjang
1 pokok daun kucai
3 sudu besar oyster sauce
minyak utk menumis
garam secukup rasa
sedikit gula
sedikit air

Tumiskan bwg besar,halia hingga naik bau dlm minyak yg panas.kemudian masukkan ayam yg dah dipotong tadi,gaul2 kan.masukkan sos tiram dan cili merah,gaul lagi.selepas itu masukkan sedikit air,biar mendidih sebentar.lepas itu masukkan garam dan gula.Akhir sekali masukkan daun kucai,gaul sebentar sahaja,tutup api dan hidangkan.

Buncis tumis black fungus

Bahan2nya:
Rm 3.00 kacang buncis dbersih dan dipotong
2 biji bwg merah dihiris
2 ulas bwg puti dihiris
1 biji cili merah dihiris
1 mangkuk kecil black fungus(direndam dgn air terlebih dahulu smpy kembang)
1 biji telur
sedikit minyak utk menumis
garam/ajinomoto secukup rasa

Tumis bwg merah,bwg putih,cili merah hingga kekuninggan,kemudian pecahkan telur,dan hancur2kan telur tadi.masukkan buncis dan black fungus,gaul,akhir sekali masukkan garam dan perasa.Selamat Mencuba... =)

Friday, November 11, 2011

:: 11.11.11 ::


Salam 11.11.11....
Kalau tengok tarikh hari ni,memang cantik 11.11.11....tarikh mcm ni datang sekali je kan.So ramai lah couple2 nak ambil tarikh ni untuk akad nikah,pertunangan,and apa2 je utk hari bersejarah dia org.Satu tarikh yang sangat2 unik dan menarik hati,betul tak?

Walau apa pun,yang pasti kita sama2 berdoa,diminta supaya kita semua sentiasa dlm keadaan baik,sihat walafiat, di panjang umur,di murahkan rezeki berlipat2 ganda,keluarga harmoni dan hidup diberkati oleh allah s.w.t
Amin..amin..amin...

Thursday, November 10, 2011

:: CECITA PASAL MAKAN ::





Salam petang semua..
Ni nak cecita sikit,pasal haritu kita org pergi makan kat luar.So pilih lah satu restaurant,yg diberi nama ayamku restaurant.Gambar yg dkt atas tu,antara menu yg ktk org makan,ada 2 lagi tapi tak sempat ambil,org punya nasi tu dah bedal awal tak sempat nk ambil..hehehe...
Gambar yg paling atas tu namanya kalau tak silap saya lah..
1. pesmol chix with rice
2. chicken chop rice
3. sambal chicken rice
4. mushroom grill chix with rice

kalau nak tahu ke empat2 menu diatas semuanya sedap2 belaka,tapi yg paling sedap yang no satu(pesmol chix with rice,menu ni anak saya yg sulung makan,memang sedap.)Yang pasti nya,saya memang nak datang makan kat situ lagi,maybe nak try menu yg lain pulak,sebab byk lagi menu dkt ayamku restaurant ni sebenarnya,ok lah,nanti kalau ada cecita saya akan kongsi lagi dgn anda semua dlm ruangan jom kongsi cerita..bye.. =)