CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Wednesday, January 26, 2011

:: Kek Horlick Hijau :;


Bahan2nya:
5 biji telur saiz A
1 gelas horlick
1 gelas gula halus
250gm buttercup
1 tin kecil sri kaya
1 1/2 gelas tepung gandum
1/2 tin susu manis
paste pandan
cara2nya:
pukul gula dan butter sampai kembang dan putih,kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi sampai sebati.selepas itu,masukkan susu manis,sri kaya dan horlick,pukul sebati.kemudian masukkan tepung gandum,pukul lagi.akhir sekali masukkan paste pandan,pukul lagi.masukkan adunan dlm acuan 7' 7 dan bolehlah dibakar atau kukus sampai masak.yang saya buat ni,saya bakar kan.terpulanglah pada anda ikut citarasa anda.selamat mencuba..

:: Thick Turmeric Prawn ::


Bahan2nya:
1/2 kilo udang dibuang kulit dan kepalanya dan basuh( gaul dgn 2 sudu tepung beras)
3 ulas bwg putih dicincang halus
1 biji cili merah di cincang halus
1 biji bwg bakong (bwg besar)dibelah 4
1 sudu besar serbuk kari
beberapa helai daun kari
2 helai daun kunyit dihiris halus2
5 sudu besar susu segar(boleh tukar dgn susu cair)
garam/ajinomoto
cara2nya:
goreng udang yg dah di gaul dgn teping beras tadi dlm minyak panas,biar udang itu nampak kekuningan barulah dimasukkan bwg putih dan cili merah,gaul sekejap sampai bwg naik bau.selepas itu barulah masukkan bwg besar dan daun kari.kemudian masukkan serbuk kari,gaul sebati.masukkan daun kunyit,kacau lagi.akhir sekali masukkan susu segar dan biar kuah nya pekat sedikit barulah dimasukkan garam dan ajinomoto..selamat mencuba

:: Kari Ikan Tongkol Dengan Terung ::


Bahan2 tumbuk:
3-4 biji bwg merah
3-4 ulas bwg putih
sebesar ibu jari halia
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar ketumbar
1 btg serai di titik
Bahan2 lain:
1 ekor ikan tongkol saiz sederhana(dibasuh dan dibersihkan)
2 batang terung dipotong ikut citarasa anda
2 biji cili merah dibelah dua dan buang biji nya
2 biji tomato di belah dua
5 sudu besar serbuk kari dibancuh dgn air
segenggam daun kari
4 keping asam keping
garam/ajinomoto/gula secukup rasa
cara2nya:
tumis bhn tumbuk dan serai kedlm minyak yg dh panas.lepas itu masukkan daun kari,kacau sampai naik bau dan kekuningan.setelah itu masukkan serbuk kari yg dh dibancuh dgn air tadi.gaul lagi sampai pecah minyak.selepas itu barulah dimasukkan ikan dan air,biar mendidih dahulu,barulah dimasukkan terung,cili dan tomato juga asam keping.tunggu sampai kuah kari agak pekat sedikit barulah di masukkan garam,ajinomoto dan sedikit gula.selamat mencuba..

Thursday, January 6, 2011

:: Kacang buncis goreng telur ::


Bahan2nya:
kacang buncis dihiris ikut suka
2 ulas bwg putih dihiris
2 biji bwg merah dihiris
2 biji cili padi dihiris
segenggam ikan bilis
1 biji telur
sedikit minyak utk menumis
garam/ajinomoto
panaskan minyak,dan tumis ikan bilis sampai garing barulah dimasukkan bwg merah,bwg putih dan cili.tumis smpy bwg kekuningan,barulah di pecah kan telur,hancur2kan telur dan masuk kacang buncis tadi.masuk garam dan perasa.siap dihidangkan.

:: Ayam goreng simple ::


Bahan2nya:
sayap ayam potong 2
garam secukup rasa
ajinomoto secukup rasa
serbuk kari daging
tepung beras
cara2nya:
gaul semua bahan rata2,goreng dlm minyak panas sampai ayam masak...

Wednesday, January 5, 2011

:: Ayam kicap berempah ::


Bahan2nya:
1/2 ekor ayam dipotong dan dibasuh
2 sudu besar sos tiram(maggi)
3 sudu besar sos cili(life)
1 mangkuk kecil kicap pekat
2 sudu gula
garam secukup rasa/ajinomoto
minyak utk menumis
Bahan tumbuk:
sebesar ibu jari halia
2-3 biji bwg merah
3-4 ulas bwg putih
3-4 biji cili padi
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar ketumbar
cara2nya:
tumis bahan tumbuk dlm minyak panas hingga kekeuningan dan naik bau.masukkan ayam dan gaul rata2,biar seketika.barulah dimasukkan kicap,sos tiram dan sos cili,gaul lagi sampai sebati dgn aym.masukkan sedikit air,biar sampai mendidih dan kuah menjadi pekat.selepas itu masuk bahan perasa seperti garan,ajinomoto,gula...biar seketika,tutup api dan hidangkan..nyum2..

Friday, December 31, 2010

Happy New Year 2011

LET 'S RING A NEW YEAR WITH GOOD THINGS IN MIND....
HAPPY NEW YEAR 2011.....
WISH THIS NEW YEAR YOU CAN IMPROVE YOURSELF...