CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Saturday, January 29, 2011


Salam semua...
Hari ni sabtu,esok pulak ahad...2 hari ni adalah hari santai untuk ibu2 yang berkerja.Time macam ni luangkan masa dengan anak2 dan suami sebab dah sepanjang minggu busy memanjang,dari pagi sampai lah ke malam.Lebih2 lagi anak saya yang sulung,maklumlah tahun ni dia nak menduduki UPSR so busy lah sikit.Dari isnin sampai lah khamis,busy dengan sekolah,aktiviti petang,balik je sekolah dah pukul 6ptg,pukul 7mlm pulak nak pergi tuisyen sampai lah pukul 9mlm.Hai...kesian jugak tengok dia,tapi apa boleh buat kan,tahun ni tahun yang penting bagi dia,kenalah belajar sungguh kalau nak dapat 5A.So..hari sabtu,ahad ni dapatlah dia berehat sikit,tapi tetap juga buat ulangkaji sikit2.
Lain pulak cerita si kecil Aisya Maira,bagun je pagi nak tengok UPIN IPIN,bulan 2 ni dia nak masuk 2 tahun.Dia memang minat sangat tengok cerita cartoon ni,dah tu minat pulak dengan lagu2 JUSTIN BIEBER,sampai saya dengan daddy dia beli album Justin Bieber ni khas untuk dia tengok.,siap lompat2 lagi sambil menyanyi lagu Justin Bieber.Tengok telatah anak2 ni,hilang rasa penat lelah sepanjang hari,walaupun masih penat..hehehe..,bersyukur teramat sangat bila tengok anak2 ni makin membesar,inilah anugerah yang paling berharga ALLAH berikan pada kita.ALHAMDULILAH........

:: cucur ubi keledek ::

cucur ni saya buat untuk sarapan pagi tadi,atas pemintaan anak saya yang sulung.cucur ni memang kegemaran anak saya,lebih2 lagi kalau nenek dia yg buatkan,selalunya saya buat untuk sarapan pagi dan minum petang.Untuk resepi nya,sila rujuk dkt bawah ok...
BAHAN2NYA:
2 BIJI UBI KELEDEK MANIS(KUPAS KULITNYA DAN POTONG MEMANJANG)
TEPUNG GANDUM
TEPUNG BERAS
SEDIKIT GARAM
AIR
MINYAK UNTUK MENGGORENG
CARA2NYA:
TEPUNG GANDUM,TEPUNG BERAS DAN SEDIKIT GARAM DIGAULKAN DGN AIR.BAGI ADUNAN TEPUNG GANDUM DAN TEPUNG BERAS TAK ADA SUKATAN SEBAB SAYA HENTAM JE..HEHEHE..,SELEPAS TU MASUKKAN UBI KELEDEK TADI,GAUL RATA DAN GORENG DLM MINYAK.BILA DAH SIAP BOLEH DIHIDANGKAN DENGAN SOS CILI.SELAMAT MENCUBA..

:: Sosej bersalut sos ::

resepi ni sangat2 mudah nak dimasak...bahan2nya sila rujuk dkt bawah....
Bahan2nya:
1 pkt sosej(hot dog)
4 sudu sos cili(saya guna life)
minyak utk menggoreng
bwg goreng utk hiasan

cara2nya:
goreng sosej sampai kekuningan,angkat dan toskan minyak nya.selepas itu tinggalkan sedikit minyak selepas menggoreng sosej tadi dlm 1 sudu besar,dan masukkan sos cili,kacau sekejap dan masukkan sosej yg dh digoreng tadi,kacau sampai sos nampak pekat.angkat dan tabur dgn bwg goreng diatas nya.mudah bukan,selamat mencuba...
Salam semua...
Untuk pengetahuan anda semua,saya ni baru nak menjinakkan diri dalam blog ni.Jadi masih kelam kabut,lintang pukang dan masih nak belajar.Harap faham lah ye,al-maklum lah saya ni minat sangat memasak,buat kuih dan macam2 lagi yang berkenaan dgn dapur ni..hehehe....
Dua,tiga hari ini sempat jugak lah saya tengok2 blog kawan2 yang lain.Blog yang teramat lah saya minat,lebih2 lagi pasal masakan yang kita sama2 nak kongsi.Dan sempat jugak lah saya jadi follower blog kawan2 kita yang lain.Wah...best lah,antara blog yang saya sempat baca2 dan cuba2 resepi ialah blog mat gebu...antara yang terbest,dan ada juga yg saya tak ingat namanya tapi ingat nama blog nya home sweet home,nannie,dapurku berasap lagi,dan semestinya blog mat gebu(dapur tanpa sempadan)..hai..best nye blog mereka semua,cantik dan kreatif..
Rasa-rasanya lah,saya dah mengantuk ni,nak masuk tidur lah,ok lah..kalau ada yang tersalah cakap tu haraplah dimaafkan dan kalau ayat2 yang saya tulis ni ada yang tersalah ejaan,harap jgn ketawa..hehehe,baru nak belajar.

Friday, January 28, 2011

:: Egg tofu oyster sauce ::

Salam semua..
Maaf sangat2 sebab baru sekarang sempat masukkan resepi menu yang saya masak siang tadi...hehehehe
Lunch tadi masak biasa2 je,simple sangat2..penyakit malas tu dah nak datang,tapi saya cepat2 elak.Penyakit malas ni memang biasa akan datang sekali sekala..betul tak??tapi sekejap je,jgn lama2 tau..hehehe..
Berbalik semula pada resepi diatas,dkt bawah tu bahan2 untuk dirujuk..selamat mencuba..
BAHAN2NYA:
2 BIJI TELUR TOFU(DIPOTONG BULAT2)
1 BIJI TELUR AYAM
TEPUNG JAGUNG
SEDIKIT GARAM
MINYAK UNTUK MENGGORENG
SOS TIRAM
KICAP MANIS
SEDIKIT SERBUK LADA HITAM
1 BIJI CILI MERAH(CINCANG HALUS)
SEDIKIT AIR
CARA2NYA:
TOFU DICELUP DLM TELUR YG TELAH DIPUKUL,KEMUDIAN GAUL DGN TEPUNG JAGUNG.GORENG DLM MINYAK SAMPAI GARING,GORENG SAMPAI HABIS DAN TOSKAN MINYAKNYA.KEMUDIAN MASUKKAN CILI DLM SEDIKIT MINYAK LEPAS MENGORENG TOFU TADI,SOS TIRAM DLM 3 SUDU BESAR,DAN KICAP MANIS DLM2 SUDU BESAR.MASUKKAN SEDIKIT SAHAJA GARAM DAN LADA HITAM DAN SEDIKIT AIR.BIAR KUAH AGAK PEKAT SEDIKIT,BARULAH TUANG KE ATAS TOFU TADI.SELAMAT MENCUBA..

Thursday, January 27, 2011

:: Terung Sambal ::

Salam semua...
Nampaknya hari ni,lunch sorang2 lagi lah,samalah macam kemarin sebab anak saya yang sulung dan hubby saya tak balik makan tengahari,balik petang sebab ada aktiviti masing2.So,lunch hari ini saya masak terung sambal dan rendang daging..dan bahan2nya dekat bawah ok..
BAHAN2NYA:
2 BIJI TERUNG POTONG MEMANJANG
3 BIJI CILI MERAH*
4 BIJI BAWANG MERAH*
4 ULAS BAWANG PUTIH*
SEDIKIT BELACAN*
2 BIJI LIMAU KASTURI(AMBIL JUS NYA)

CARA2NYA:
GORENG TERUNG YG TELAH DIPOTONG TADI KEDLM MINYAK YG PANAS HINGGA KEKEUNINGAN,ANGKAT DAN TOSKAN.TUMIS BAHAN TUMBUK YANG BERTANDA * HINGGA NAIK BAU,MASUKKAN SEDIKIT GARAM,TUTUP API BARULAH DIPERAH DGN JUS LIMAU TADI.TUANGKAN SAMBAL KEATAS TERUNG TADI.SELAMAT MENCUBA...

:: Kalbeka ::

Bahan2nya:
200gm tepung pulut
200gm tepung beras
sedikit garam
air suam
1 biji telur
minyak utk menggoreng

cara2nya:
gaul tepung beras,tepung pulut dan garam dgn air suam.air agak2 sendiri sehingga tepung jd doh.kemudian bentukkan bulat,dan tekan supaya menjadi leper sedikit.celupkan dlm telur yg telah siap dipukul dlm bekas lain dan campur sedikit garam dlm telur tadi.setelah dicelup dgn telur goreng dlm minyak,pastikan minyak cukup panas,balik2 kan hingga kekuningan dan kecoklatan sedikit warnanya,barulah di angkat dan ditoskan minyaknya.boleh dihidangkan utk minum petang,cecah dgn susu manis.selamat mencuba...